Sejarah Korban Masa Lalu..
DAN bagi
tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka
menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada
mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah
kamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk
patuh (kepada Allah). (Al Hajj: 34).
1. Qurban
Semasa Nabi Adam AS.
"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, Maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (qurban) dari orang-orang yang bertakwa". (Al Maidah: 27).
![A027](file:///C:/Users/Admin/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.png)
Allâh
memerintah Adam agar mengahwinkan Qabil dengan saudara perempuan kembar Habil bernama
Lubuda yang yang rupanya tidak cantik. Tetapi mengahwinkan Habil dengan saudara
perempuan kembar Qabil bernama Iqlima yang cantik rupawan. Pada saat itu Adam
dilarang Allâh mengahwinkan perempuan kepada saudara lelakinya yang kembar.
Namun Qabil
menolak hal ini, sementara Habil menerima. Qabil pula ingin kahwin dengan
saudara perempuan kembarnya sendiri yang cantik itu. Maka Adam menyuruh kedua
anaknya berqurban (korban), siapa yang diterima qurbannya, itu yang menjadi
suami bagi saudara perempuan kembar Qabil yang cantik jelita itu. Kemudian
kedua anak Adam itu pun berqurbanlah..,
Habîl adalah
seorang peternak kambing dan ia berqurban dengan 'Kambing Qibas' berwarna
putih, mata bundar, bertanduk cantik mulus, dan berqurban dengan jiwa yang
bersih. Qabil pula adalah seorang petani bercucuk tanam, Ia berqurban dengan
makanan buruk, dan niat yang tidak ikhlas.
Qurban-qurban itu diletakkan di sebuah gunung,
menurut Syariat pada masa itu Tanda diterima qurban itu ialah dengan datangnya
api dari langit lalu membakarnya, Ternyata api menyambar Kambing Qibas qurban
Habil. Bererti qurban Habil diterima, tidak qurban Qabil.
Kerana itu
Qabil marah, dan membunuh saudaranya Habil.
2. Qurban
Semasa Nabi Idris AS
Disunnahkan
kepada kaum Nabi Idris AS yang taat kepadanya antara lain..supaya
1. beragama Allâh, bertauhid, ibadah kepada khaliq, membersihkan jiwa dari siksa akhirat dengan cara beramal shalih di dunia, bersifat Zuhud, adil, puasa pada hari yang ditentukan pada tiap bulan, berjihad, berzakat dan sebagainya.
1. beragama Allâh, bertauhid, ibadah kepada khaliq, membersihkan jiwa dari siksa akhirat dengan cara beramal shalih di dunia, bersifat Zuhud, adil, puasa pada hari yang ditentukan pada tiap bulan, berjihad, berzakat dan sebagainya.
2. Dan bagi
kaum Idris ditetapkan hari-hari raya pada waktu-waktu yang tertentu, serta
berqurban; di antaranya saat terbenam matahari ke ufuk dan saat melihat hilal.
3. Mereka diperintah berqurban antara lain dengan al-Bakhûr (dupa atau wangi-wangian), al-Dzabâih (sembelihan), al-Rayyâhîn (tumbuhan-tumbuhan yang harum baunya), di antaranya al-Wardu (bunga ros), dan al-hubûb biji-bijian, seperti al-Hinthah (biji gandum), dan juga berqurban dengan al-Fawâkih (buah-buahan), seperti al-‘Inab (buah anggur).
3. Mereka diperintah berqurban antara lain dengan al-Bakhûr (dupa atau wangi-wangian), al-Dzabâih (sembelihan), al-Rayyâhîn (tumbuhan-tumbuhan yang harum baunya), di antaranya al-Wardu (bunga ros), dan al-hubûb biji-bijian, seperti al-Hinthah (biji gandum), dan juga berqurban dengan al-Fawâkih (buah-buahan), seperti al-‘Inab (buah anggur).
3. Qurban
Semasa Nabi Nuh AS.
Sesudah
terjadi taufan (banjir) Nûh, Nabi Nûh AS membuat tempat yang sengaja dan
tertentu untuk meletakkan qurban. Qurban tersebut sesudah diletakkan di tempat
tadi akan dibakar.
4. Qurban
semasa masa Nabi Ibrahim AS.
![A102](file:///C:/Users/Admin/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image004.png)
Dalam sebuah riwayat diceritakan
bahawa usia Ismail sekitar 6 atau 7 tahun. Sejak dilahirkan sampai sebesar itu
Nabi Ismail senantiasa menjadi anak kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian
kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash-Shaffaat: 102 :
“Maka ketika
sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha, Ibrahim berkata: Hai anakku aku
melihat (bermimpi) dalam tidur bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah
bagaimana pendapatmu”
Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar”.
Dalam mimpi, Ibrahim mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Nabi Ismail. Ketika sampai di Mina, Ibrahim menginap dan bermimpi lagi dengan mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah, malamnya di Mina, Ibrahim bermimpi lagi dengan mimpi yang tidak berbeda pula. Ibrahim kemudian mengajak puteranya, Ismail, berjalan meninggalkan tempat tinggalnya, Mina.
Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar”.
Dalam mimpi, Ibrahim mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Nabi Ismail. Ketika sampai di Mina, Ibrahim menginap dan bermimpi lagi dengan mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah, malamnya di Mina, Ibrahim bermimpi lagi dengan mimpi yang tidak berbeda pula. Ibrahim kemudian mengajak puteranya, Ismail, berjalan meninggalkan tempat tinggalnya, Mina.
Baru saja
Ibrahim berjalan meninggalkan rumah, syaitan menggoda Siti Hajar: “Hajar! Benarkah
suamimu itu membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail?”. Menyebabkan
akhirnya Siti Hajar terpengaruh dan menjerit-jerit “Ibrahim! Ibrahim! Nak buat
apa dengan anakku ini?” Tetapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah
SWT tersebut. Setibanya di Jabal Qurban, sekitar 200 meter dari tempat
tinggalnya, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah untuk menyembelih
Ismail. Tetapi ancangan itu berubah drastik,
![A104](file:///C:/Users/Admin/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image005.png)
![A103](file:///C:/Users/Admin/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image006.png)
Sebagaimana difirmankan oleh Allah
dalam surat Ash-Shaffaat ayat 103-107:
![A106](file:///C:/Users/Admin/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image007.png)
![A105](file:///C:/Users/Admin/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image008.png)
![A107](file:///C:/Users/Admin/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image009.png)
“Tatkala
keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya,
nyatalah kesabaran keduanya. Dan Kami panggillah Dia: "Hai Ibrahim, “Kamu
telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan
kepada orang yang berbuat baik”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang
nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar “.
5. Qurban
Semasa Nabi Musa AS.
Penyembelihan
qurban juga berlaku hingga zaman Nabi Musa AS. Nabi Musa membahagi binatang
yang disediakan untuk qurban kepada dua bahagian, sebahagian dilepaskan saja
dan dibiarkan berkeliaran sesudah di beri tanda yang diperlukan. Dan sebagian
lagi disembelih.
6. Qurban
Bani Israil.
Umat dulu
sebelum kita, jika seorang dari mereka berqurban, orang-orang keluar
menyaksikan apakah qurban mereka itu diterima atau tidak. Jika diterima datang
api putih (Baidhâ`u) dari langit membakar apa yang diqurbankan. Jika qurbannya
tidak diterima, api itu tidak muncul. Rupa api itu Lâ dukhâna lahâ wa lahâ
dawiyun (api yang tidak berasap dan berbunyi). Bila seorang lelaki dari mereka
(Bani Isrâ’îl) bersedekah, jika diterima turun api dari langit, lalu membakar
apa yang mereka sedekahkan.
7. Qurban
Semasa Nabi zakaria AS dan Nabi Yahya AS.
Nabi Zakaria
AS dan Nabi Yahya As adalah di antara nabi dan rasul dari Bani Israil, pada
keduanya ada juga qurban. Qurbannya adalah binatang dan Amti'atun
(barang-barang) lalu di bakar api.
8. Qurban
Pada Bangsa Yahudi dan Nashrani
Bangsa
Yahudi merupakan sebahagian dari bani Isrâ’îl. Sementara Bani Isrâ’îl adalah
keturunan Nabi Ya’qub AS. Nabi Ya’kub bergelar, Isrâ’îl. Pada bangsa Yahudi
terdapat qurban yang biasa mereka lakukan, demikian juga pada bangsa Nashrani.
Qurban pada bangsa Yahudi dan bangsa Nashrani, iaitu melakukan pengurbanan
dengan membakar sebagai sajian bertujuan mengingat kesalahan. Iaitu dengan
menyembelih sapi dan kambing jantan yang mulus, tidak cacat. Dengan
menghidangkan: tepung, minyak dan susu. Qurban kerana adanya ketenteraman,
sebagai rasa syukur kepada al-Rabb . Qurban
pada bangsa Nashrani, antara lain, ialah persembahan missa seorang Kahin berupa
roti dan arak. Yang menurut keyakinan pada mereka hakikatnya, roti dan arak
yang mereka qurbankan, ditukar dengan daging dan darah al-Masih.
9. Qurban
Pada Bangsa Arab Jahilliyah.
Bangsa Arab
Jahiliyah juga suka berqurban. Qurban mereka dipersembahkan untuk
berhala-berhala yang mereka sembah. Qurbannya ada binatang yang disembelih
untuk berhala, dan ada binatang yang dilepas bebas berkeliaran, juga untuk
berhala. Cara qurban Arab Jahiliyah, iaitu mereka jika menyembelih binatang
qurban, seperti unta, mereka percikan daging dan darahnya pada al-baet
(ka’bah).
Arab Jahili
jika mereka menyembelih binatang, memercikan darahnya pada permukaan ka’bah,
dan memotong-motong dagingnya lalu mereka simpan di atas batu. Selain qurban
yang disembelih, juga ada qurban Jahiliyah yang dilepas untuk sembahan mereka,
iaitu Bahîrah, sâibah, washîlah, hâm.
• Bahîrah, ialah unta betina yang telah beranak lima kali, dibebaskan, tidak boleh di ganggu. Jika anak yang kelima jantan, mereka sembelih dan boleh dimakan baik oleh lelaki atau perempuan. Jika Betina dibelah telinganya, dan hanya dapat diambil manfaatnya oleh lelaki, tidak boleh oleh wanita. Jika betina itu mati, halal, baik bagi lelaki atau wanita.
• Sâibah, iaitu unta jantan yang dilepas tidak boleh diganggu kerana dipakai nazar pada Thaugut-thaugut mereka. Orang Arab Jahiliyyah jika mereka sakit atau sesuatu yang hilang kembali lagi, mereka jadikan unta jantan saibah ini sebagai qurban.
• Washîlah, ialah domba (biri-biri) betina jika melahirkan betina, mereka makan. Jika lahir jantan dipersembahkan buat Tuhan mereka. Jika kembar, mereka tidak menyembelih yang jantan kerana itu untuk Tuhan mereka.
• Hâm, ialah unta jantan yang telah dapat membuntingkan unta betina 10 kali, tidak boleh diganggu-gugat lagi, itu untuk Tuhan mereka.
Sembelihan Jahiliyyah itu terbagi tiga:
1. Untuk
mendekatkan diri kepada sesuatu yang dipuja. Sembelihan untuk maksud ini dibakar,
mereka ambil kulitnya saja, dan mereka berikan kepada Kahin (dukun).
2. Untuk
meminta ampun. Bagi maksud ini, dibakar separuh, dan separuhnya lagi diberikan
kepada kahin (dukun).
3. Untuk
memohon keselamatan. Bagi maksud ini mereka makan.
10. Qurban Abdul
Muthalib (nenek Nabi SAW).
Pada waktu Ayah Nabi, Abdullah bin Abdul Muthalib, belum dilahirkan. Abdul Muthalib pernah bernazar kepada berhalanya, bahawa jika anaknya lelaki sudah ada 10 orang, maka salah seorang dari mereka akan dijadikan qurban depan berhala yang ada di sisi Ka'bah.. yang biasa di puja olh bangsawan Quraisy. Setelah isteri Abdul Muthalib melahirkan anak lelaki genap sepuluh orang, Abdul Muthalib bermimpi... Mimpinya, pada suatu malam ada suara memanggil, yang ia tidak tahu maknanya. Iaitu, Ihfir Thayyibah! Pada malam kedua bermimpi lagi, Ihfir Barrah! Berikutnya bermimpi, Ihfir Madhmûnah! Malam keempat suara dalam mimpinya iaitu, Ihfir Zamzam!. Lepas itu baru dia tahu maksud mimpinya, dan ingin melaksanakan qurbqn.
Pada waktu Ayah Nabi, Abdullah bin Abdul Muthalib, belum dilahirkan. Abdul Muthalib pernah bernazar kepada berhalanya, bahawa jika anaknya lelaki sudah ada 10 orang, maka salah seorang dari mereka akan dijadikan qurban depan berhala yang ada di sisi Ka'bah.. yang biasa di puja olh bangsawan Quraisy. Setelah isteri Abdul Muthalib melahirkan anak lelaki genap sepuluh orang, Abdul Muthalib bermimpi... Mimpinya, pada suatu malam ada suara memanggil, yang ia tidak tahu maknanya. Iaitu, Ihfir Thayyibah! Pada malam kedua bermimpi lagi, Ihfir Barrah! Berikutnya bermimpi, Ihfir Madhmûnah! Malam keempat suara dalam mimpinya iaitu, Ihfir Zamzam!. Lepas itu baru dia tahu maksud mimpinya, dan ingin melaksanakan qurbqn.
Abdul
Muthalib mengumpulkan semua anak lelakinya dan mengadakan undian. Pada masa itu
undi jatuh pada diri Abdullah ayah Nabi. Padahal Abdullah itu seorang anak
paling muda, paling cantik rupanya, dan yang paling dicintainya. Tetapi apa
boleh buat, undi jatuh kepadanya, dan Abdullah menurut saja kehendak ayahnya.
Maka tersiarlah berita seluruh kota Mekkah, bahawa Abdul Muthalib akan
mengurbankan anaknya yang paling muda.
Ketika itu
orang-orang Quraisy menolak dan menghalangnya. Mereka pergi berjumpa al-‘Arâfat
iaitu seorang kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menentukan hukum, supaya mereka
undi antara Abdullah dengan unta. Kalau keluar unta mereka kena sembelih unta,
kalau keuar Abdullah boleh diganti dengan 10 ekor unta.
Lalu mereka
kembali ke Makkah, dan melakukan undian antara Abdullah dengan 10 ekor unta.
Undian pertama keluar Abdullah, lalu diganti dengan 10 ekor unta. Hal ini
berulang sampai undian 9 kali masih keluar Abdullah. Undian ke 10 baru keluar
Abdullah. Maka Abdul Muthalib mengganti Abdullah dengan 100 ekor unta untuk
berqurban. Mka Abdullah tidak jadi diqurbankan oleh ayahnya..
Dengan
adanya peristiwa itu, maka Nabi SAW setelah beberapa tahun menjadi rasul pernah
bersabda,'Aku anak lelaki dari dua orang yang di sembelih... " atau Ibnu
Dzabihain".
Ketika itu orang-orang Quraisy menolak dan menghalangnya. Mereka pergi berjumpa al-‘Arâfat iaitu seorng kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menentukan hukum, supaya mereka undi antara Abdullah dengan unta.
Ketika itu orang-orang Quraisy menolak dan menghalangnya. Mereka pergi berjumpa al-‘Arâfat iaitu seorng kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menentukan hukum, supaya mereka undi antara Abdullah dengan unta.
11. Qurban
Nabi Muhammad SAW.
![A036](file:///C:/Users/Admin/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image011.png)
Nabi Muhammad SAW melakukan qurban
pada waktu Haji Wada di Mina setelah solat Aidul Adha. Beliau menyembelih 100
ekor unta, 70 ekor di sembelih dengan tangannya sendiri dan 30 ekor di sembelih
oleh Sayyidina Ali RA.
"Dan
telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu
memperoleh kebaikan yang banyak padanya, Maka sebutlah olehmu nama Allah ketika
kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat), kemudian apabila
telah roboh (mati),
Maka
makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada
padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami
telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, Mudah-mudahan kamu
bersyukur." (Al Hajj:36).
Ayat ini menjelaskan binatang yang dijadikan qurban, tujuan qurban, cara menyembelih
haiwan qurban, bila memakan daging qurban, dan siapa yang dapat memakan daging
qurban. Binatang qurban, iaitu al-Budnu, nama khusus bagi unta. Sedangkan lembu
(sapi) dipandang sama dengan unta dalam hukum, kerana Nabi Saw berkata,
"Unta dijadikan dalam tujuh (bentuk) dan sapi merupakan bahagian dari ketujuh bentuk itu."
"Unta dijadikan dalam tujuh (bentuk) dan sapi merupakan bahagian dari ketujuh bentuk itu."
No comments:
Post a Comment