Wednesday, April 22, 2015

WAJAH2 DISYURGA.



 WAJAH2 DISYURGA.
Amalan yang boleh membawa kesyurga..
1.   Menggalakkan berwuduk dan  berdoa selepas wuduk..
    Fadilatnya :-
1.         Akan dicintai Allah
2.         Mendapat keampunan dari segala dosa yang dilakukan oleh anggota badan
3.         Dibangkitkan pada hari kiamat dengan wajah yang berseri2 dan anggota badan yang cerah lagi bersih

2. Azan dan Iqomah. Dan berdoa selepas Azan dan Iqomah
     Fadilatnya  

1.         Diampunkan dosanya oleh Allah
2.         Semua makhluk yang mendengar azan  menjadi saksi diakhirat nanti termasuk manusia dan jin
3.         Diampunkan dosanya sejauh mana suaranya didengar
4.         Menjadi orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat  ( Panjang leher pada hari kiamat adalah satu keistimewaan )
5.         Dicintai Allah dan dimasukkan kedalam syurga
6.         Mendapat syafaat dari Rasulullah

3. Orang yang rajin kemasjid.. kerana solat , membersehkan  atau membuat kemudahan solat atau mendirikan masjid
    Fadilatnya:

1.      Dibina kan sebuah mahligai didalam syurga
2.      Orang yang membersihkan masjid dimasukkan kedalam syurga
Nabi Muhammad saw.. pernah melihat ada perempuan didalam syurga bila ditanya dia menjawab,ia adalah dari kalangan orang yang suka membersihkan masjid.
3.      Setiap 1 langkah kemasjid diberi 1 darjat kemuliaan dan pahala serta dihapuskan satu dosa
4.      Sentiasa didoakan para malaikta agar dimasukkan kedalam syurga
5.      Semakin jauh jarak masjid dengan rumahnyasemakin banyaklah  pahala dia dapat bila dia mendatangi masjid

4. Solat Lima Waktu dan Qiamulail.. ( solat tengah malam ) 
Fadilatnya :-

1.      Masuk syurga dengan mudah
2.      Diperkenankan doanya
3.      Ditulis sebagai orang yang rajin berzikir
4.      Tanda bersyukur kehadrat Allah swt.
5.      Pahala qiamulail adalah melebihi pahala solat
6.      Qiamulail adalah amalan orang soleh
7.      Orang yang sedang mengerjekan amalan qiamulail dikelilingi bidadari sampai kesubuh
8.      Sentiasa dicintai Allah

5.   Lain lain amalan yang boleh membawa kesyurga
1.      Bertaubat
2.      Berbakti kepada kedua ibubapa
3.      Menghubungkan silaturahim
4.      Menziarahi orang sakit
5.      Menjaga anak yatim
6.      Mengiringi jenazah sampai keperkuburan
7.      Taat isteri kepada suami
8.      Suami yang bertanggungjawab menunaikan nafkah terhadap isterinya
9.      Membuang segala halangan atau duri dijalan raya..
10.  Bercucuk tanam atau bertani dan berniaga..

6.   Berselawat keatas Nabi Muhammad saw..
1.      Wajib selawat sekurang2nya sekali seumur hidup
2.      Wajib selawat dalam sembahyang ( ketika membaca tahiyat )
3.      Wajib sselawat ketika mendengar nama nabi Muhammad saw atau gelarannya disebut atau dibaca..
4.      Berselawatlah sebanyak2nya dengan niat ibadah semata2 kepada Allah dan dengan tidak ditentukan masa dan bilangannya

Renungan..:-
  
  Sabda baginda Rasulullah saw. Bermaksud:- Pada suatu hari datang malaikat Jibril kepada aku
     Dengan rupa yang cantik dan berseri2 serta manis mukanya  , lalu aku bertanya kepadanya ,
     wahai Jibril adakah apa2 tujuan engkau dating dengan rupa yang hebat ini?  Jawab Jibril aku  
     datang hendak menceritakan suatu perkara yang ajaib kepada tuan, iaitu ketika aku sampai dibukit  ( KAF )  ku dengar suara ( dengan penuh perasaan ) memohon limpah kurnia Allah dengan tangisan ,

     Kemudian aku pun prig ketempat itu dan aku amati dan aku dapati rupa2nya malaikat mikrab yang mempunyai singgah sana yang cantik dilangit dan mempunayi seribu saf malaikat yang setia berkhidmat kepadanya .., lalu aku bertanya kepadanya ,apakah dosa tuan hingga turun  ketempat ini?
   
     Jawabnya :- Ketika nabi Muhammad saw naik keMikraj aku tiada memuliakannya kerana aku asyik bekerja pada perkara yang telah dipertanggungkan keatas ku oleh Allah, dan akhirnya jadilah aku dimurkai oleh Allah swt hingga diturunkan ketempat ini dan sekarang aku ( tadri’ ) bersungguh2 hati memohonkan keampunan dari Allah swt.

Setelah itu aku ( Jibril ) pergi mengadap kehadrat Allah swt kerana memohonkan syafaat kepadanya tetapi . Firman Allah swt “ Aku tidak baloh menerima permohonan engkau dan pada mengampuninya , jika sebelum malaikat mikrab itu berselawat kepada kekasihKu Nabi Muhammad saw sebanyak sepuluh kali..
Dan kemudian dengan itu malaikat Jibril khabarkan kepada malaikat Mikrab akan Firman Allah ,  maka malaikat mikrab pun membaca selawat sebanyak 10 kali . dan dengan serta merta Allah mengurniakan kelebihan dan memuliakan martabatnya sebagaimana sedia kala pada malaikat mikrab itu..


Antara kelebihan selawat

1.      Akan mendapat rahmat yang berganda2
2.      Beroleh syafaat dari Nabi Muhammad saw dihari kiamat
3.      Berhampiran dengan Nabi pada hari kiamat dimana jua baginda berada
4.      Mendapat doa dari para malaikat
5.      Mendapat 10 selawat dari Allah swt bila berselawat sekali keatas Nabi
6.      Diangkat baginya 10 darjat
7.      Ditulis baginya 10 kebajikan
8.      Dihapuskan baginya 10 kejahatan
9.      Terselamat daripada huru hara yang mendukacitakan pada hati kiamat
10.  Terselamat dari ditimpa keburukan
11.  Memudahkan jalan kesyurga
12.  Kuat ingatan

Ada beberapa selawat yang utama..antaranya ialah:-

1.      Selawat Ibrahimiah
2.      Selawat faih
3.      Selawat Al Fatuh
4.      Selawat Nur
5.      Selawat Tib
6.      Selawat Munjiat
7.      Selawat Haji
8.      Selawat Tafrijiah
9.      Selawat Syafaat
10.  Selawat jalilah

No comments:

Post a Comment