Wednesday, April 22, 2015

Bab kufur nikmat



KUFUR
Perkara Membatalkan Iman (Kufur)

MAKSUD :
Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad S.A.W

JENIS-JENIS KUFUR :
1. Kufur Hakikat :
    Maksud : Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh
    Rasulullah s.a.w
   Contoh :
   * Tidak mengakui balasan diakhirat
   * Menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
   * Menyatakan solat fardhu merugikan masa
   * Menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

2. Kufur Nikmat :
   Maksud : Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
   Contoh :
   * Menggunakan nikmat kejalan maksiat
   * Enggan mengeluarkan zakat / sedekah
   * Boros membelanjakan harta

FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :

1) Pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan
    antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
2) Terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
    kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk
    memenuhi keperluan hidup

Apa itu kufur? Bagaimana kita boleh terjebak dalam kufur ini sedangkan kita adalah Islam. Berada dalam Islam itu sendiri boleh kufurkah kita?..
Kufur adalah bermaksud tidak percaya kepada Allah dan mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.  Perkataan kufur ini jika diperhatikan menjurus kepada kafir. Ini bererti kufur adalah perkara yang wajib diketahui untuk mengelakkan diri dari menjadi kafir tanpa disedari.  Firman-Allah swt dalam surah an-Nisa’ ayat 56

Mafhumnya.
 Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami,
 Kami  akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak
 hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab
 sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha
 Bijaksana.”  ( Surah An-Nisa’ : Ayat 56 )

Kufur terbahagi  kepada dua jenis iaitu kufur hakikat dan kufur nikmat. Kita boleh nampak di sini yang mana kufur hakikat lebih dasyat kesannya berbanding kufur nikmat walaupun hakikatnya kedua-dua kufur ini akan mendapat azab dari Allah swt di akhirat kelak.

Kufur Hakikat

Kufur hakikat bermaksud ingkar dan menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kita ambil beberapa contoh seperti tidak mengakui balasan di akhirat, menolak hukum yang terdapat dalam al-quran, menyatakan solat fardhu merugikan masa dan menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi.

Kufur Nikmat

Firman Allah swt dalam surah an-Nahl ayat  83

Mafhumnya..
Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkari dan kebanyakan mereka adalah orang-orang kafir” [An-Nahl : 83]

Kufur nikmat pula bermaksud mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan. Ini menerangkan bahawa Allah yang memberikan nikmat dan rezeki kepada manusia dan haiwan-haiwan di luar sana. Kadang-kadang orang yang kufur nikmat ini merasakan yang rezeki itu dia yang cari dengan usaha dia sendiri, tanpa dia sedar, itu adalah rezeki dari Allah swt.
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN (BAHAGIAN 2) : KUFUR :
Pengertian KUFUR atau KAFIR ialah seseorang yang tidak beriman dengan rukun iman atau rukun Islam atau salah satu daripadanya.

Firman Allah S.W.T. :
Mafhumnya :
Dan orang-orang yang kafir, maka celakalah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (al-Qur'an) lalu Allah S.W.T. menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka".    ( surah Muhammad ayat  8 – 9 )

Kufur Terbahagi Kepada Dua Bahagian, Iaitu :

PERTAMA : Kufur Hakikat/Akidah ;

Maksudnya : Tidak beriman kepada rukun iman dan rukun Islam atau menafikan rukun iman dan rukun Islam serta menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Contohnya :

1. Tidak mempercayai rukun iman atau salah satu daripadanya.
2. Tidak mempercayai hukum dan kandungan dalam al-Qur'an.
3. Menafikan ketetapan Allah S.W.T. seperti mengubah hukum solat dan haji sebagai tidak
    wajib.
4. Memperlekehkan hikmat Allah S.W.T. yang menentukan ketetapan syariat seperti solat hanya
    membuang masa, haji hanya menghabiskan harta, dan puasa hanya melemahkan manusia.

KEDUA : Kufur Nikmat :

Maksudnya : Mengingkari Khalik atau Allah S.W.T. sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan-Nya serta mengingkari hukum-hukum yang disyariat oleh-Nya.

Contohnya :
1. Nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T. digunakan untuk maksiat.
2. Tidak mengeluarkan zakat atau tidak melakukan solat atau tidak menunaikan haji dengan
    sengaja sekali pun telah memenuhi syarat-syarat wajib melakukannya.
3  Membazirkan nikmat Allah S.W.T. dengan sengaja.
4. Rezeki Allah S.W.T. tidak dimanfaatkan dengan sewajarnya.

PERBEZAAN ANTARA MUKMIN (ORANG YANG BERIMAN) DENGAN KAFIR :

PERTAMA :
Mukmin : Mengucap dua kalimah syahadah (Asyhadu Anlaa Ilaaha Illallaah, Wa Asyhadu Annaa Muhammadar Rasulullaah).
Kafir : Tidak pernah mengucapkan dua kalimah syahadah.

KEDUA :
Mukmin : Percaya (beriman) kepada rukun iman.
Kafir : Tidak percaya kepada rukun iman.

KETIGA :
Mukmin : Sentiasa menjaga / melaksanakan ibadah fardhu (wajib), patuh dan taat kepada perintah Allah S.W.T.
Kafir : Mengingkari, menentang dan tidak taat untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.

KEEMPAT :
Mukmin : Mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T.
Kafir : Sentiasa mendapat laknat Allah S.W.T.

KELIMA :
Mukmin : Mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan.
Kafir : Menentang segala yang disyariatkan oleh Islam.

KEENAM :
Mukmin : Mendapat balasan syurga.
Kafir : Mendapat balasan neraka.

JENIS-JENIS KAFIR :

PERTAMA : (KAFIR ZIMMI) :
Ciri-cirinya :
1. Orang kafir yang telah menetap di negara Islam (misalnya Malaysia) dan mematuhi undang-
    undang negara itu serta memberi ketaatan sepenuhnya kepada pemerintah berkenaan
    (misalnya; MCA, MIC, Gerakan dll).
2. Mereka wajib dilindungi dan haram memeranginya, selagi mereka taat dan mereka dikenakan
    jizyah (cukai diri/kepala).

KEDUA : (KAFIR MUSTA'MIN) :
Ciri-cirinya :
1. Orang kafir yang mendapat perlindungan pemerintah Islam.
2. Mereka berhak mendapat perlindungan dan tidak boleh dicerobohi.
3. Mereka dikenakan bayaran ufti (bayaran perlindungan atau jaminan) oleh pemerintah.

KETIGA : (KAFIR MAAHAD) :
Ciri-cirinya :
1. Orang kafir yang telah membuat perjanjian damai seperti mengadakan hubungan diplomatik
   dengan negara Islam mengikut syarat-syarat persetujuan bersama.
2. Mereka tidak boleh diperangi selagi mereka patuh kepada perjanjian tersebut.

KEEMPAT : (KAFIR HARBI) :
Ciri-cirinya :
1. Orang kafir yang jelas menjadi musuh Islam di mana mereka memerangi orang Islam atau
    negara Islam seperti Israel dan Amerika.
2. Mereka boleh diperangi dan wajib berperang jika ada bukti mereka akan mengancam
    keselamatan negara Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN KITA MENJADI KUFUR :
1. Kurang didikan agama.
2. Terpengaruh dengan godaan persekitaran kerana iman yang lemah.
3. Kesempitan hidup.



No comments:

Post a Comment