Wednesday, April 22, 2015

Soal Hati sifat sombong



Soal Hati   sifat sombong .. sifat mazmumah  ( sifat keji )
1. Pengertian sombong ..
Sombong  adalah sifat manusia yag menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain, dan ini adalah salah satu dari bencana yang disebut ujub. Saat manusia mengungkapkan atau mengekspresikan perasaan ujubnya, maka ini disebut sombong atau angkuh.
Sebagaimana hal ini Allah jelaskan dalam Al-Qur’an surat an Najm ayat 32:
Firman Nya,
   
Mafhumnya..
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian didalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
Dalam hal yang sama Rasulullah Saw. Juga memberikan gambaran tentang sifat ini yang lebih buruk dari orang beriman yang melakukan dosa:
Rasulullah saw. Bersabda,” Allah mengetahui bahawa dosa adalah lebih baik bagi orang beriman dibandingkan dengan keangkuhan dirinya. Kalau tidak, Allah tidak akan pernah membiarkan orang-orang beriman untuk melaksanakan dosa-dosa.
Salah satu contoh penting tentang sombong ini adalah cerita yang disampaikan dalam  Qur’an tentang betapa sombong dan angkuhnya iblis di hadapan Allah swt. Disaat ia enggan sujud kepada Adam as atas perintah Allah swt. Hal ini disebabkan, kerana iblis menganggap dirinya  lebih sempurna dari manusia yang diciptakan dari tanah sedangkan  ia dari api, sikap sombong dan angkuh inilah yang membuatkan iblis dilaknat Tuhan .Pada hal iblis sebelumnya adalah makhluk yang paling bertaqwa, dan tidak pernah sekali pun ingkar terhadap Tuhannya. sehingga kesolehan yang ditunjukan oleh iblis terhadap Tuhannya lenyap seketika tak berbekas, kerana disebabkan kesombongannya?
Dalam sebuah cerita dikatakan “iblis terkutuk  berkata kepada bala tentaranya, seandainya aku hanya berhasil menjerat keturunan Adam as dengan 3 hal ini, maka aku tidak akan peduli apa pun yang mereka lakukan setelah itu, sebab amalan-amalannya tidak akan diterima,
Perkara tersebut ialah:-  
1.      Menganggap amalan-amalanya sangat banyak,   ( Tentang ilmu nya )
2.      Mengabaikan dosa-dosanya,                                 ( Kerana Nafsu nya )
3.      Keangkuhan mengendalikannya”                         ( Disebabkan Hartanya )
Ada beberapa hal dan faktor lain menyebabkan sifat sombong ini merasuki jiwa manusia,
2. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kesombongan:
1.   Ilmu
Ilmu boleh menjadi sumber kesombongan, dimana seseorang manusia membayangkan dirinya lebih baik dan lebih mulia daripada orang lain bahkan terhadap Tuhannya  sekalipun. Ini terjadi kerana seseorang itu tidak memperbaiki dirinya. Sebaliknya, semakin ilmunya meningkat, dia semakin membayangkan dirinya lebih mulia dan menganggap orang lain lebih buruk daripada dirinya.
Ketahuilah bahawa Ilmu itu adalah cahaya yang dapat menyinari jiwa manusia yang mengamalkannya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Namun Ilmu ada kala nya boleh  menjadi penggelapan yang menyelimuti jiwa manusia kerana ilmu yang dimilikinya hanya sebatas pada pengetahuan aqliyah saja tidak digunakan untuk memperbaiki diri, dan untuk menjadi penuntun dalam perilaku.kehidupannya.
Kita biasa melihat betapa banyaknya orang-orang yang kehidupan didunia ini kebanyakkan  , mereka merasa merekalah orang yang paling berpendidikan dan paling mengetahui, mereka merasa bahawa merekalah yang paling hebat dan pintar, sehingga pendapat orang lain tidak menjadi perlu baginya kerana sikap sombong nya yang menimbulkan sikap egoisme pada hatinya.
Sebagaimana imam Khomeini mengatakan bahawa ilmu bagi pelajar boleh menjadi penghalang bagi pelajar itu sendiri , (  “Salah satu tabir besar adalah tabir egoisme, di mana seorang pelajar ini akan merasa dirinya cukup dan tidak perlu apa2 pun lagi ) . Inilah  ciri ciri bujukan  syaitan yang paling jelas, di mana ia selalu menonjolkan kesempurnaan hayalannya  di depan manusia, dan mencuba meyakinkan manusia akan hal itu. Sebab syaitan itu selalu menutupi mata dari apa-apa yang ada di sebalik semua yang ia miliki”
2.      Ibadah
Ibadah terkadang  menjadi sebab kesombongan  ketika manusia melihat bahawa dia adalah orang yang senang beribadah  dan taat, dan orang lain tidak seperti itu. Akibatnya, kesombongan terbentuk dalam dirinya. Kononnya dialah yang paling sempurna dalam melaksanakan ibadahnya seperti solatnya , puasanya , sedekahnya dan hajinya.. Disebabkan adanya sifat egoisme ia menjadikan sombong kepada yang lain
  
3.      Nasab.
Nasab atau keturunan juga adalahmenjadi penyebab akan kesombongan seseorang itu , Sebagai contoh ada sebuah kisah yang menceritakan tentang kesombongan seseorang dengan nasabnya.
Pada suatu hari, seseorang datang kepada Rasulullah saw. Dan menceritakan sembilan nama bapak dan kdatul datuknya dengan gaya yang membangga-banggakan. Nabi saw berkata, tidaklah engkau tahu bahawa yang kesepuluh dari mereka itu  adalah engkau sendiri, dan akan berada di neraka ?
Selain itu di dalam Al-Quran surat al-Hujurat ayat 13
  
Mafhum Nya
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan yang menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal . sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui  lagi Maha Mengenal”.
Dalam ayat ini menjelaskan bahawa manusia diciptakan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku adalah untuk saling mengenal,sesama manusia , kerana  bangsa serta suku itu tidak membawa perbezaan apa pun bagi manusia. Sebab manusia itu dijadikan dari asal usul keturunnanya ialah dari tanah..
4.      Kekuatan dan keberanian
Penyebab kesombongan seseorang juga adalah kekuatan dan keberanian  . Padahal ada yang harus kita ketahui.
Pertama, kita harus tahu bahawa jika kemuliaan ditentukan oleh kekuatan, maka sebahagian dari binatang mungkin lebih mulia daripada kita.
Kedua, manusia, dalam menghadapi penyakit, sangatlah lemah. Sehingga sebagaimana kita ketahui, hanya kerana demam manusia boleh saja menggigil. Dan Allah-lah yang memberikan kita kekuatan sebagaimana dalam firman Allah dalam surat Ar-rum ayat 54
  
Mafhumnya
Allah, Dialah Yang menciptakan Kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali ) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Megetahui Lagi Maha Kuasa.”
5.      Kekuasaan atau berkuasa..
Kesombongan itu boleh juga timbul kerana kekuasaan atau kuasa  yang dimiliki seseorang. Oleh demikian  kita seharusnya mengetahui bahawa semua itu bukan bahagian dari manusia, ia hanya sementara sahaja.. hidup ini seperti roda.. ada kala kita diatas dana ada kala kita akan dibawah.. sebab itu jangan lah kita sombong bila diberikan kuasa.. kerana itu semua adalah pinjaman dari Allah swt.. akhirnya ia akan ditarik kembali..
 Akibat yang ditimbulkan dari sifat sombong
1.      Manusia akan selalu membayangkan dirinya lebih tinggi daripada orang lain, apabila dia mencapai ilmu dan kebijaksanaan yang diperolehi , maka dia lupa suatu hari nanti dia akan tersungkur dalam jurang kebodohan. Dan, karena dia silap akan tipu daya syaitan yang tetap bersama dari sudut pandang duniawi, dia kerap dibebani banyak kerugian. Ingat Orang-orang sombong itu boleh kehilangan kekuasaan dan kebahagiaan .

2.      Kesombongan juga  membuatkan  manusia rendah dalam pandangan Tuhan dan makhluk-Nya. Nabi Muhammad saw. telah bersabda, “orang yang paling dibenci oleh Tuhan adalah orang yang sombong.” Juga diriwayatkan, “orang yang sombong direndahkan martabatnya oleh Tuhan.”
Dengan sifat keesombongan itu juga akan lahirlah  kebencian dan penghinaan manusia.terhadap manusia yang lain . Orang yang sombong sering melupakan dosa-dosanya dan mengakibatkan beberapa ruginya bagi dirinya, karena apabila lupanya dosa ia akan membuat seseorang itu  berhenti untuk bertaubat kepada Allah dan mengundang kemurkaanNya
 Langkah-langkah menghindarinya
1        Penting bagi yang memiliki sifat sombong untuk menyadari bahwa seluruh kualitas baik yang ada pada dirinya, merupakan anugerah Allah Swt. Karenanya, ia seharusnya menunjukan perasaan syukur atas anugerah itu dan tidak sombong.
2        Seseorang harus berfikir siapakah dia dulu, siapakah dia sekarang, dan siapakah dia kelak. Keadaan yang pertama dan yang terakhir sudah jelas. Dia, pada kenyataanya, bukan pemilik dirinya. Apakah patut dia sombong ? dia harus merenungkan lebih dalam tentang ini.
3        Dia harus mengkaji lebih teliti ayat-ayat dan hadist-hadist yang mengutuk sifat buruk ini dan senantiasa mengingat hal itu.
4        Dia harus terus mengingat bahayanya, agar penyakit itu hilang sepenuhnya.
5        Dia harus benar-benar memeranginya dengan bersemangat dan berusaha menghancurkannya. Dan untuk itu, dia harus melakukan hal yang tidak menyenangkan hatinya.

No comments:

Post a Comment