Wednesday, April 22, 2015

BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR....



BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR....  ( BURUK DAN BAIK )

Qada dan Qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak azali lagi..
Rahsia disebalik beriman kepada takdir Allah swt, Bagi orang yang beriman kepada takdir Allah mereka akan memperolehi beberapa manfaat diantaranya ialah:-

  1. Ia akan hidup terteram , tidak berasa takut kerana sudah mengetahui takdir Allah itu pasti  berlaku pada dirinya
  1. Orang yang beriman tidak akan merasa sedih pada segala keinginannya yang tidak tercapai , sebab ia tahu  perkara itu tidak ditakdirkan Allah untuk ia memperolehinya.
  1. Orang yang beriman tidak terlalu gembira atas segala yang diterimanya , baik bentuk harta ,anak mahupun  kekuasaan, kerana itu merupakan takdir Allah untuk dirinya malah ia bersyukur dengan kurniaan Allah tersebut..
  2. Orang beriman akan mengerjakan sesuatu yang dibolehkan atau yang diperintahkan kepadanya. Dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah dengan hati dan perasaan tenang .
  1. Orang yang beriman mengetahui segala kejadian dan peristiwa itu terjadi menurut ketentuan Allah swt. Maka ia akan mencari jalan yang akan membawanya kearah kebaikaan dan menghindarkan diri daripada bahaya dan kerugian

PENGERTIAN QADA DAN QADAR..
  1. Beriman kepada qada’ dan qadar berarti seseorang itu  yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dialam ini , baik atau buruk semuanya telah ditentukan oleh Allah swt.
  2. Beriman kepada qada’ dan qadar  adalah rukun iman yang ke 6.
  3. Hukum beriman kepada qada’ dan  qadar  adalah wajib.
  4. Barang siapa mengingkari akan qada’ dan qadar Allah swt ia akan menjadi kufur..

Pengertian qada’.
  1. Qada’ ialah ketentuan sesuatu perkara  sama ada baik atau pun buruk yang telah   ditentukan oleh Allah swt sejak azali lagi
Pengertian qadar..
  1. Qadar  ialah perlaksanaan sesuatu perkara yang telah , sedang atau akan berlaku  keatas seseorang yang telah ditentukan Allah swt sejak azali lagi..
Dalil beriman kepada Qada’ dan Qadar ..Firman Allah swt  dalam  surah Ar-Rad’ Ayat 8.
  
Mafhumnya..    Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisinya dengan  qadar yang tertentu..
 
 1..Allah swt ada;ah zat yang Maha berjuasa  diseluruh alam ini..
Dia yang menentukan dan mengatur  sesuatu dengan kebijaksanaan dan  kehendaknya sendiri tanpadiganggu oleh kuasa lain. 
2...Segala apa yang berlaku sama ada baik atau buruk  semua itu  merupakan qada’ dan qadar yang telah tertulis pada qalam dan  ilmu Allah sejak azali lagi.

No comments:

Post a Comment