Wednesday, April 22, 2015

SIFAT SOMBONG PISAHKAN MUSLIM DARIPADA SYURGA Rasulullah saw.. tidak pernah ketinggalan memberi peringatan kepada umatnya betapa buruk dan kejinya sifat sombong dan takbur dalam kehidupan ummah sejagat.. Sabda Baginda yang bermaksud: Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi’ ( Hadis Riwayat Muslim ) Dalama hadis yang lain pula Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Manusia yang jahat ialah manusia yang sombong, keras kepala dan melampaui batas. Orang yang sombong dan keras kepala itu lupa kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi’ manusia yang jahat itulah manusia yang keras kepala dan yang sombong , Dia lupa kepada Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Mahusia yang jahat ialah manusia yang lupa dan lalai. Dia lupa kepada kubur dan kehancuran tubuhnya . Amatlah jahat manusia yang sombong dan melampaui batas dia lupa kepada permulaan dan kesudahan ‘ ( Hadir riwayat Tirmizi ) Sifat sombong adalah akhlak keji yang menjadi dinding pemisah antara seseorang itu dengan syurga. Sedangkan pintu syurga hanya boleh dibuka dengan anak kunci akhlak yang mulia lagi terpuji.. Antara sebab seseorang itu bersifat sombong dan angkuh ialah kerana memiliki kekuasaan yang tidak terbatas.. Orang sombong akan berusaha mempertahankan kekuasaan nya dengan apa cara sekali pun , sama ada dengan menfitnah , mengadu domba atau mengusir bahkan sanggup membunuh setiap orang yang dianggap menjadi penghalangyang mengganggu gugat kekuasaannya.. Contoh orang yang sombong dirakamkan didalam al-Quran ialah Firaun.. dia zalim memiliki kekuasaan yang tidak terbatas dan kerana kesombongannya dia dengan berani mengaku dan mendakwa bahawa dirinya Tuhan kepada rakyat bawahannya.. Selain itu dengan harta yang melimpah ruah kurniaan Allah manusia juga akan menjadi sombong dan angkuh .. seperti Qarun yang lupa diri bersifat sombong dan takbur, hingga mendakwa bahawa harta itu diperolehi melalui usahanya sendiri.. Akhirnya Qarun dibinasakan oleh Allah bersama 2 harta kekayaannya sebagaimana kisahnya yang dirakamkan Allah dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 78. firmannya Mafhumnya .. Qarun menjawab ( dengan sombongnya ) Aku diberikan harta kekayaan ini hanya disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada pada ku ..( Kalaulah Qarun yang ada bijak pandai ) tidaklah dia mengetahui dan pandai memahami bahawa Allah membinasakan sebelumnya daripada umat terdahulu , orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan. Dan ingatlah orang yang berdosa ( apabila mereka diseksa ) tidak lagi ditanya mengenai dosa mereka ( kerana Allah sedia mengetahuinya ) .



SIFAT SOMBONG  PISAHKAN MUSLIM DARIPADA SYURGA
Rasulullah saw.. tidak pernah ketinggalan memberi peringatan kepada umatnya betapa buruk dan kejinya sifat sombong dan takbur dalam kehidupan ummah sejagat..
Sabda Baginda yang bermaksud: Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi’ (  Hadis Riwayat Muslim )

Dalama hadis yang lain pula Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Manusia yang jahat ialah manusia yang sombong, keras kepala dan melampaui batas. Orang yang sombong dan keras kepala itu lupa kepada Yang Maha Perkasa  lagi Maha Tinggi’ manusia yang jahat itulah manusia yang keras kepala dan yang sombong , Dia lupa kepada Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Mahusia yang jahat ialah manusia yang lupa dan lalai. Dia lupa kepada kubur dan kehancuran tubuhnya . Amatlah jahat manusia yang sombong dan melampaui batas dia lupa kepada permulaan dan kesudahan ‘                          (   Hadir riwayat Tirmizi )

Sifat sombong adalah akhlak keji yang menjadi dinding pemisah antara seseorang itu dengan syurga. Sedangkan pintu syurga hanya boleh dibuka dengan anak kunci akhlak yang mulia lagi terpuji..  Antara sebab seseorang itu bersifat sombong dan angkuh ialah kerana memiliki kekuasaan yang tidak terbatas.. Orang sombong akan berusaha mempertahankan kekuasaan nya dengan apa cara sekali pun , sama ada dengan menfitnah , mengadu domba atau mengusir bahkan sanggup membunuh setiap orang yang dianggap menjadi penghalangyang  mengganggu gugat kekuasaannya..

Contoh orang yang sombong dirakamkan didalam al-Quran ialah Firaun.. dia zalim memiliki kekuasaan yang tidak terbatas dan kerana kesombongannya dia dengan berani mengaku dan mendakwa bahawa dirinya Tuhan kepada rakyat bawahannya..
Selain itu dengan harta yang melimpah ruah kurniaan Allah  manusia juga akan menjadi sombong dan angkuh .. seperti Qarun  yang lupa diri bersifat sombong dan takbur, hingga mendakwa bahawa  harta itu diperolehi melalui usahanya sendiri.. Akhirnya Qarun dibinasakan oleh Allah bersama 2 harta kekayaannya sebagaimana kisahnya yang dirakamkan Allah dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 78. firmannya
  
 
Mafhumnya ..   Qarun menjawab ( dengan sombongnya ) Aku diberikan harta kekayaan ini hanya disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada pada ku ..( Kalaulah Qarun  yang ada bijak pandai ) tidaklah dia mengetahui dan pandai memahami bahawa Allah membinasakan sebelumnya daripada umat terdahulu , orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan. Dan ingatlah orang yang berdosa ( apabila mereka diseksa ) tidak lagi ditanya mengenai dosa mereka  ( kerana Allah sedia mengetahuinya ) .

No comments:

Post a Comment