JAMAK
DAN QASAR ORANG YANG BERULANG-ALIK KE TEMPAT KERJA MELEBIHI 2 MARHALAH
Harus melakukan jamak dan qasar bagi orang yang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja jika jarak perjalanannya melebihi 2 marhalah (85-90km) -berdasarkan jarak sehala- dan tempoh menetap di tempat kerja kurang 4 hari (tidak termasuk hari tiba dan hari pulang), walaupun musafir itu berlaku setiap hari. Kelonggaran untuk melakukan jamak dan qasar adalah dengan sebab safar (perjalanan), maka apabila ada/wujud sebab tersebut, haruslah kelonggaran itu di ambil walaupun setiap hari atau berulang kali kerana ia adalah sedekah Allah untuk hamba-hambaNya.
Bermula keharusan jamak dan qasar itu ialah apabila kita telah keluar dari rumah dan melepasi daerah/qariah/kawasan penempatan kita dan keharusan itu tamat apabila kita memasuki semula daerah/qariah/kawasan penempatan kita (semasa pulang nanti) kerana safar kita telahpun tamat. Wallahu a'lam.

Soalan; salam,ust...saya ada sedikit kekeliruan.Rumah saya di Kuala
Lumpur dan tempat saya bekerja di Melaka.Di Melaka saya tinggal di rumah
sewa/tumpangan saya sementara iaitu hanya hari Isnin,Selasa,Rabu,Khamis dan
Jumaat.Saya akan balik ke rumah saya di Kuala Lumpur pada hari Jumaat itu
pada waktu malam terus dari tempat kerja saya yang luar dari kawasan rumah
tumpangan saya di Melaka.Bolehkah saya bersolat jamak di tempat kerja saya
iaitu solat Zohor dgn Asar dan Magrib dgn Isyak dan saya memang berniat untuk
bermusafir dan balek dari tempat kerja saya terus ke rumah apabila selesai
kerja pada waktu malam.Kemudian,apabila saya ingin pulang bekerja di Melaka
pada hari Isnin nya pula,saya akan terus ke tempat kerja saya dan apabila
selesai kerja pada waktu malam baru saya akan pulang ke rumah sewa/tumpangan
saya.Bolehkah sya solat jamak zohor dgn asar dan magrib dgn isyak dipejabat
saya itu?Mohon pencerahan dari Ustaz.Terima kasih.
Jawapan;
Harus saudara menjamak dan mengqasarkan solat sepanjang saudara berada di Melaka kerana saudara tidak menjadi muqim kerana tempoh saudara menetap di sana (tanpa hitungan hari masuk dan hari keluar) tidak mecukupi 4 hari. Menurut mazhab Syafiie; seseorang itu hanya menjadi muqim (yakni hilang sifatnya sebagai musafir) apabila ia berniat untuk tinggal di satu tempat selama 4 hari atau lebih tanpa dikira hari tiba dan hari akan keluar. Merujuk kepada kes saudara; (ditolak hari saudara tiba (iaitu hari isnin) dan hari saudara pulang (iaitu hari jumaat)) tempoh iqamah (menetap) saudara di Melaka -mengikut fiqh- hanyalah 3 hari iaitu pada hari selasa, rabu dan kamis. Oleh demikian, sifat saudara sebagai musafir masih kekal dan saudara diharuskan menjamak dan mengqasarkan solat di sepanjang berada di Melaka (sama ada di rumah tumpangan, di pejabat atau lainnya). Keharusan itu hanya tamat apabila saudara tiba di kawasan mustautin saudara di Kuala Lumpur.

Salam ustaz.. saya ada sedikit kemusykilan.. saya sudah bekerja di kuala lumpur hampir 10 tahun.. dan saya berulang alik menaiki bas setiap hari dari melaka ke kuala lumpur.. blhkah saya menjamak kan solat aaya?
ReplyDeleteDibolehkan jamak hanya sepanjang perjalanan sahaja selagi tidak sampai di dalam Qaryah kedua-dua mukim anda iaitu di qaryah tempat tinggal (Melaka) dan KL. Namun di tempat kerja, tidak boleh jamak qasar kerana sudah dianggap mukim. Wallahu A'lam
DeleteAssalamualaikum Ust. . Sy mohon pncerahan ,sy berkje sbgai pemandu peribadi tinggalndi labu batu10 negeri sembilan, setiap pagi dari rumah sy labu ke seremban town rumah majikan dan terus ke tempat kerja di kepong kl. .Adakah sy ckup syarat sebagai musafir ,mintak pndangn dari ust.
DeleteAssalamualaikum ustaz sy berkerja sebagai contractor sy punya tempat side kadang tu tak menentu tetapi melebihi dua marhalah boleh kah sy menghimpun ke dalam satu waktu ??
ReplyDeleteRumah sy ke A , A ke B , B ke C , C ke B dan B ke A dan baru lah pulang semula kerumah begitu kalau tpi jarak untuk smpai ke setiap destinasi itu 50km dan seterusnya 40km dan 40km bila berpusing ii melebihi boleh ke ustaz ?
DeleteAssalammmualaikum saya bekerja sebagai penghantar makanan kadang2 sayatidak sempat nak solat sebab order yang terlalu banyak bolehkah saya jamak kan solat?
ReplyDelete