Hukum
Korban
Korban
hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam
mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat
dalam semua mazhab.
Waktu
melakukan ibadah Korban
Korban
boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.
Bolehkah
diniatkan akikah semasa melakukan korban?
Boleh
juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya
berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan
menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.
Pembahagian
daging
Tiap-tiap
orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi
sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi.
(dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan,
belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi
7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki
tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).
Bolehkah
daging korban diberi kepada orang kaya?
Daging
korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga
melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir,
Bolehkah
daging korban disimpan?
Pada permulaan
Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan.
Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil,
2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3
dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah
dihabiskan.
Sedekah
pahala korban unuk Nabi
Nabi
Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan
korban untuk Nabi Bahawasanya
Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam.
Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku
KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.
Hukum
Melakukan Ibadah Korban
Bagi
Pihak Orang Lain
( Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah,
Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,
keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda
)
Menyembelih korban
selepas naik matahari pada Hari Raya Adhhaiaitu sekadar berlalu sembahyang dua
rakaat dan dua khutbah ringkas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari
pada hari Tasyriq terakhir iaitu hari ke 13 Zulhijjah merupakan salah satu
ibadah yang dituntut oleh agama. Tuntutan ini jelas disebutkan sebagaimana
firman Allah SWT.
Mafhumnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana
Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah
al-Kautsar: 2)
Hukum berkorban ialah
sunat mu’akkadah (sunat yang sangatdituntut) bagi orang baligh, berakal,
merdeka serta berkemampuan untuk melaksanakannya. Maksud berkemampuan di sini
adalah orang yang mampu untuk berkorban setelah ada lebihan darikeperluannya
dan keperluan orang-orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya Adhha dan
hari-hari Tasyriq.Menurut jumhur ulama, sunat melakukan korban bagi
orang yang mampu dan makruh hukumnya jika dia tidak melakukannya sedangkan dia
ada kemampuan untuk melakukan korban. Hukum ini akan menjadi sunat mu’akkadah
‘ainiyyah iaitu sunat yang dituntut ke atas orang itu sendiri sekiranya dia
tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah. Dan sebaliknya menjadi sunat
mu’akkadah
kifayah iaitu sunat yang dituntut secara umum bagi sebuah keluarga dalam
sebuah rumah. Jika salah seorang daripada ahli keluarga di dalam rumah tersebut
melakukan korban, maka gugurlah tuntutan sunat kifayah daripada anggota
keluarga yang lain.
Tuntutan untuk
melaksanakan korban ini sudah mendapat perhatian daripada orang ramai.
Timbulnya kesedaran di kalangan orang Islam terhadap keutamaan ibadah korban
menyebabkan tidak sedikit jumlah binatang korban yang disembelih setiap menjelangnya
Hari Raya Adhha, bahkan semakin bertambah jumlahnya setiap tahun. Ini kerana
selain dari menjunjung tuntutan syara‘, keghairahan untuk meraih ganjaran juga
tidak dibiarkan terlepas begitu sahaja.
Dari segi yang lain pula, kelebihan dari segi
kewangan bagi sesetengah individu menyebabkan mereka bukan sahaja melakukan korban
untuk mereka sendiri, bahkan untuk pihak orang lain dengan perbelanjaan yang
ditanggung oleh mereka sendiri. Ada yang melakukan korban untuk ibu-bapa,
anak-anak, adik beradik, saudara mara malahan untuk teman-teman mereka. Persoalan
yang timbul ialah kedudukan hukum seseorang yang melakukan korban bagi pihak
orang lain.
Adakah sah atau tidak
korban yang dilakukan untuk orang lain dengan kos perbelanjaan daripada harta
orang yang melakukan korban itu? Perbincangan mengenai hukum melakukan korban
bagi pihak orang lain ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-
i.
Melakukan korban bagi
orang lain yang masih hidup.
ii.
Melakukan korban bagi
orang lain yang telah meninggal
dunia.
Korban
Bagi Orang Yang Hidup
Tidak harus melakukan
korban bagi orang lain yang masih hidup dan tidak sah korban tersebut jika
dilakukan kecuali dengan ada keizinan daripada orang tersebut. Ini kerana
korban itu adalah
suatu ibadah dan
melakukan ibadah untuk orang lain adalah ditegah kecuali jika ada dalil yang
mengharuskan untuk berbuat sedemikian. Dalam perkara ibadah korban, adanya
keizinan adalah
syarat yang
mengharuskan seseorang itu melakukan korban bagi orang lain yang masih hidup.
Berbeza halnya dengan
beberapa keadaan berikut:-
i. Wali (bapa dan
datuk sahaja) boleh melakukan korban dengan kos perbelanjaan dikeluarkan
daripada hartanya untuk orang-orang yang di bawah jagaannya seperti anak atau
cucunya yang masih kecil. Dalam keadaan ini,n contohnya jika bapa melakukan
korban untuk anaknya, maka
sah korban untuk anak
tersebut, sementara si bapa pula memperolehi pahala hibah (pemberian).
Walau bagaimanapun
tidak sah korban yang dilakukan untuk anak yang masih dalam kandungan. Ini
kerana belum ada apa-apa tuntutan syara‘ yang dikenakan ke atasnya.
ii. Jika salah
seorang daripada ahli keluarga dalam sebuah rumah melakukan korban untuk dirinya
sudah dianggap melepaskan tanggungan sunat kifayah keluarga tersebut walaupun
tanpa ada keizinan daripada ahli keluarga yang lain atau tanpa ada niat mereka
untuk melakukan korban.
iii. Harus bagi
pemimpin atau ketua melakukan korban bagi orang-orang Islam di bawahnya
daripada harta Baitul Mal (jika ada kelebihan pada harta tersebut) dengan
menyembelih badanah (unta atau lembu yang gemuk). Jika tidak mampu menyembelih
badanah maka dengan seekor kambing biribiri. Walau bagaimanapun dengan
sembelihan ini tidak menggugurkan tuntutan korban ke atas orang-orang Islam yang
berkemampuan kerana apa yang diperolehi daripada
sembelihan pemimpin
atau ketua itu adalah perolehan pahala semata-mata bagi orang-orang Islam. Daging
daripada sembelihan ini juga boleh dimakan oleh orang-orang Islam termasuk
orang-orang kaya kerana sembelihan itu dianggap sedekah semata-mata.
Korban
Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia
Tidak harus bagi ahli
waris mahupun orang lain melakukan korban bagi orang yang sudah meninggal dunia
dan tidak sah korban yang dilakukan melainkan jika orang yang telah meninggal
dunia itu pernah mewasiatkan sedemikian.
Apabila orang yang
diwasiatkan melakukan korban bagi pihak si mati, maka dia tidak boleh memakan
daging tersebut dan juga tidak boleh menghadiahkannya kepada orang kaya kecuali
jika ada keizinan awal daripada si mati. Oleh yang demikian daging tersebut
wajib diagihkan kesemuanya kepada fakir miskin. Begitulah penjelasan mengenai
hukum melakukan korban bagi
orang lain, sama ada
orang tersebut masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Apa yang jelas,
seseorang yang ingin melakukan korban bagi orang lain perlu meminta keizinan
terlebih dahulu daripada yang empunya diri atau dengan adanya wasiat yang ditinggalkan
untuknya. Jika dilakukannya juga tanpa ada keizinan atau wasiat, maka korban
tersebut tidak sah
No comments:
Post a Comment