SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA PADA SEBELUM DAN
SELEPAS MERDEKA
IMBASAN PEMERINTAHAN KERAJAAN DAHULU
Kemunculan Kesultanan Melayu Melaka
sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15
hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka
telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi
hingga masa kini.
Kegemilangan dan kemakmuran Melaka
telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan
Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka
berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak
menegakkan semula kedaulatan Melaka.Kemerosotan Melaka juga memberi peluang
kepada kerajaan-kerajaan Brunei, Sulu dan Aceh bangkit menegakkan pengaruh dan
kekuasaan masing-masing. Pada zaman kemuncaknya, kewibawaan Brunei dan Sulu
meliputi kawasan-kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak.
PEMERINTAHAN JEPUN
Pada 8 disember 1941, tentera Jepun
mendarat di Kota Bharu,Kelantan. Selepas dua hari askar-askar Jepun mendarat,
kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat
dimusnahkan oleh tentera Jepun. Tentera British terpaksa berundur ke selatan
menuju ke Singapura.Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya
pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai keseluruhan
Tanah Melayu dan bersiap sedia untuk menyerang Singapura.
Selepas beberapa pertempuran,
Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar British menyerah kalah
kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada 15 februari1942.
Sifat benci pihak Jepun terhadap
kaum Cina sedikit sebanyak telah menyebabkan konflik antara kaum Cina dan
Melayu di Tanah Melayu.Pada masa itu penduduk kaum Cina yang tertindas
melarikan diri ke hutan memasuki pasukan Malayan Peoples Al Japanese Army
(MPAJA) yang diasaskan oleh pihak Komunis
DARURAT
Selepas tentera Jepun menyerah diri,
gerilagerila komunis keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa di beberapa
kawasan. Namun demikian dalam beberapa minggu berikutnya pihak pentadbiran Tentera
British (BMA) telah mengambil alih kuasa bagi kerajaan British. PKM cuba
mendirikan sebuah negara komunis di Tanah Melayu. Dengan itu anggota PKM mina
meresapi pelbagai pertubuhan politik, belia clan kesatuan sekerja di samping
bergiat cergas dalam PKM yang masih sah ketika itu.
Setelah merasakan perjuangan cara
politik telah gagal, PKM mengalih corak perjuangan dengan pemberontakan
bersenjata, iaitu sejajar dengan prinsip perjuangan Mao Tse Tung yang lebih
yakin kepada perjuangan kekerasan bersenjata.PKM Chin Peng melancarkan
keganasan mulai pertengahan tahun 1948. Mereka membunuh pengurus-pengurus
bangsa Eropah, memusnahkan pokok getah dan lombong, menyerang balai-balai polis
dan anggota-anggota pasukan keselamatan. Untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu,
mereka menjalankan operasi bumi hangus.
Sir Edward Gent telah
mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai tahun 1948. PKM juga
diharamkan.Kerajaan mengambil langkah untuk memerangi komunis di seluruh negara
antaranya dengan menyelaras gerakan ketenteraan, menempatkan semula orang-orang
Cina ke kampung-kampung baru, memperkenalkan kad pengenalan, perintah
berkurung, menjalankan perang saraf dan operasi psikologi, selain meningkatkan
keberkesanan pengumpulan inteligen tentang komunis. Suatu Cawangan Khas yang
diletakkan di bawah kawalan Pasukan Polis ditubuhkan.
MALAYAN UNION
Ditubuhkan pada 1 april 1946 dan gabenor malayan union yang pertama ialah
sir edward gent.
syarat –syarat malayan union:
-penduduk malaya diberi
taraf sama dengan semua kaum
-kerakyatan bedasarkan jus
soli.
-penukaran gelaran
sultan kepada president
mendatangkan kemarahan orang melayu kerana:
-sir harold macmichael
memaksa sultan menandatangani malayan union
-mengurangkan kuasa
sultan
-melonggarkan kerakyatan
kepada imigran yang telah menetap di tanah melayu terutamanya etnik cina.parti
united malays national organisation(umno) telah ditubuhkan oleh dato onn jaffar
pada 1 mac 1946 untuk menentang penubuhan malayan union. malayan union telah
digantikan dengan persekutuan tanah melayu.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tentangan yang hebat daripada UMNO
terhadap Malayan Union berjaya memaksa British membubarkan Malayan Union.Untuk
mengelakkan kekacauan berlaku, British mengadakan perjumpaan dengan UMNO dan
Raja-raja Melayu. Pada bulan Julai 1946,suatu jawatankuasa ditubuhkan iaitu
Jawatankuasa Kerja untuk menggubal satu perlembagaan baru. Hasilnya, suatu
perlembagaan yang baru dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan
tersebut telah ditentang oleh AMCJA yang merupakan persatuan bukan Melayu dan
PUTERA iaitu sebuah pertubuhan orang Melayu.Melalui AMCJA dan PUTERA, suatu
Perlembagaan Rakyat digubal tetapi ditolak oleh British.Persekutuan tanah
melayu ditubuhkan selepas malayan union dibubarkan.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya
Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya
Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang
dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar undang-undang
dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda
oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera
British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada
tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,
Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah
Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
SURUHANJAYA COBBOLD
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada
1961 Suruhanjaya in bertujuan untuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan
Sarawak mengenai penyertaan gagasan Malaysia dan merangka satu perlembagaan
baru. Suruhanjaya ini dipengerusi oleh Lord Cobbold. Suruhanjaya Cobbold
mendapati bahawa lebih daripada 70% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju
pembentukan gagasan Malaysia
PENYINGKIRAN SINGAPURA
Tindakan Parti Tindakan Rakyat (PAP)
yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum bumiputra Lee
Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka
sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Ramai ahli UMNO
mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew .
Dalam projek perumahan, perkampungan
Melayu di Singapura telah dihapuskan . Akibatnya beberapa pergaduhan berlaku.
Julai 1964 , kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok
iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang
Melayu Singapura.Tatkala itu 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan
raya Singapura. Tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura .
Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos 1964,sekali
lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Keputusan pemisahan Singapura dari
PERISTIWA 13 MEI
Isu-isu perkauman yang menyentuh
emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah
menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969,
calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan bahasa
kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan
perasaan perkauman dan syak wasangka
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei
1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti
Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Negara diisytiharkan
darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah
pentadbiran Tun Abdul Razak Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul
Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya.
Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan
beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah
penubuhan beberapa badan seperti Malis Perundangan Negara, Dasar Ekonomi Baru
dan Rukun Negara telah diciptakan.Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman
penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana
mereka miskin di tanah air mereka sendiri.Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula
dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan
Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan
pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
SISTEM PARLIMEN
PARLIMEN MALAYSIA
Sistem Demokrasi Berparlimen di
bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan
syarat-syarat untuk menjalankan sistem ini.
Terdiri daripada
tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu
·
Perundangan,
·
Kehakiman
·
Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia
juga mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.
Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju
dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri telah menyerahkan sebahagian kuasa
masing-masing.Kewangan, pertahanan, pelajaran,dan hal ehwal luar negara
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat.
Terdapat juga bidang kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
RAJA BERPELEMBAGAAN
Raja-raja Melayu di sembilan buah
negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat
istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri
masing-masing.Raja-raja menjadi ketua negeri masing-masing dan menjalankan
tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong:
1. Ketua Utama Negara.
2. Baginda adalah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
Baginda akan menjalankan tugas-tugas
dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA
1.
Yang Di-Pertuan
Agong
2.
Dewan Negara
3.
Dewan Rakyat
1.DEWAN NEGARA
Terdiri daripada seramai 70 orang
ahliyang dikenalisebagai senator.Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori
seperti berikut:-
·
26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai
mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
·
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan
Labuan dan Putrajaya.
Untuk layak
menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
1)warganegara Malaysia
2)tidak kurang dari 30 tahun
3)waras fikiran
4)bukan seorang muflis
5)tidak mempunyai rekod jenayah
Jawatan itu hendaklah dipegang
selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal
lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada
peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran
Parlimen.
Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih
dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai
kecemerlangan dalam profesion masing-masing, atau merupakan wakil kumpulan
bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.
Setiap ahli dimestikan mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah
bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka
sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta
mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
Jawatankuasa
pemilihan Dewan Negara :
1)- Jawatankuasa
Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan
kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat.
2)- Jawatankuasa
Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu
masa ke satu masa.
3)- Jawatankuasa
Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang
ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis.
4)- Jawatankuasa
Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli
sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata.
5)- Jawatankuasa
Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau
meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat
demikian.
2.DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat mempunyai seramai 219
ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih
atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya umum. Setiap ahli Dewan Rakyat
memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan
diadakan.
Kelayakan menjadi
ahli adalah seperti berikut:-
1)warga negara Malaysia
2)tidak kurang dari 21 tahun
3)waras fikiran
4)bukan seorang muflis
5)tidak mempunyai rekod jenayah
Seorang ahli tidak boleh memegang
jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.Sebelum memegang
sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di
hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah
atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai
ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi,
menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
Jawatankuasa
pemilih Dewan Rakyat :
1)- Jawatankuasa
pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan
kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan mesyuarat.
2)- Jawatankuasa
pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu
masa ke satu masa.
3)- Jawatankuasa
Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang
ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis.
4)- Jawatankuasa
Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli
sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata.
5)- Jawatankuasa
Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau
meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat
demikian.
JAWATAN KUASA HAK DAN KEBEBASAN
Terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua
sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih
dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. menimbangkan
apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang
perkara itu kepada Majlis.Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh
memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku
kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis Jika Tuan Yang
di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini.
Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan
perkara itu.Jawatankuasa ini berkuasa unutk memanggil orang hadir dihadapannya
dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada
Majlis dari masa ke semasa.
SURUHANJAYA PILIHANRAYA
Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia(SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114
Perlembagaan Persekutuan. SPR dianggotai seorang Pengerusi dan 2 orang
Ahli(penubuhan). Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa
Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe
Boon dan Encik Ditt Singh.
Penubuhan Malaysia pada tahun 1963,
Ahli ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau
Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor
dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.
Tahun 1981, pindaan ke atas Perkara
114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang
Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama
mengisi jawatan Timbalan Pengerusi.
Tahun 2002, pindaan kepada
Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya
Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan
Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli
dari Sarawak. SPR membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang
Setiausaha sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha
pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga
1958.
Parti politik di
Malaysia:
1.
15 di
Semenanjung.
2.
7 di Sabah.
3.
5 di Sarawak.
SENARAI
PARTI POLITIK BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
1. Barisan Nasional
2. Barisan Jemaah Islamiah
SeMalaysia (BERJASA)
3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM)
4. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
5. Parti Pusaka Bumiputera Bersatu
Sarawak (PBB)
6. Parti Progresif Penduduk (PPP)
7. Parti Perpaduan Rakyat Sarawak
8. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
9. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia
(KIMMA)
10. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
11. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
12. Parti Tindakan Demokratik
13. Pertubuhan Kebangsaan Pasok
Nunukragang Bersatu (PASOK)
14. Parti Bersatu Sabah (PBS)
15. Parti Kongres Penyatuan
Masyarakat
16. Parti Liberal Demokratik-Sabah
17. Parti Barisan Rakyat Sabah
Bersekutu (BERSEKUTU)
18. Parti Keadilan Rakyat
19. Parti Demokratik Setiasehati
Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA)
20. Parti Maju Sabah (PMS)
21. Parti Reformasi Negeri Sarawak
(STAR)
22. Pertubuhan Pasok Momogun
Kadazandusun Bersatu (UPKO)
23. Parti Angkatan Keadilan Insan
Malaysia (AKIM)
24. Parti Demokratik Malaysia (MD)
25. Parti Barisan Kemajuan India
Se-Malaysia (AMIPF)
26. Parti Punjabi Malaysia (PPM)
27. Parti Demokratik Progresif
Sarawak SPDP
No comments:
Post a Comment