Islam menggalakkan menusia berjiran,berkenal-kenalan, diantara satusama lain. Dapat bantu membantu dan juga berusaha untuk menghindarkan daripada sebarang bahaya. Rasulullah saw menjelaskan bahawa Jibrail sering datang kepada Baginda Rasulullah saw dan berpesan supaya selalu berbuat baik kepada jiran.
Mengikut al-Quran , surah al-Nisa ayat 36, jiran itu terbahagi kepada 3 kategori.
1. Jiran yang seagama dan ada hubungan keluarga
2. Jiran yang seagama tetapi tiada hubungan keluarga
3. Jiran yang berlainan agama
Ketiga-tiga jenis ini mempunyai tanggungjawab tertentu yang ada masanya sama
dalam semua hal dan ada kalanya tidak sama
dalam semua hal dan ada kalanya tidak sama
TANGGUNGJAWAB KEJIRANAN
Islam menganjurkan umatnya berbuat baik dengan jiran. Amalan tersebut amat
dituntut dan diberi ganjaran pahala dan kebajikan sebaliknya amalan yang
menyakiti jiran merupakan suatu tegahan yang patut dielakkan. Ada beberapa
tanggungjawab yang patut dilaksanakan olej setiap anggota masyarakat terhadap jiran.

1. Amar Maarof Nahi Mungkar.
Sabda rasulullah saw.yang bermaksud
“ Sesiapa diantara kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah
ia mengubahnya dengan tangan ( kuasa ) jika tidak berkuasa ,
hendaklah ia mengubahnya dengan lidah ( nasihat ) jika tidak
berkuasa juga maka hendaklah ia mengubah dengan
ia mengubahnya dengan tangan ( kuasa ) jika tidak berkuasa ,
hendaklah ia mengubahnya dengan lidah ( nasihat ) jika tidak
berkuasa juga maka hendaklah ia mengubah dengan
hatinya ( berdoa )itu lah selemah-lemah iman” Riwayat Muslim
2.Mengambil berat perkara kebajikan dan sosial
· Memberi pertolongan apabila jiran meminta tolong
· Jika ia meminta hutang kerana kesempitan , berilah hutang
kepadanya
kepadanya
3.Bebas dan selamat dari nacaman terhadap jiran
· Menghilangkan rasa ketakutan jiran dari segi tingkah laku,
gaya dan kata-kata
Mengelakkan dari buruk sangka jiran terhadap tetamu,
suasana dan barang milik kita
Memberikan pertolongan sekiranya diperlukan
gaya dan kata-kata
Mengelakkan dari buruk sangka jiran terhadap tetamu,
suasana dan barang milik kita
Memberikan pertolongan sekiranya diperlukan
· Membantu dalam kerja-kerja
· Gembira diatas kejayaan jiran dan keluarganya
TATASUSILA KEJIRANAN
· Hendaklah mengucapkan salam bila bertemu
· Menjauhkan sikap buruk sangka
· Memaafkan segala kesalahan dan keterlanjuran
· Bersikap lemah lembut dan elakkan mencari-cari kesalahan dan
mencampuri urusan mereka
mencampuri urusan mereka
· Apabila ia sakit kunjungi dan ziarahi jiran itu
· Mengucapkan takziah apabila diterima kesusahan
· Mengucapkan tahniah apabila ia mendapat sesuatu kejayaan
· Jika ia meninggal dunia iringilah jenazahnya hingga kekubur
· Jangan membina bangunan yang tinggi sehingga menghalang angin masuk
kerumahnya kecuali dengan izinnya
kerumahnya kecuali dengan izinnya
· Jangan sakiti hati jiran dengan bau masakan kecuali kamu memberikan
sedikit kepadanya
Harus diingat bahawa memutuskan hubungan silaturahim hukumnya haram..
Menyakti sama ada perasaan atau pada jasadnya, hukumnya haram dan berdosa.
Dalam Islam jika ada dua orang yang tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari
kerana sesuatu sebab atau pergaduhan maka kedua-dua pihak itu berdosa
Apa yang berlaku kepada orang Islam hari ini ialah mereka kurang pengetahuan
tentang tanggungjawab terhadap jiran.
CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

· Kerja secara berkumpulan
· Sentiasa berbincang dan mesyuarat
· Selalu mengadakan majlis ilmu
· Membina ukhwah dan bersikap prihatin
KESIMPULAN
Apabila sesebuah mesyarakat mengamalkan hidup bersatu padu
bekerjasama saling memahami dan bertoleransi kita semua akan mendapat
kerahmatan dan keredaan Allah swt seterusnya dapat merealisasikan
perpaduan dalam masyarakat

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH....

No comments:
Post a Comment