Wednesday, August 10, 2011

HUKUM SABAR


HUKUM SABAR


Mengikut Ibnu Qayim dalam bukunya ( al-Madaraji ) menyebut hukum sabar itu adalah wajib kerana sifat sabar itu adalah kunci segala kejayaan.

Dr Yusof al- Qardawi berkata ada 8 perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang itu ialah:




1. Perlu menghayati hakikat hidup didunia yang penuh cabaran dan
    sementara ini.

2. Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai
    had tertentu sahaja ( tidak sempurna )

3. Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran dari Allah

4. Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya

5. Berusaha mencontohi orang lain yang mempunyai sifat sabar.

6. Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah setiap perkara

7. Sentiasa beriman kepada Qada’ dan  sunnah Allah dan Rasul

8.Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti :
-  Marah
- Sedih berlebihan
- Putus asa
- Gopoh gapah

Dari Ibnu Abbas r.a  ... Ada 7 perkara kebahagiaan didunia

1.   Qalbun syakirun -       Hati yang selalu bersyukur
2.   Al-Azwaju Sholihah - Pasangan yang hidup soleh
3.   Al-Auladun Abrar -    Anak yang soleh
4.   Al-Biatu Sholehah -    Lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5.   Al-Malul Halah -        Harta yang halal
6.   Tafakur Fidin -           Semangat untuk memahami agama ( Islam )
7.   Umur yang barakah

Firman Allah swt dalam al-Quran surah  al-baqarah ayat 7
Makhumnya:

“  Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh,
    mereka itu lah sebaik-baik manusia ”

No comments:

Post a Comment