AMALAN BERZIKIR PELINDUNG KETIKA
PERJALANAN
BERZIKIR ( mengingati Allah )dan membaca ayat suci al-Quran
mempunyai banyak berkatdan fadhilat.Ia juga antara usaha paling
mujarab bagi melindungai diri daripada sebarang bahaya dan
kejahatan sama ada manusia , jin atau pun syaitan ketika dalam
perjalanan.
Kita perlu memohon perlindungan dari Allah swt.
Antara amalan Rasulullah saw dalam perkara ini adalah dengan
membaca beberapa surah ..
· Surah al – fatihah
· Surah al- Ikhlas ( 3 kali )
· Surah al- Falaq ( 3 kali )
· Surah an-Naas ( 3 kali )
· Surah Ghafir ayat 1 hingga 3
· Surah al- Mukminun ayat 97 hingga 98
Sebelum keluar rumah hendaklah dibiasakan membaca ayat tersebut..
· Surah al _ Fatihah
· Ayat al- Kursi
· Surah al – Quraisy
· Doa ketika keluar rumah. Maksud doa:-
·
“ Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya dan
tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan
( daya upaya dan kekuatan ) Allah, aku berlindung
dengan-Mu daripada perbuatan sesat atau disesatkan,
atau daripada binasa atau dibibasakan, atau daripada
zalim atau dizalimi, atau daripada jahil ( bodoh )
atau diperboodohkan”
Juga ketika menaiki kenderaan dibiasakan membaca doa berikut:-
Ia ayat al-Quran surah al-Zukhruf ayat ( 13 hingga 14 )
Makhumnya....
“ Maha suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami
Sedang kamisebelum ini tidak menguasainya. Dan sesungguhnya
Kepada Allah kami akan kembali”
Jika dalam perjalanan hujan, guruh, angin dan kilat, maka Rasulullah saw
menganjurkan kita supaya membaca doa ini..
Doa ketika hujan:
Ya Allah jadikanlah ia ( hujan ) sebagai yang menyenangkan
· Doa ketika mendengar guruhdan petir:
Ya Allah janganlah engkau matikan kami dengan kemurkaan-Mu
dan janganlah engkau binasakan kami dengan azab-Mu dan
ampunkanlah kami sebelum itu
· Doa ketika angin bertiup kencang:
Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan ( angin ini )dan
kebaikanyang ada padanya dan kebaikan yang ada engkau
utuskan bersertanya, aku meohon perlindungan-Mu daripada
keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta keburukan
yang engkau utuskan bersertanya
Mudah-mudahan dengan membaca ayat , doa dan mengamalkan zikir
akan mendapat berkat dan terhindar daripada sebarang malapetaka
ketika berada dalam perjalanan . Dalam kehidupan yang semakin sibuk
serta pertambahan penggunaan kenderaan awam dan persendirian
oleh masyarakat, amalan berzikir menjadi satu daripada usaha untuk
mengelakkejadian yang tidak diingini sepanjang perjalanan sama
ada dekat atau jauh.
.
Zikir adalah santapan hati yang wajar dijadikan amalan oleh
setiap orang Islam.. Golongan mukminin sepatutnya mengingati Allah
sama ada ketika menerima nikmat dan kesenangan daripada Allah
dengan mensyukuri nikmat-Nya. Barang diketahui segala amalan itu
bertujuan mencari keredaan Allah swt . Amalan itu juga boleh
mwenenangkan hati atau diri serta reda akan apa yang akan berlaku
selepas usaha sesuai diambil

No comments:
Post a Comment