Wednesday, April 22, 2015

BAB HARI AKHIRAT



                                              BAB  HARI AKHIRAT

SYURGA..
Ia adala  tempat balasan nikmat yang disediakan oleh Allah swt dihari akhirat nanti bagi orang yang taat kepada perintahnya . Didalamnya terdapat pelbagai kenikmatan yang tidakpernah langsung dilihat oleh mata  didengar leh telinga dan terbayang dibenak manusia..

NERAKA ..
Ia adalah tempat pembalasan azab siksa yang disediakan oleh Allah swt untuk hambanya yang
ingkar.terhadap perintahnya.

Jenia-jenis Syurga mengikut tingkatan       -           Jenis-jenis Neraka mengikut tingkatan
  1. Syurga  Firdaus                                      -          1.   Neraka  Jahannam
  2. Syurga  Adnin                                        -          2.   Neraka  Jahim
  3. Syurga  Naim                                          -           3.   Neraka  Hawiyah
  4. Syurga  Na’wa                                       -          4.   Neraka  Wail
  5. Syurga  Darussalam                             -           5.   Neraka  Sa’ir
  6. Syurga  Darul Muaqqamah              -            6.   Neraka  Ladha
  7. Syurga  Maqamun  Amin                   -          7.   Neraka  Saqar
  8. Syurga  Khuldi                                        -           8.   Neraka Hutomah.

CIRI-CIRI AHLI SYURGA
  1. Sentiasa taat kepada perintah Allah swt
  2. Sangat menjaga segala hukum dan peraturan Allah swt
  3. Takut untuk melanggar perintah Allah swt dalam apa jua keadaan sekali pun
  4. Sentiasa bersikap sebagai seorang hamba yang tawadhuk dan taat dengan Allah swt.

Keistimewaan ahli syurga .
  1. Sentiasa kekal muda
  2. Tubuh badan sentiasa berbau harun dan bersih
  3. Tidan pernah membuang air besar atau kecil
  4. Tidak akan berhaid bagi wanita ahli syurga.

Ciri-ciri ahli neraka .
1..   Kekal dalam kekufuran
2..  Sering menghalang orang berbuat kebajikan
3.   Tidak mempedulikan hukum agama
4..  Meragui kebenaran
5..   Menyembah berhala dan menyekutukan Allah swt

 Bentuk seksaan ahli neraka.
  1. Sentiasa dalam kesengsaraan , kerana diazab Allah swt.
  2. Tubuh badan berbau busuk, hanyir dan menjijikkan
  3. Memakan makanan berduri serta minum daripada timah dan tembaga yang menggelegak menyebabkan perut terbuarai dan dahaga tidak akan hilang  malah semakin haus..
  4. Keadaan sekeliling amat menakutkan dan mengerikan dengan dipenuhi ular berbisa , kala jengking dan berbagai lagi binatang buars neraka

No comments:

Post a Comment