Thursday, October 6, 2011

Rafeah Buang : Tiada Kata Secantik Bahasa (HQ Audio)

1 comment:

  1. Islam menyuruh kita bila berbicara atau bertutur kata dengan orang ramai hendaklah bersopan dan lemah lembut seimbang tuntutan syarak.sebagaimana Rasulullah saw.. Ia adalah sebagai contoh terbaik yang menampilkan kata-kata yang lemah lembutdan sopan dalam berinteraksi denagn orang ramai.

    Ketahuilah bahawa orang yang menjaga lidahnya akan diredai Allah.
    Firman Allah swt dalam surah an-Nisa’ ayat 114bermaksud:
    “ Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru kerah
    kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan diantara manusia
    bergaduh dan sesiapa melaksanakan demikian adalah untuk menuntutkeredaan Allah ,
    semuga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda”

    seseorang yang tidak dapat mengawal , mengendalikan lidahnya seperti suka membuat fitnah, berbohong, serta mencela ia adalah mencerminkan kerosakan hati nya yang dikuasai luapan nafsu dan bisikan syaitan.jangan jadi orang yang seperti ini...dalam pergaulan kita perlu menjauhi hal yang boleh menyakiti hati orang lain
    Membudayakan sikap dan tindakan yang boleh menyenangkan hati orang lain harus menjadi amalan setiap muslim.

    ReplyDelete