Thursday, October 6, 2011

PAKAIAN DAN PERCAKAPAN CERMIN PERIIBADI


PAKAIAN DAN PERCAKAPAN CERMIN PERIIBADI

Umat Islam diperintahkan Allah dan Rasulnya sentiasa menjaga maruah diri, keluarga , jiran dan masyarakat seluruhnya daripada perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yangsuci serta banyak mengundang kemurkaan Allah swt
Firman Allah swt dalam surah at_tahrim ayat 6.. bermaksud:-



“ Hai orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab
   api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari tulang belulang orang-orang kafir dan
   batu berhala”

Gambaran masyarakat Islam hari ini sungguh membimbangkan dengan corak kehidupan yang sudah renggang dari nilai2 Islam yang sebenar. Seperti dalam cara berpakaian, pergaulan serta percakapan semuanya itu tidak lagi mencerminkan ciri2 Islam.
Firman Allah swt dalam surah al_Baqarah ayat 195..

“ Dan jangan kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan dan berbuat baik
   Kerana sesungguhnya Allah swt menyukai orang yang berbuat baik”

Maruah seseorang dapat dinilai dalam 3 aspek.
1.      Cara berpakaian
2.      Cara percakapan
3.      Cara pergaulan

Jika elok ketiga-tiga ini , maka kita akan dikatakan ada harga diri dan bermaruah daripada pandangan masyarakat..serta mulia disisi Allah swt.

Islam selalu menekankan soal berpakaian dan cara  memakainya.Ia menggariskan cara berpakaian supaya ia kelihatan sopan, tidak menjolok mata.. tidak menampakkan susuk tubuh..tidak menyerupai perempuan seperti lelaki atau  klelaki seperti perempuan.
Jika aurat kita didedahkan kepada umum maka jatuhlah  maruah seseorang itu..
Firman Allah swt dalam surah al_A’raf ayat 26. Bermaksud:-

“ Wahai anak Adam! Sesungguhnya kami sudah menurunkan kepada kamu ( bahan
   untuk ) pakaian untuk menutup aurat kamu,dan pakaian prhiasan, dan pakaian takwa
   itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda ( limpah kurnia )
   Allah ( dan rahmatNya kepada hambaNya ) supaya mereka mengingatiNya ( dan
   bersyukur )”

Selain itu juga Islam menyuruh kita bila berbicara atau bertutur kata dengan orang ramai hendaklah bersopan dan lemah lembut seimbang tuntutan syarak.sebagaimana Rasulullah saw.. Ia adalah sebagai contoh terbaik yang menampilkan kata-kata yang lemah lembutdan sopan dalam berinteraksi denagn orang ramai.
Ketahuilah bahawa orang yang menjaga lidahnya akan diredai Allah.
Firman Allah swt dalam surah an-Nisa’ ayat 114bermaksud:

“ Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru kerah
   kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan diantara manusia
   bergaduh dan sesiapa  melaksanakan demikian adalah untuk menuntutkeredaan Allah ,
   semuga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda”

seseorang yang tidak dapat mengawal , mengendalikan lidahnya seperti suka membuat fitnah, berbohong, serta mencela  ia adalah mencerminkan kerosakan hati nya  yang dikuasai luapan nafsu dan bisikan syaitan.jangan jadi  orang yang seperti ini...dalam pergaulan kita perlu menjauhi hal yang boleh menyakiti hati orang lain
Membudayakan sikap dan tindakan yang boleh menyenangkan hati orang lain harus menjadi amalan setiap muslim.

Sabda baginda Rasulullah saw.. bermaksud:

Orang Islam adalah bersaudara bagi orang Islam yang lain, yang tidak boleh dizalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Alah akan menutup keaibannya pada hari kiamat ( Hadis riwayat Bkhuhari, Musliam dan Abu Daud )

No comments:

Post a Comment