Hidup cemerlang jika manfaat rezki secara bijaksana.
HIDUP cemerlang jika manfaatkan rezki secara bijaksan membabitkan kepentingan lain seperti ilmu & harta.. kekuatan hati dan kawalan nafsu yang sempurna membolehkan manusia berperanan baik.
Mengurus diri dalam kehidupan adalah tanggungjawab setiap insan yang tidak begitu bersaja saja.. Nikmat & rahmah yang Allah limpahkan dimuka bumi ini adalah untuk manfaat manusia.. jika tidak diagihkan secara adil dan seimbang mengakibatkan kebuluran , kemiskinan, dan kedaifan... oleh itu kepada yang mempunyai .. berkemampuan seperti harta yang lebih sedikit dari orang lain berlumba2lah untuk menunaikan amalan sedekah.. lebih2 lagi pada Ramadan al-mubarak ini..
Malaikat hormat kepada Insan yang banyak berbuat kebajikan..( sedekah )..
Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah bersabda:
Sesiapa yang melakukan 2 atau lebih amal kebajikan untuk mencapai keredoaan Allah . Maka dia akan dipanggil dari pintu2 syurga..Kata Malaikat itu:.. Wahai hamba Allah pintu ini lebih baik bagi mu memasukinya.. sesiapa yang memperbanyakkan amal solat..tetap dia dipanggil dari pintu solat.. banyak amalan puasa dia dipanggil dari pintu puasa yang bernama ar- rayyan... jika banyak amalan sedekah.. dia akan dipanggil dari pintu sedekah..
Ada 4 jenis ganjaran pahala bagi orang yang suka bersedekah..
- Bila bersedekah kepada fakir miskin.. akan dibalas dengan 10 kali ganda pahala
- Bila bersedekah kepada ahli kaum keluarga.. akan mendapat ganjaran pahala 70 kali ganda pahala
- Bila bersedekah kepada sahabat handai.kama akan mendapat ganjaran 700 kali ganda pahalnya.
- Bila mana ia bersedekah kepada para Fisabilillah.. ( penuntut @ pejuang dijalan Allah )ia akan mendapat ganjaran pahala nya 1000 kali ganda..
Apakah kelebihan sedekah?...
Dari Amru bin Auf katanya Rasulullah saw bersabda
.
Sesungguhnya sedekah seseorang itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong .. takkabur.. dan bangga diri.. ... Setiapa pemberian sedekah itu akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata..AKAN tetapi... meminta sedekah adalah memperbanyakkan bara api neraka.... Meminta sedekah adalah perbuatan HARAM . tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu daripada 3 orang yang dinyatakan oleh hadisyang disebut Muslim dan lainnya...
Pertama: Bagi orang yang sungguh2 tidak berada atau tidak berupaya..
Kedua: Bagi orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana.
Ketiga: Bagi orang yang kena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu2 kemudaratan
atau membaiki satu2 keburukaan yang berlaku keatas dirinya atau dalam masyarakatnya..
Keburukan akibat perbuatan itu diterangkan oleh Rasulyullah dalam beberapa hadis.. antaranya
- Sesiapa yang memintaharta orang kerana hendak membanyakkan hartanya.. maka dia hanya membanyakkan bara api kepada dirinya ..
- Sesiapa yang meminta sedekah . padahal mempunyai kadar yang mencukupinya untuk keperluan pagi dan petang , maka dia hanya memperbanyakkan bara api neraka kepada dirinya..
- Sesiapa yang selalu meminta sedekah , maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak dengan keadaan mukanya tidak ada sedikit daging pun..
- Sesiapa yang berusaha bekerja walaupun mencari kayu api dibukit.. bagi mendapatkan sedikit keperluan untuk dirinya adalah lebih baik dari meminta sedekah.. kerana terhindar dari menanggung budi orang .. atau rasa kecewa apabila tidak ada pemberian dari org ..
- Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencai kehidupan yang halal

No comments:
Post a Comment