Monday, August 8, 2011

Bersedekah dibulan Ramadan



Bersedekah dibulan Ramadan


Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipatganda banyaknya pahala.dan dicucuri rahmat oleh Allah.. dijauhkan dari azab api neraka, didekatkan kesyurga dan dijauhkan dari bala..

Hadis : Daripada Abu Hurairah , katanya.. Aku dengar Rasulullha saw bersabda: Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.. Kata seorang sahabat: Ya Rasulullah.. bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir.. Jawab Nabi saw bahawa mereka adalah mahluk Allah.. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan  kudrat Tuahan yang Rahman..

Malaikat berseru: Hai Tuhanku.. Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan ( bakhil ) bersedekah hartanya   ( Al-Hadis )

Kata ulamak:  sedekah itu ada 10 kepujian...

5 masa didunia dan 5 lagi masa diakhirat..

*  Lima masa didunia.


1. Ia mensucikan hartanya
2. Ia mensucikan badannya
3. Ia menolak bala dan penyakit
4.Ia menggembirakan org yang menerimanya
5. Berkat hartanya dan diluaskan rezkinya oleh Allah

* Lima masa diakhirat

1. Dinaungi Allah orang yang bersedekah dihari qiamat ketika sangat panas
2. Diringankan hisabnya
3. Berat timbangan amalan pahala.
4. Dimudahkan melalui titian Sirotolmustaqim
5. Bertambahlah darjadnya didalam syurga.

Sedekah itu menutup 7 pintu kejahatan  ( Al-Hadis )
Takutlah neraka, walaupun dengan bersedekah sebelah buah tamar ( kurma )kiranya tidak berupaya maka bercakaplah dengan perkataan yang baik2 ( ia menjadi sedekah juga bagi kamu )

Ingatlah barangsiapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh malaikat pada hari qiamat kelak..

Maskahwin bidadari itu adalah ( sedekah )  ( segenggam buah tamar ( kurma ) dan sebelah roti...)
Bersedekah juga dapat menolak bala dan memanjangkan umur..

Panduan bersedekah..

Bersedekah hendaklah dari barang yang halal..dan yang disayangi.. .apabila bersedekah daripada harta yang halal maka diampunkan dosanya, diberikan pahala kepadanya, dilepaskan daripada bala, dilepaskan daripada neraka, dan dimasukkan kesyurga.. akan tetapi apabila ia bersedekah dari harta yang haram tiadalah apa2 faedah.baginya melainkan azab dari Allah keatasnya.. Sabda baginda Rasulullah saw. didalam neraka jahannam ada sebuah rumah yang bernama "  Baitul Huzni " ia disediakan oleh Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram...
Firma Allah swt..  Tidak kamu perolehi kebajikan sehingga kamu belanjakan ( sedekah, hadiah ) dari apa yang kamu sayangi..

No comments:

Post a Comment