Syariah Islam yang dibawa nabi adalah bertujuan menjaga dan memelihara lima prinsip kehidupan manusia iaitu Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Oleh kerana itu Islam melarang mendekati dan melakukan kerja mungkar atau maksiat iaitu perbuatan yang tidak berakhlak dalam apa jua bentuk sekali pun. Mahluk yang diciptakan Allah swt selain manusia, ia akan mempengaruhi kehidupan manusia itu sendiri jika tidak diambil perhatian.
Contoh:
Haiwan boleh melalaikan manusia jika tidak dapat dibezakan untuk kebaikan atau sebaliknya, begitu juga manusia itu sendiri jika ia lalai diulit mimpi indah seperti dengan paras rupa yang tampan dan jelita ia akan hanyut dibawa arus kedurkaan. Lupa diri terhadap tanggung jawab terhadap Allah swt pencipta alam semesta ini, lupa akan nikmat yang diterima dari Nya. Semua alam, bulan, bintang, matahari, air, kayu, batu dan sebagainya mempunyai kegunaan yang tersendiri untuk faedah manusia sama ada manusia sedar atau tidak, peranan alam yang dijadikan oleh Allah swt itu tetap dengan tugasnya yang besar bagi menyampaikan maksud kekuasaan Allah sebagai penciptanya yang wajib dihayati. Oleh itu manusia yang dikurniakan akal fikiran gunakan lah akal itu untuk kebaikan diri didunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT dalam al-Quran mafhum nya:-
“Sejahat-jahat mahluk ialah mereka yang gagal memanfaatkan akal”
( Surah al-Anfal ayat 22: )
Dan,
“ diantara golongan ahli neraka adalah mereka yang tidak
menggunakan akalnya”
menggunakan akalnya”
( Surah al-Mulk ayat 10: )
Sifat semula jadi manusia yang mempunyai kelemahan dan kesilapan yang sengaja dilakukan atau sebaliknya, maka oleh itu kita digalakkan agar selalu bertaubat, berbuat baik dan memohon keampunan dari Allah swt . kawal lah nafsu supaya tidak terjerumus kelembah maksiat, hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuan nya, kenapa kamu lakukan itu dan ini, Al-Fudail bin ‘Iyadh berkata:
“ Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah nescaya Dia ( Allah ) akan memperbaiki amal perbuatanmu”
Untuk mendapatkan sesuatu atau yang dihajati selalunya pelbagai halangan akan ditempuhi, keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri adalah sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Hati suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang dalam badan manusia itu.
Firman Allah swt dalam al-Quran mafhum nya:
“ Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong
kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka
kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam
dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya “
( Surah an-Nisa’ ayat 120-121 ) .

Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu.
Pintu-pintu tersebut adalah seperti berikut:-
1. Melalui sifat sombong dan angkuh. Ia berpunca daripada keegoan manusia
yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan
yang diperolehi adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan kejalan yang baik.
yang diperolehi adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan kejalan yang baik.
3. Melalui sifat takbur dan bongkak.Allah swt berfirman dalam al-Quran, mafhumnya“Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur “
( Surah an-Nahl ayat 23 ).
4. Melalui sifat khianat.
Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui
perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain,
malalui mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi
apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Melalui sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.
6. Melalui sifat hasad. Rasulullah Saw pernah bersabda bermaksud:
“ Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan
amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering”.
“ Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan
amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering”.
( hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain. Abu Umamah pernah
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang
munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu
dan Imam yang adil “ ( hadis riwayat Muslim )

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad,
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana
sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang
bersenang-senang saja “
( hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal )

9. Melalui sifat suka berangan-angan.
Islam adalah anti kemalasan.Orang yang berat tulang untuk berusaha
bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina
oleh Allah dan manusia.
Islam adalah anti kemalasan.Orang yang berat tulang untuk berusaha
bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina
oleh Allah dan manusia.
10. Melalui sifat buruk sangka. Seseorang yamg suka menuduh
orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih
dahulu amat dicela oleh Islam Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa
mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah
sebenarnya yang telah rosak dirinya “

( Hadis riwayat Muslim )
Untuk menjadikan iman jauh dari pengaruh maksiat, maka seseorang mukmin itu
hendaklah menjaga adab-adab yang baik seperti yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW .barang diketahui bahawa syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu
yang lemah dalam dirinya dari itu kita hendaklah membentangi diri dari serangan-serangan
syaitan dengan perbanyakkan ingatkan Allah dan perbanyakkan lah berzikir,
banyak berzikir bukan saja boleh panjangkan umur malah mencerahkan wajah.

Firman Allah swt dalam al-Quran mafhumnya:-
“Dan orang lelaki yanmg banyak menyebut (mengingati ) Allah
dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah
telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar “
dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah
telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar “
( Surah al-Ahzab ayat 35 )

No comments:
Post a Comment