Sunday, February 6, 2011

MATI HATI TUTUP PINTU KEBAIKAN DORONG BERLAKU KEMUNGKARAN

MATI HATI TUTUP PINTU KEBAIKAN DORONG
BERLAKU KEMUNGKARAN

Persepsi  mengenai mati memang berbeza . Ada merasa dirinya sudah mati apabila hilang insan tersayang dan ada yang berfikiran hidup sudah tidak berguna kerana tidak henti dirundung malang. Mati bukan bermakna menghembuskan nafas terakhir kerana ada antara kita yang sudah meninggalkan dunia ini tetapi masih memberi  manfaat kepada yang hidup melalui kebajikan yang ditinggalkan.
Maknanya , kematian masih boleh menghasilkan manfaat serta menjadi ikhtibar kepada yang masih hidup.
Rasulullah saw bersabda maksudnya:-

“ Cukuplah kematian itu menjadi pelajaran dan cukuplah 
   keyakinan sebagai kekayaan”                      ( Hadis riwayat Tabrani )
                                                                                                   
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 154 :
“  Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesiapa yang gugur dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati, bahkan mereka itu hidup tetapi kamu tidak dapat menyedarinya ( mengetahui keadaan mereka )
                                                                                       ( Al-Baqarah – 154 )

Istimewa bagi mereka yang sudah mati jasad tetapi nama serta amalan masih terus menjadi ingatan. Melihat perkembangan  terkini, kematian yang perlu dirisaukan ialah mati hati kerana hati yang mati boleh menjurus kepada tindakan tidak wajar.
Ibrahim Adham berkata , ada 10 tanda hati yang mati, iaitu:-

1.    Mengaku kenal Allah tetapi tidak menunaikan hak_Nya
2.    Mengaku cinta kepada Rasulullah saw tetapi mengabaikan sunnah Baginda
3.    Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya.
4.    Memakan nikmat Allah tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya
5.    Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
6.    Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7.    Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
8.    Mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa yang bernyawa tetapi masih tidak bersedia untuknya
9.    Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
10. Menghantar dan menguburkan saudaranya  tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Ciri-ciri manusia yang hatinya sudah mati antara lain ialah kurang berinteraksi dengan kebaikan, kurang kasih sayang kepada orang lain, tidak suka menolong orang , suka kemungkaran, menurut hawa nafsu , lalai dengan kebajikan serta suka berbuat maksiat

Ada 3 perkara apabila ditinggalkan ,  akan menyebabkan hati  mati, perkara tersebut ialah:-

Pertama . Mereka suka meninggalkan solat  lima waktu . jiwa kalut dan gelisah , terjerumus kedalam perbuatan keji dan hina, terseret kelembah kemungkaran dan kesesatan

Kedua:-    Ia meninggalkan sedekah , mementingkan diri sendiri dan tidak berbuat kebaikan. Tidak mengambil berat hubungan sosial itulah bukti dan tanda keimanan kita masih lemah. Contoh Orang yang suka bersedekah hatinya lapang dan tenteram serta dijauhi dari penyakit bakhil.

Ketiga:-    Tidak mengingati Allah dengan memperbanyakkan zikir , punca dan boleh menyebabkan hati kita keras membatu sehingga sukar untuk menerima nasihat dan ajaran agama. Ketahuilah bahawa zikir akan memberikan ketenangan hati. Orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar

Orang mukmin yang menjaga solatnya , suka bersedekah dan banyak mengingati Allah akan menjadi insan yang memiliki hati yang hidup, bukan sebangai mayat hidup,
Siang hari banyak berbuat kebajikan dan malam tidak dihabiskan dengan tidur.

Firman Allah swt dalam surah a-zariyat ayat 16-18.

“   Sesungguhnya mereka sebelum itu didunia adalah orang yang 
     berbuat dengan ihsan Didunia mereka sedikit tidur pada waktu 
     malam dan selalu memohon ampun diwaktu pagi sebelum fajar ”                        
                                                                                        ( a-Zariyat 16-18 )

Dalam perkara menumbuhkan perasaan takut serta bimbang terhadap hisab diakhirat  juga akan menjadikan hati kita hidup , kita perlu sentiasa berusaha memastikan amalan harian tidak terpesong daripada landasan syariat agama Islam sebenar.

Hati yang hidup dapat menjamin masa hadapan yang cerah dan gemilang dalam menghadapi liku - liku kehidupan didunia sehingga menuju keambang akhirat kelak.
Hanya dengan hati yang hidup akan menghadap Tuhannya dengan penuh sejahtera dan tenteram.

Firman Allah swt dalam surah as-Syua’ara ayat  88-89.

“ Pada hari dimana harta dan anak tidak berguna,
   kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera 
   ( bersih )        ( as-Syua’ara 88-89 )

No comments:

Post a Comment