- Pengenalan.
Perkahwinan merupakan suatu penerimaan tanggungjawab dan amanah dengan apabila menjawat jawatan sebagai suami isteri. Tanggungjawab ini akan bertambah tatkala kihidupan perkahwinan menjadi semakin komplek apabila dikurniakan zuriat oleh Allah swt. Maka setiap amanah dan tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh mana-mana pihak. Pencabulan amanah dan tanggungjawab ini akan mengundang pelbagai masalah kehidupan berkeluarga. Ini adalah kerana kehidupan berkeluarga merupakan perjanjian kita dengan Pencipta apabila akad diterima sebagai suatu kontrak yang mesti dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.
Sebagai suami isteri atau ibubapa kita wajib mengetahui dan menghayati senarai tanggungjawab masing-masing dengan jelas dan berkesan dalam pengurusan rumahtangga yang dibina. Kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga tersebut terletak kepada kemampuan dan kebijaksanaan ketua keluarga dan ahli-ahlinya mengendalikan sebuah kerajaan asas iaitu keluarga.
- Matlamat rumahtangga yang bahagia.
· Terima hakikat nilai dan pengertian.
- Menerima amanah dari Allah swt.dan rasulullah saw.
- Menerima amanah dari ibubapa/mertua/wali.
- Menjaga isteri/suami dengan sebaik mungkin dan keredhaan.
· Berkasih sayang , bercinta dan ehsan.
- Memberikan nasihat dan mengingatkan
- Memberikan pengorbanan dan pertolongan.
- Menggembirakan dan menyukakan.
- bersikap belas kasihan dan bertimbang rasa.
Firman Allah swt. dalam al-Quran surah ar-Rum ayat 21.
Maksudnya: “ Dari sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah, bahawa telah Ia jadikan jodoh intukmu dari manusia sesamamu, supaya kamu berdiam padanya. Dan Ia jadikan antaramu berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu berfikir.”
- Tanggungjawab ibubapa dalam keluarga.
Tanggungjawab suami.
a. Menyediankan nafkah / sara hidup kepada isteri dan anak-anak dengan sewajarnya.
b. Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat mengikut kemampuan.
c. Memberi bimbingan dan pendidikan dunia dan akhirat.
d. Melingdungi keluarga dari bahaya dan kemudharatan hidup.
e. Menjaga dan mengambil berat tentang kesihatan ahli keluarga.
f. Memberi tumpuan kasih sayang serta berkorban dengan ikhlas untuk kesejahteraan keluarga.
g. Berkomunikasi dan bergaul mesra dengan keluarga tanpa ada rasa pilih kasih.
h. Berlaku adil terhadap isteri dan anak-anak.
i. Menyelesaikan masalah keluarga dengan bijaksana dan adil.
Tanggungjawab isteri.
a. Taat setia memberi layanan dan kasih sayang serta simpati kepada suami.
b. Memelihara diri dan kehormatan ketika suami tiada bersam.
c. Menjaga amanah dan harta benda suami.
d. Menjaga kebersihan dan kesegaran diri serta menghias untuk suami.
e. Memelihara segala rahsia pergaulan antara suami isteri.
f. Memastikan kebersihan dan keselesaan suasana rumahtangga.
g. Tidak meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami.
Tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak.
a. Memberi pendedahan kehidupan beragama seawall anak-anak masih bayi seperti semasa kelahiran ( azan, aqiqah, nama ) , penyusuan , pemakanan dan sebagainya.
b. Memberi perlindungan, penjagaan dan kasih sayang sepenuhnya.
c. Memupuk pegangan agama yang kukuh agar kehidupan lebih terarah dan terpelihara.
d. Mendidik anak-anak tetang aqidah, syariah dan akhlak Islamiah yang sempurna.
e. Mengawal tingkah laku dan displin anak-anak dari tabiat yang merosakkan.
f. Menerima dan menghargai kehadiran mereka dalam hidup kita suami isteri.
g. Mendidik anak-anak dengan kebersihan rohani dan jasmani.
- Empat Perkara utama membina rumahtangga yang bahagia dan diredhai Allah swt.
a. Bina rumahtangga dengan ibadah.
b. Bina rumahtangga dengan sikap positif
c. Bina rumahtangga dengan kasih sayang.
d. Bina rumahtangga dengan keperluan hidup dari sumber yang
halal lagi baik ( suci ).
4.1 Bina Rumahtangga Dengan Ibadah.
a. Pernikahan yang sempurna dan diberkati Allah swt.
- Niat nikah yang betul
- Pernikahan denga wali yang sah dan mendapat restu kedua
ibubapa.
- Majlis pernikahan dimasjid.
- Waktu utama malam atau hari jumaat
- Mendapat doa daro orang yang soleh dan ahli ibadah
- Disudahi pernikahan dengan sembahyang sunat selepas nikah.
- Selepas nikah diiringi dengan majlis .
* Khatam al-Quran atau membaca berzanji
* Tahlil untuk arwah dan doa selamat
- Mengadakan kenduri nikah untuk anak-anak yatim dan
fakirmiskin.
4.2 Bina Rumahtangga Dengan Sikap Positif.
a Lazimkan berkata benar
b. Kejujuran dan kesetiaan
c. Ketabahan dan kesabaran
d. Pemaaf dan sedia memaafkan
e. Nasihat menasihati
f. Bantu membantu
g. Syukur dan redha terhadap suami isteri
h. Nilai kebaikan suami isteri, bukan mencari keburukan.
` 4.3 Bina Rumahtangga Dengan Kasih Sayang.
a. Pujian
b. Penghormatan
c. Pemberian hadiah
d. Belaian dan sentuhan
e. Berdua-duaan
f. Layanan mesra yang memuaskan.
4.4 Bina Rumahtangga Dengan Keperluan Hidup Dari Yang Halal
Lagi Suci.
a. Makanan yang berkualiti
b. Minuman yang berkhasiat
c. Pakaian yang sempurna
d. Rumah yang selesa
e. Kewangan untuk rawatan dan perubatan
g. Keselesaan dan kemudahan.
Hadis Nabi Muhammad saw.
“ Orang yang makan makanan haram maka matilah hatinya, ringanlah
agamanya, lemahlah keyakinannya dan Allah menutup doanya serta
sedikitlah ibadahnya.”
- Dan kesan makanan yang halal.
“ Barangsiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah agamanya, lunaklah hatinya dan terkabul doanya kepada Allah.”
4.5 Makanan dan minuman dari sumber yang baik & halal.
a. Bagaimana rezeki itu diperolehi
b. Suasana pekerjaan yang baik
c. Pemilihan makan & penyediaan yang betul
- Bagaimana Ibubapa menjana kehidupan anak-anak.
Ibubapa mestilah meletakkan bahawa menjana sakhsiah anak-anak sebagai jihad.
Perkembangan dan tumbesaran anak-anak terlalu cepat. Jika diteliti kita mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak hanya selama 12 tahun sahaja. Apabila anak-anak memasuki sekolah menengah dan tinggal diasrama , maka sudah mula terpisah dengan kita, lebih-lebih lagi jika sudah memasuki pusat pengajian tinggi atau alam pekerjaan. Oleh yang demikian proses penjagaan ini mesti dimulakan diperingkat awal. Untuk menjadikan kehidupan anak-anak berjalan dengan baik maka ibubapa mestilah memastikan
5.1. Mempunyai asas pendidikan Agama yang teguh.
a. Menitikberatkan soal akidah
b. Memahami tuntutan syariah yang jelas
c. Mengamalkan carahidup Islam menerusi akhlak Islamiah.
d. Menjauhkan diri dari kejahatan dan kemungkaran
5.2 Membuat perancangan masa depan dunia dan akhirat.
a. Menanamkan matlamat yang betul
b. Mimilih bidang yang bersesuaian dengan kepentingan ummah
c. Membuat perancagan kewangan pengajian
d. Menyediakan kemudahan dan kelengkapan persekitaran
- MEMAHAMI SIKAP PASANGAN
SUAMI | ISTERI |
1. Sukar mengucapkan kasih sayang dan cinta 2. Semakin matang semakin banyak diam dari bercakap 3. Tidak suka cakap berulang-ulang kali 4. Tidak mudah putus asa 5. Tidak mengambil berat perkara kecil 6. Panjang akal 7. Tidak suka bercakap 8. Mudah kecewa bila cakap tidak didengar 9. Bila berbuat baik suka diam 10. Tidak suka dikongkong 11. Suka dihormati 12. Pantas dan keras 13. Bila ada masalah suka berdiam diri 14. Sukar ketawa 15. Tidak tahan sakit 16. Tidak suka membelai manja 17. Ego tidak mahu mengalah | 1. Mudah mengucapkan kasih 2. Semakin tua banyak cakap dan cerewet 3. Selalu hendak diingatkan 4. Selalu mengikut perasaan 5. Suka membesarkan perkara remeh 6. Tidak berfikir panjang 7. Suka bercerita 8. Tahan menderita 9. Suka menyebut kebaikan yang dibuat 10 Perlu disentuh dan ditegur 11 Suka dipuji 12 Lemah dan lambat 13.Suka bercerita masalah pada orang lain 14.Mudah ketawa dan menangis 15.Mudah berkorban 16.Suka dibelai dan dimanja 17.Keras kepala tidak menentu. |
Firman Allah swt dalam al-Quran surah An-Nuur ayat 26.
Mahhumnya: ‘ Perempuan yang keji itu jodohnya ialah lelaki yang keji pula dan perempuan yang baik itu padanya ialah lelaki yang baik pula, dan lelaki yang baik padanya ialah perempuan yang baik pula ’.
7.
TANGGUNGJAWAB ISTERI |
Kepada suami 1. bersikap patuh dan taat kepada suami diatas perkara yang diredhai oleh Allah. 2. Sentiasa memberi perhatian kepada suami:- a. makannya b. pakaiannya c. pantang larangnya d. tidurnya e. kesihatan tubuhnya 3. Sentiasa mendahulukan hak suami 4. Tidak menyusahkan atau merunsingkan suami 5. Sentiasa memberi penghormatan kepada suami 6. Sentiasa menjaga maruah diri sepanjang hayat 7. Menjaga harta benda suami penuh cermat dan amanah 8. Memberi dorongan dalam kerjaya suami 9. Menjaga kebersihan dan suasana yang harmoni dalam rumah dan luar rumah 10.Berkhidmat memasak, membasuh, mengemas rumah dengan ikhlas dan redha | Kepada anak 1. Menamakan anak dengan nama yang baik lagi terpuji 2. Menyusukan anak penuh tanggungjawab 3. Bersopan santun dan bertutur kata yang manis dan sopan dihadapan anak-anak sepanjang masa 4. Mendidik anak-anak kearah yang diredhai Allah 5. Memastikan anak-anak mendapat pelajaran agama yang secukupnya 6. Memberikan dorongan semangat kepada anak- anak kearah yang baik 7. Mengolah makanan terhadap anak dengan penuh ikhlas dan sopan santun 8. Sentiasa mendoakan anak agar menjadi anak- anak yang soleh | Kepada keluarga 1. Sentiasa menghormati ibubapa dan adik beradik sepanjang masa 2. Menjaga hubungan mesra terhadap ibubapa adik beradik 3. Memberi pertolongan dan bantuan kepada ibubapa sekadar yang mampu setelah mendapat keizinan suami 4. Menjaga hubungan baik adik beradik ibubapa |

No comments:
Post a Comment