Wednesday, June 11, 2014

SIAPAKAH ORANG YANG PALING ZUHUD



SIAPAKAH ORANG YANG PALING ZUHUD

Sabda Baginda Rasululla saw..Orang yang paling zuhud itu ialah ada 5 macam perkara
1.      Ia tidak pernah lupa akan Kubur ( mati ) dan bala
2.      Otrang yang meninggalkan harta dunia yang berlebihan
3.      Ia mengutamakan yang kekal daripada yang binasa
4.      Tidak meninggalkan untuk hari esoknya ..
5.      Mempersiapkan diri sebagai ahli kubur..



Ketahuilah oleh kita mengikut sabda baginda Rasulullah saw .
Perkara yang paling susah bagi orang yang telah mati ialah apabila datangnyer orang yang akan memandikan nya…
Berserulah rohnya ketika hendak ditanggalkan cincin dan pakaiannya dengan suara yang hanya dpat didengar oleh semua mahluk kecuali Jin dan manusia..
Berkatalah roh.
1.      Wahai tukang mandi aku minta engkau lemah lembut lah ketika menanggalkan pakaian dari jasad ku , sesungguhnya aku baru sahaja beristirehat selepas roh ku dicabut keluar oleh malaikat maut daripada jasadku
2.      Berserulah roh apabila dijirus air keatas jasadnya dengan suara yang hanya didengar oleh semua mahluk kecuali Jin dan manusia .. wahai tukang mandi janganlah engkau gosok tubuh badan ku dengan kuat , sesungguhnya tubuhku luka luka selepas roh ku dicabut keluar oleh malaikat maut ..
Diterangkan dalam sebuah hadis bahawa setelah roh ditiupkan kedalam jasad semasa didalam kandungan ibunya oleh malaikat .. Diperintahkan oleh Allah kepada nya ( malaikat ) supaya dituliskan 4 kalimah tentang
1.      Rezki dan jodohnya
2.      Amalannya
3.      Umurnya
4.      Kesudahan ajalnya sama ada bahagia atau celaka..
Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Ankabut ayat 7.
Mafhumnya .. Dan bagi mereka yang beriman dan beramal soleh tentu akan Kami ampuni akan kesalahan kesalahan mereka dan Kami berikan mereka balasan balasan yang lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan ..
FirmanNya lagi dalam al Quran surah Hud ayat 23
Mafhumnya .. Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal soleh dan merendah diri kepada Tuhan mereka , mereka itu adalah penghuni penghuni syurga , mereka kekal didalamnya.. 

No comments:

Post a Comment