SEMBAHYANG
JUMAAT DAN ANCAMAN MENINGGALKAN NYA
Diantara sekelian ibadah yang fardu dan diwajibkan
dalam Islam keatas orang mukmin ialah solat.. ( solat lima waktu@solat Jumaat
bagi kaum lelaki )..Sebabnya .. sembahyang@solat adalah salah satu paling utama
kerana sembahyang@solat itu adalah tiang agama, jika sembahyang@ solat tidak
dikerjakan maka runtuhlah Islam itu ..Dalam salah satu hadis Baginda Rasulullah
saw . Bahawa barangsiapa yang tidak
mendirikan sembahyang@solat maka orang tersebut adalah tergolong orang yang
munafik.. atau menyerupai munafik..
Menurut hadis yang lain pula disebutkan bahawa orang
yang tidak menjaga sembahyang@solatnya ia akan rugi, walaupaun ia mengerjakan
amalan atau ibadah ibadah yang lain.. Begitu juga dengan sembahyang@solat
Jumaat bagi seorang lelaki yang mukallaf
sebagaimana sebuah hadis dari Baginda Rasulullah saw yang diriwayatkan
oleh Ahmad ..Barangsiapa meninggalkan sembahyang@solat Jumaat sebanyak 3 kali
berturut turut bukan kerana keuzuran maka ia adalah orang yang munafik…Munafik
yang disebutkan dalam hadis tersebut tadi ialah ia tetap Islam tetapi
perbuatannya meninggalkan Jumaat itu sama dengan perbuatan orang munafik yang
sesungguhnya..
Firman
Allah swt dala al-Quran surah al-Jumaah ayat 92..
Mafhumnya
.. Wahai orang orang yang beriman jika diserukan kepada kamu sembahyang@solat
Jumaat maka bersegeralah kamu untuk mengerjakannya dan mengingat Allah dan
tinggalkanlah jual beli .. yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika
kamu tahu’
Menurut
hadis lain yang panjang dikatakan Jibril as dating kepada Baginda Rasulullah saw lalu
berkata akan ia. Wahai Muhammad bahawa
orang yang meninggalkan sembahyang@solat itu tidak akan diterima Allah akan
ibadahnya dan seluruh amal perbuatannya
1..
Puasanya
2..
Sedekahnya
3..
Zakatnya
4..
Hajinya
Sama
ada kitab Taurat,Zabur , Injil serta Al-Quran mengutuk orang yang meninggalkan
sembahyang@solat ,dia menerima kutukan sebanyak 1000 kali setiap hari siang dan
malam
Para
malaikat mengutuknya dari langit ke 7 .. Wahai Muhammad! Orang yang
meninggalkan sembahyang@solat tidak beroleh bahagian yang engkau perolehi dan
tidak pula beroleh syafaat dari mu , bahkan ia tidak termasuk umat mu ,
Orang
yang meninggalkan sembahyang@solat tidak perlu dijawab salamnya , tidak perlu
diajak makan@minum secara bersama, berkawan, duduk bersama , tidak ada agama
baginya ,tidak ada kepercayaan padanya ,ia tidak beroleh rahmatdan kasih saying
Allah bahkan ia termasuk dalam orang munafik penghuni neraka yang paling bawah,
akan diseksa berlipat kali ganda dan datang pada hari kiamat sedang kedua kaki
dan tangannya terikat ketengkok , pra malaikat memukulnya , dicampak kedalam
neraka dan tinggal bersama Qorun dan Hamman ..
Begitu juga ia terlepas pahala dari hasadnya dan apabila dia keluar dari rumah , rumah itu
berkata-kaa ‘mudah2an Allah tidak meredakan pemergian mu dan kembali dengan
selamat’
Ia mendapat kutukan masa hidup didunia dan selepas
mati ia mati dalam keadaan yahudi dan dibangkitkan kelak dalam keadaan
nasrani..
No comments:
Post a Comment