WAKTU AFDAL LAKUKAN SOLAT SUNAT
Bilakah solat sunat sebelum atau selepas solat wajib lima waktu boleh dilakukan?
Jawapannya ialah
Antara solat sebelum dan selepas solat lima waktu ialah:-
1. Antara ialah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat zuhur, sekurang2nya
dua rakaat dan sebanyak2nya empat rakaat. Dari Ummu Habibah ra. Barangsiapa yang
memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang zuhur dan empat rakaat
sesudahnya dia diharamkan Allah swt daripada neraha ‘ ( Abi Daud dan Tirmizi )
2. Solat sunat sebelum solat asar. Dari Ali bin Abi Talib ‘ Nabi saw sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaat nya dengan satu ucapan salam atas malaikat Muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin ‘
( at-Tirmizi )
3. Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib . Tetapi apabila sahabat melakukan solat sebelum Maghrib Nabi Muhammad saw tidak melarangnya ..
4. Solat sunat sebelum dan selepas solat Isyak.
5. Solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah solat subuh . Dari Aisyah ra dari nabi Muhammad saw berkata ia ,’ Dua rakaat fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada didalamnya ‘
( Diriwayatkan oleh Muslim )
‘ sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang zuhur ,
dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan allah daripada neraka
Untuk renungan bersama…
Nabi saw pernah bersabda tentang 4 perkara yang menyebabkan Allah melengahkan sesuatu bala kepada sesuatu kaum:
1. Anak muda yang khusyuk didalam ibadat
2. Orang tua yang melekat hatinya pd ibadat dan masjid
3. Anak2 kecil yang menyusu dari ibunya
4. Haiwan ternakan yang melata meragut makannya.
Dengan kasih sayang Allah yang maha luas Allah turunkan nikmat kepada kita hamba2Nya
Nabi kata ada sebuah mahligai dalam syurga yang sangat hebat keindahannya..orang diluar nampak orang didalamnya dan yang didalamnya nampak pulak orang diluarnya..untuk siapa?
- Untuk orang yg baik kata2nya.
- Untuk yang selalu menjamu makanan.
- Bagi yang melazimi berpuasa.
- Bagi yang solat kerana Allah diwaktu malam sedangkan orang lain tidur.
3 perkara yg menyelamatkan kita
- Takut kepada Allah ketika berseorangan atau ketika ramai.
- Adil ketika marah atau ketika suka
- .Bersederhana ketika kaya atau fakir
3 perkara yg membinasakan.
- Kedekut
- Hawa nafsu yang diikuti
- Berbangga dengan pendapat sendiri
Ketahuilah kita selalu akan menghadapi perkara ini..
Ada masa lapang , ada masa sempit,
ada masa susah ada waktu senang,
ada kala gagal ada pula kita berjaya,
ada kala suka ada kala duka ,
setelah sakit pasti ada sembuhannya.
setiap yang hilang pasti akan berganti,
dalam kesesatan itu akan ada datang petunjuk,
dalam kesulitan pasti ada kemudahan
dan setiap kegelapan akan datang cahaya..
ada bahagia ada juga derita,
ketika tersenyum tidak semestinya tanda gembira , ada kalanya
dalam hati menanggung keciwa..
pasti dan yakin lah setiap tangisan tidak akan diakhiri dengan kedukaan
ketakutan itu akan pasti ia diakhiri dengan rasa aman
dan kegelisahan itu akan ada kembalinya rasa kedamaian.....
sebab … Tuhan akan bersama dengan orang yang selalu sabar..
4 perkara utk menjaga hati supaya tidak mati..
1.. Jangan banyak makan..
Sbb itu Rasulullah
mengingatkan kita dengan menyatakan ..
' Makan lah apabila kamu
lapar, dan berhenti lah sebelum kamu kenyang..
2.. Jangan banyak tidor..
Apabila banyak makan tentu
lah banyak tidur, kalau banyak tidur macam mana
hendak bangun tengah malam
untuk solat tahajut .. dan subuh pun belum tentu..
3...Jangan banyak ketawa..
Sebab banyak ketawa akan
mematikan hati Kata Rasulullah saw ..
Jangan kamu ketawa didunia
ini nanti kamu akan menangis didalam neraka..
oleh itu biar kamu menangis
didunia , supaya kamu akan ketawa didalam
syurga.
4. Jangan banyak bercakap hal-hal dunia yang sia sia..apatah lagi
didalam masjid..
Sabda Rasulullah saw ..
Barangsiapa yang bercakap-cakap hal dunia didalam
masjid 40 tahun amal
ibadahnya tidak diterima oleh Allah swt , kecuali berckap
untuk mengeratkan
silaturrahim antara sesama insan muslim
No comments:
Post a Comment