BAB HAJI
Haji (Arab/Jawi: جح Ḥajj "ziarah") ialah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi
setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang
wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam,[1]
kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya
sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat
mengerjakannya.[2]
Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta
penyerahan jiwa kepada Allah.[3]
Ziarah ini dilakukan pada 8 hingga
12 hari bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Islam.
Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari
dan ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh Gregory sering
berubah dari tahun ke tahun.[4]
Etimologi
Perkataan "haji" berasal
daripada bahasa Arab iaitu hajj (جح) yang membawa maksud ziarah ke tempat
tertentu dalam waktu yang lama untuk menunaikan kewajipan agama. Dalam segi
bahasa itu juga, haji boleh membawa maksud menuju kepada Allah Yang Maha Agung.[5] Dari segi syarak pula, ia membawa
maksud mengunjungi rumah Allah dalam bulan-bulan haji atas sebab melakukan
pekerjaan seperti wukuf di Arafah, tawaf, sa'i dan sebagainya menurut syarat-syarat dan rukun-rukun
tertentu dengan niat semata-mata kerana Allah.
Dalil
Terdapat beberapa dalil mengenai
ibadah haji. Antaranya adalah seperti dalam ayat ke-27, Surah al-Hajj[7]
dan ayat ke-97, Surah Ali Imran:
وَأَذِّنْ
فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ
كُلِّ فَجٍّ عَمِي
Dan maklumkanlah kepada manusia
supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan
berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang datang dari
segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh (seluruh dunia)
فِيهِ
آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ
وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ
وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّـهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Di situ ada tanda-tanda keterangan
yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi
Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah
mewajibkan manusia menunaikan ibadah haji dengan mengunjungi rumah Allah bagi
sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya
Allah itu Maha Kaya daripada sekalian alam.
Sejarah
Zaman Nabi Ismail
Selepas kelahiran Nabi Ismail,
anak kepada Nabi Ibrahim dan isterinya, Siti Hajar,
baginda dan ibunya telah dibawa ke sebuah kawasan padang pasir
gersang dan kosong di tengah-tengah Semenanjung Arab. Hajar telah mengikuti suaminya dan berkata, "Oh,
Ibrahim, ke manakah kamu hendak pergi, meninggalkan kami di lembah yang tiada
orang ini dan tiada peneman dan tiada apa-apa disini?". Beliau mengulangi
kenyataan tersebut dan akhirnya beliau bertanya adakah ini semua adalah suruhan
Allah. Lalu Nabi Ibrahim mengiyakannya dan meninggalkan mereka berdua di situ
dengan hati yang berat. Lalu baginda berdoa seperti yang tercatat dalam ayat
ke-37, surah I
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku
telah tempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Makkah)
yang tiada padanya tanaman, disisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.
Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan
sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu, jadikanlah hati
sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka (supaya datang beramai-ramai ke
situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dan pelbagai jenis buah-buahan dan
hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
Setelah berada di kawasan itu untuk
beberapa ketika, Hajar dan Nabi Ismail telah kehabisan makanan dan minuman. Kemudian,
Hajar telah lari berulang-alik dari bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali untuk mencarinya. Perbuatan beliau
menjadi simbolik kepada ibadah sa'i yang dilakukan dalam haji. Dalam
keadaan terdesak itu, beliau berdoa kepada Allah. Nabi Ismail kemudiannya
menangis dan menghentak-hentak kakinya ke tanah lalu terpancutlah air dari
bawah tanah (sesetengah versi mengatakan malaikat telah menggali kawasan air
tersebut dengan kakinya (atau sayapnya) dan keluarlah air itu).[12] Perisitiwa itu menandakan kemunculan telaga Zam-zam
seperti yang dilihat pada hari ini.
Zaman Nabi Muhammad
Kaabah ketika musim haji.
Sebelum kelahiran Nabi Muhammad
lagi, puak-puak dari seluruh Semenanjung Arab akan melakukan haji di Makkah pada setiap tahun walaupun ketika
itu, kepercayaan anutan puak-puak tersebut adalah berbeza antara satu sama
lain.[15]Para
sejarawan Islam merujuk zaman sebelum kerasulan Muhammad sebagai zaman jahiliah
(bermaksud tidak tahu, jahil) di mana pada zaman itu, binaan Kaabah dikelilingi oleh beratus-ratus
jenis patung berhala. Antara patung berhala yang terkenal adalah Hubal, al-Lat
dan al-Uzza. Sebelum menerima wahyu lagi, Muhammad pernah menunaikan umrah di Kaabah.[16]
Ketika zaman pembukaan kota Makkah, Muhammad dan umat Islam telah membersihkan Kaabah daripada
segala jenis berhala.[17]
Sejak itu, ibadat haji menjadi salah satu tuntutan yang perlu dipenuhi oleh
umat Islam seperti yang termaktub dalam Rukun Islam.
Persediaan
Syarat
Keempat-empat mazhab dalam fahaman Ahli Sunnah Waljamaah iaitu mazhab Hanafi,
Maliki, Syafie dan mazhab Hambali
menetapkan bahawa syarat-syarat menunaikan haji adalah seperti berikut:[18][11]
- Beragama Islam. Haji tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam dan jika dilakukan, hajinya adalah tidak sah.
- Merdeka. Golongan hamba sahaya tidak wajib melakukan haji.
- Baligh. Haji adalah tidak wajib bagi kanak-kanak dan haji mereka itu sah jika dia telah mumaiyiz. Walau bagaimanapun, kefarduan haji kanak-kanak itu masih belum terlepas melainkan dilakukan setelah baligh.
- Berakal. Orang yang gila tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji dan jika ia dilakukan, maka hajinya tidak sah.
- Berkemampuan. Bagi syarat ini, terdapat beberapa bahagian yang perlu dipatuhi seperti:[1
1. Berkuasa membayar semua
perbelanjaan haji sehingga selesai.
2. Mempunyai kenderaan untuk pergi dan
balik daripada haji.
3. Mempunyai bekalan yang cukup untuk
saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
4. Keadaan perjalanan hajinya adalah
aman daripada sebarang kekacauan.
5. Tidak mengalami sebarang masalah
semasa berada dalam kenderaan.
Bagi mazhab Hambali, ia menambah dua
lagi syarat iaitu sihat anggota tubuh badan dan perjalanan haji itu hendaklah
aman.[18]
Rukun
Rukun haji merupakan suatu amalan
asas yang mesti ditunaikan. Jika rukun-rukun haji tidak dilakukan, maka hajinya
adalah tidak sah dan ia wajib digantikan. Rukun-rukun haji adalah seperti:[20][11]
- Niat ihram haji.
Lafaz niat haji hendaklah dilakukan di miqat dan jika jemaah haji sudah berada
di kawasan Makkah, maka niat boleh dilafaz di kawasan itu sendiri. Selepas
niat, para jemaah wajib menjaga segala amalan mereka terutamanya berkaitan
amalan wajib dan larangan semasa dalam melakukan haji.
- Wukuf di Arafah.
- Melakukan tawaf rukun (tawaf ifadhah)
- Sa'i, yakni lari-lari ayam atau berjalan cepat di antara bukit Shafa dan Marwah.
- Mencukur/menggunting rambut. Paling sedikitnya memotong tiga helai rambut.
- Tertib, yakni menjalankan rukun haji secara berurutan.
Jenis
- Haji Ifrad: Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam.
- Haji Tamattuk: Tamattuk bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam.
- Haji Qiran: Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji (7 dan 8 Zulhijjah).
Dam
Rencana utama: Dam (haji)
Dam dari segi bermaksud bahasa ialah
darah.[22] Dari segi istilah syarak pula, ia
membawa maksud denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang telah meninggalkan
perkara yang wajib semasa menunaikan haji atau melanggar perkara larangan. Dam
terbahagi kepada tiga jenis iaitu:[22][11]
- Dam tertib dan takdir
- Dam tertib dan ta'dil
- Dam takhyir dan ta'dil
- Dam takhyir dan takdir
Haji Mabrur
Haji mabrur bermaksud haji yang
diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan al Mabrur sebagai al Maqbul
iaitu "diterima". Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak
bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi
dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa) [23]
Apabila merujuk kitab hadis yang
muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meriwayatkan hadis-hadis daripada Abu
Hurairah dan Aisyah tentang kelebihan "Haji Mabrur",[24]
Manakala Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab
"Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan".[25]
Cara mencapai haji mabrur
Secara umumnya, untuk mencapai haji
yang diterima disisi Allah hendaklah memenuhi kriteria berikut;
1: Hajinya hendaklah ikhlas
semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).
Imam Nawawi ketika menafsirkan
hadith diatas dengan berkata “mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan
almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan
tidak ria’ pada hajinya” [23]
Niat menunaikan haji hendaklah
ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah
seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa
kepada kemurkaan ALlah
Di dalam Musnad Ahmad, ada sebuah
hadith:
“Sesiapa yang keluar dari rumahnya,
pada tangannya ada dua bendera, satu bendera pada malaikat dan satu bendera
pada syaitan, jikalau dia keluar dengan niat kerana Allah, malaikat akan
mengekorinya bersama bendera tadi, maka bendera tadi masih bersamanya sehingga
dia kembali ke rumahnya, dan jikalau dia keluar dari rumahnya melakukan
kemurkaan kepada Allah, maka syaitan akan mengekorinya bersama benderanya, dan
bendera tersebut masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya” [23]
2: Kesemua perbelanjaan haji adalah
berpunca daripada yang halal.
Di dalam Sahih Muslim ada hadith
menyebut:
“Sesungguhnya Allah itu baik, dan
tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang
mukmin megikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda
membacakan ayat alQuran
“Wahai sekalian Rasul, makanlah dari
(makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa
yang kamu lakukan [Surah alMukminun : 51]”
Kemudian Rasulullah membacakan
lagi :
“Wahai orang-orang yang beriman,
makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan”
[Surah alBaqarah 172]
Kemudian disebut, seorang lelaki
bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata “Ya Tuhanku” sedangnya punca
makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram.
Bagaimana ia boleh diterima??” [23]
Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang
yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali sumber-sumber
pendapatan, perbelanjaannya dan bekalannya disana dari sumber-sumber yang
halal.
3: Melakukan fardhu haji sesuai
dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
Bermula dengan niat sehinggalah haji
wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah didalam sunnahnya. Sebagai seorang
muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah-nambah ibadat
yang tidak pernah dilakukan Baginda.
Ini sesuai dengan sabda Baginda;
“Sesiapa yang memperbaharui urusan
agama (menokok tambah), maka mereka bukan dari kalangan kami (umat Muhammad)” [23]
Syeikh Mustafa azZarqa’ ketika
ditanya makna haji yang mabrur, beliau menyatakan diantara ciri-ciri hajinya
diterima ialah “hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak
melampau-lampau didalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab
haji dan sunnah-sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi
teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi
makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap
cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji
dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti
keadaan tersebut) dan istiqomah” [23]
4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya
dengan taat tanpa mempertikaikannya
Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya
perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab “Kau hanya sebuah batu
yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah
mengucupnya, sudah aku aku tidak aku mengucupnya”
Ini jelas menunjukkan kita melakukan
ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah
berdasarkan akal semata-mata.
5- Setelah menunaikan haji, berusaha
pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan
menunaikan Haji:
Ini sesuai dengan hadith :
“Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku
telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia
meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah :
Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau
akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya. Sabda Nabi : Begitu
juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan
(hutangnya)”. [23]
Didalam hadith yang lain:
“Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah
mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku seorang yang tua
tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu menunaikan haji
untuknya? Sabda Rasulullah : Ya” [23].
Bumi Makkah
Menurut riwayatnya, ramai para
sahabat menyatakan bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul
dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi-bumi lain terbentang dan
terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram.
Keistimewaan Masjidil Haram pula
ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam.
Baitullah adalah sebuah bangunan
yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang
120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Di
salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat
permulaan untuk mengerjakan tawaf.
Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi
Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia
adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah
timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan
oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi
Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail
memberikan batu kepadanya.
Batu itu dipelihara Allah, sekarang
ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim
panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas
dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al
Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan
dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.
Hajar Aswad
Menurut sejarahnya, Hajar Aswad
diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji
permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama-kelamaan menjadi hitam sebab
disentuh oleh orang-orang musyrik.
Kalau tidak kerana sentuhan tersebut
nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a.
katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari
syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam )
menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi
Telaga Zam Zam
Telaga Zam-Zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat
yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail a.s. dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim a.s.) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga
ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti
Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).
Pada satu ketika terjadi
pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak
akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu
kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan
Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya
merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.
Apabila mereka tiba di Makkah,
mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan
Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan
mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.
Siti Hajar memerhatikan sikap
suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;
"Hendak kemanakah engkau
Ibrahim?" "Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat
yang sunyi dan tandus ini ? "
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi
Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
"Adakah ini memang perintah
dari Allah ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab,
"ya".
Mendengar jawapan suaminya yang
ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu
terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala
kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Selang beberapa hari, air yang
dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling
sampai mendaki Bukit Safa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika
sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan,
lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah
suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air
zam-zam.
Di sini Siti Hajar bertemu dengan
Malaikat Jibrail
dan Jibrail mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah (
rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu
nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".
Air zam-zam mempunyai keistimewaan
dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta
mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam
sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air
zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit
". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
No comments:
Post a Comment