HIJRAHNYA PARA UTUSAN ALLAH
Selama ini, peristiwa hijrah sangant sinonimdengan Nabi kita Muhammad saw saja. Padahal,
ketika kita membaca Alquran, tentu kita dapati bahawa para nabi dan rasul
selain Nabi Muhammad pun mengalami babak baru dalam dakwah mereka dalam bentuk
hijrah.
Namun mungkin kita kurang menyedari bahawa itulah hijrah mereka, kisah
hijrah para utusan Allah.
Meskipun banyak nabi dan rasul yang mengalami hijrah, hijrah mereka
berbeza dengan hijrahnya Nabi kita Muhammad saw
Di antara nabi utusan Allah yang
mengalami peristiwa hijrah adalah:
Pertama: Hijrah Nabi
Ibrahim as.
Mengenai hijrahnya Nabi Ibrahim, terdapat dua pendapat, kota mana yang
menjadi tujuan Nabi Ibrahim setelah pergi dari negerinya Irak.
(1) Ada yang mengatakan bahawa beliau hijrah ke Mekah dan
(2) yang lainnya mengatakan bahwa beliau berpindah ke Syam, ke tanah
Jerusalem, Palestina.
Dan tidak diragukan lagi, Nabi Ibrahim memang memasuki kedua kota
tersebut. Namun kota mana yang terlebih dahulu dikunjungi? Allahu a’lam.
Setidaknya ada tiga ayat yang menerangkan tentang hijrahnya Nabi Ibrahim
as
. فَآَمَنَ
لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ
الْحَكِيمُ
“Maka Luth membenarkan (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim:
“Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku
(kepadaku); sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS.
Al-Ankabut: 26).
Ayat lainnya,
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ
Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku,
dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku”. (QS. Ash-Shaffat: 99).
Dan firman Allah,
وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي
عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا
“Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah,
dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan
berdoa kepada Tuhanku”. (QS. Maryam: 48).
Beliau menjauhkan diri dari peribadatan yang mereka lakukan dan juga menjauhkan
diri dari tempat tersebut.
Kedua: Hijrah Nabi Musa as
Peristiwa hijrahnya Nabi Musa berbeda dengan hijrahnya Nabi Ibrahim dan
Nabi Muhammad. Ketika hijrah, Nabi Musa belum diangkat sebagai rasul. Adapun
Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad telah diangkat sebagai rasul saat keduanya
berhijrah.
Peristiwa hijrahnya Nabi Musa terjadi pada saat beliau membunuh seorang
laki-laki Qibthi.
وَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ يَسْعَىٰ قَالَ يَا مُوسَىٰ
إِنَّ الْمَلَأَ يَأْتَمِرُونَ بِكَ لِيَقْتُلُوكَ فَاخْرُجْ إِنِّي لَكَ مِنَ
النَّاصِحِينَ
“Dan datanglah seorang laki-laki dari ujung kota bergegas-gegas seraya
berkata: ‘Hai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu
untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang memberi nasehat kepadamu’.” (QS. Al-Qashash: 20).
Nabi Musa as pun pergi menuju Madyan. Selama tinggal 10 tahun di Madyan,
Nabi Musa as menikahi seorang wanita puteri dari laki-laki tukang besi di
wilayah tersebut.
Perbezaan lainnya
antara hijrah Nabi Muhammad saw dan Nabi Musa as adalah latar belakang hijrah.
Jika hijrahnya Nabi Muhammad saw adalah kerana orang-orang Mekah telah menutup
rapat diri mereka dari hidayah Islam, sementara di Madinah dakwahnya Nabi
Muhammad saw membawa ajaran Islam diterima
secara meluas dan tegaknya negeri Islam. Adapun Nabi Musa untuk menghindari
kebengisan Firaun.
“Lalu aku lari meninggalkan kamu
ketika aku takut kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku ilmu serta Dia
menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul.”
(QS. AS-Syuara: 21).
Dan masih banyak nabi dan rasul lainnya yang mengalami hijrah, seperti Nabi
Ya’kub as dan Nabi Yusuf as, dll.
3. Hijrah Nabi Ya’akub as
Nabi Ya’akub berhijrah untuk menyelamatkan diri dari
perilaku buruk saudaranya, Aish atau Esau. Putara dari Nabi Ishaq tersebut
berhijrah dari tanah Palestina ke negeri Harran di Irak. Di sana, Nabi Ya’akub
memulai hidup baru dengan bantuan pamannya yang tinggal di sana.
Beliau juga menikah di tanah hijrah dan mendapatkan 12
anak yang kelak menjadi awal mula Bani Israil. Nabi Ya’akub dikenal dengan
sebutan Israil atau yang berjalan di malam hari. Kerana itulah anak
keturunannya disebut dengan Bani Israil.
4. Hijrah Nabi Yusuf as
Salah satu dari 12 anak Nabi Ya’akub ialah Nabi Yusuf as Seperti
ayahnya, Nabi Yusuf as pun mengalami penderitaan berhijrah. Kisah hijrahnya
Nabi Yusuf as bahkan sangat memilukan dan menyayat hati.
Bermula ketika ia bersama ayah dan saudara-saudaranya hendak
kembali ke negeri asal mereka, Palestina. Ketika singgah di negeri Kan’an, Nabi
Ya’qub menetap cukup lama. Di wilayah itulah kisah Nabi Yusuf bermula, iaitu ketika
saudara-saudaranya memasukkan Nabi Yusuf as ke dalam perigi. lalu musafir
menemukannya dan membawanya ke negeri Mesir.
Di tanah hijrah, ( Mesir
) Nabi Yusuf as mengalami perjuangan hidup yang sangat berat; menjadi budak,
digoda wanita, hingga masuk penjara. Namun kerana kesabarannya,
Nabi Yusuf pun diberi
balasan yang luar biasa dengan menjadi nabi sekaligus pembesar negeri Mesir.
5. Nabi Muhammad
Hijrahnya
Nabi Muhammad mirip seperti yang dialami kakek buyutnya, Nabi Ibrahim. Keduanya
berhijrah setelah diutus sebagai utusan ilahi. Sementara nabi yang lain, yakni
Nabi Ya’qub, Yusuf, dan Musa melakukan hijrah sebelum turunnya wahyu.
Hijrahnya
Rasulullah pula berbeda dari hijrahnya para nabi yang lain. Beliau
Shallallahu‘alaihi wa sallam berhijrah bukan karena disakiti ataupun dianiaya.
Negeri tujuan hijrah nabiyullah pun merupakan tempat di mana dakwah Islam
bersemi dengan suburnya, tempat di mana sangat potensial untuk merintis sebuah
negara.
Namun,
hijrahnya Rasulullah merupakan yang paling terbaik dan berat di banding hijrahnya para nabi yang lain. Dari
semua kisah lima nabi yang berhijrah, ada benang merah yang dapat ditarik
sebagai kesimpulan. Bahwasanya, berhijrah bukanlah perkara mudah , Ia
memerlukan perjuangan berdarah untuk bertahan.
Jika
sabar menjalaninya, maka di penghujung hijrah akan muncul kebahagiaan yang
menakjubkan. Hal ini pun berlaku bagi hijrah dalam makna meninggalkan
kemaksiatan menuju keimanan yang hakiki
Kesimpulannya, hijrah para nabi berbeza dengan hijrahnya Nabi Muhammad saw.
Hijrah beliau memiliki kedudukan yang begitu mulia dan juga sangat berat dalam
perlaksanaannya.
Hijrah ke Alam
Barzakh
Rasulullah saw
bersabda: “Jadikanlah diri kamu di dunia ini seperti orang asing atau bagaikan
orang yang bermusafir”. Kehidupan ini pada hakikatnya terlalu singkat. Kata Auf
bin Abdullah, umur manusia hanya satu hari, iaitu hari kematian. Isa ibn Maryam
pula mengatakan umur manusia tiga hari, iaitu hari semalam, hari ini dan hari
kematian. Manakala Abu Zar al-Ghifari mengatakan umur manusia hanya tiga Saat
sahaja, iaitu saat yang lepas, saat ini dan saat kematian. Abu Bakar al-Warraq
pula menjelaskan umur kita hanya tiga nafas, iaitu nafas yang lepas, nafas yang
sedang kita bernafas dan nafas yang terakhir semasa kita akan berhijrah ke alam
barzakh.
Hijrah ke alam
barzakh adalah sesuatu yang pasti. Alam kubur atau alam barzakh merupakan
tempat tinggal antara dunia dan akhirat. Alam barzakh ertinya alam penantian
dan ia adalah sebahagian daripada alam akhirat. Alam ini didiami oleh para
arwah yang meninggal dunia. Uthman ibn Affan ketika berada di perkuburan beliau
menangis sehingga membasahi janggutnya. Lalu sahabatnya bertanya: “Kenapakah
ketika kamu mengingati syurga dan neraka, engkau tidak pernah menangis seperti ini?
Apakah sebabnya?. Lalu Uthman menjawab:
“Kubur
itu merupakan tempat pertama dari penempatan akhirat. Sesiapa yang terselamat
di situ, maka sesudah itu semuanya akan menjadi mudah dan ringan. Namun sesiapa
yang gagal, maka sesudah itu akan menjadi lebih berat dan dahsyat”
Menurut Ibn
Qayyim, roh manusia sesudah mati di alam barzakh itu berada pada tempat yang
berbeza mengikut amalan dan perbuatannya ketika hidup. Sebahagian roh berada di
tempat yang tinggi (mulia). Ada roh yang tertahan di dalam kubur dan roh yang
tertahan di permukaan bumi iaitu mereka yang melakukan maksiat dan mementingkan
duniawi.
Menurut Imam
al-Habib Allah menggambarkan kehidupan di alam rahim seumpama di alam Barzakh.
Pada peringkat umur masa dalam kandungan sebenarnya itulah cara hidup yang
menyamai dengan peringkat umur di alam Barzakh. Dunia yang gelap gelita dan
sempit dan menunggu-nunggu saat kelahiran, sebagaimana di alam Barzakh
menunggu-nunggu saat kebangkitan.
Nikmat Alam
Barzakh
Alam barzakh
tidak hanya sebagai tempat seksaan semata-mata. Bagi orang kafir, munafiq,
murtad, fasiq dan orang yang derhaka kepada Allah hidup di alam barzakh dengan
penuh seksa, takut, cemas dan sengsara. Perasaan mereka cukup lama seperti
beribu-ribu tahun dan mengharapkan segera berlakunya kiamat. Malam pertama di
alam barzakh amat menggerun dan menakutkan.
Bagi orang
mukmin berada di alam barzakh cuma sekadar istirehat sementara menunggu hari
kebangkitan atau umur yang keempat. Malaikat menyuruhnya tidur dengan tenang
dan tidak diganggunya. Kubur mereka diluas kan dan dijadikan seperti taman
syurga. Setiap pagi dan petang diperlihatkan kepada mereka syurga yang akan
mereka ditempatkan nanti. Mereka sedikitpun tidak berasa bosan dan waktu
bertahun-tahun di alam barzakh dirasakan sebentar sahaja. Sabda Rasulullah saw:
“Kubur itu boleh menjadi sebagai taman syurga dan
boleh menjadi sebagai lubang neraka”
Imam al-Ghazali membahagikan
keadaan manusia kepada 3 kategori:
i.
Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan
ii.
Orang yang bertaubat dan mula bertaubat
iii.
Orang yang mengenal diri sendiri dan merasakan hayatnya akan
berakhir
Golongan yang
pertama ialah mereka yang tidak mengingati kematian. Jika diingati sekalipun
mereka merasa sedih dirinya akan meninggalkan harta kekayaan yang dimiliki, dan
amat benci dengan kematian.
Golongan yang
kedua mereka sentiasa berada dalam keadaan cemas, takut dan bimbang akan
kematian. Mereka akan menyempurnakan taubat dengan sebaik mungkin.
Manakala
golongan yang ketiga sentiasa mengingati mati setiap masa. mereka
menunggu-nunggu saat kematian untuk bertemu dengan Allah seperti orang yang
bercinta untuk bertemu dengan kekasihnya.
Sabda nabi saw: “Apalah
yang hendak dihitung sangat dengan dunia. Umpamaku dan umpama dunia ini laksana
seorang penunggang yang sedang berjalan di bawah panas terik. Tiba-tiba
kelihatan sebatang pokok, lalu dia berteduh sebentar di bawah teduhannya.
Kemudian dia berangkat lagi dan meninggalkannya”.
Kata Sayidina Umar al-Khattab
Sesungguhnya zuriat syaitan itu ada 9:
1. Zalitun: menjaga pasar dengan menghasut
supaya peniaga menipu dan mengurang timbangan
2. Wathin: yang membuat kekacauan’
3. A’wan: yang menjaga para
pemerintah
4. Haffaf: yang menjaga sahabat
kepada pemabuk
5. Laqus: yang menjadi sahabat
kepada pemabuk
6. Dasim: yang menjaga rumah agar
berlaku pecahbelah rumahtangga. Apabila suami masuk rumah dengan tidak memberi
salam serta tidak mengingat Allah, maka berlakulah pergaduhan antara suami
isteri sehingga berlakunya perceraian.
7. Musawit: yang menjadi sahabat
kepada penyebar khabar dusta
8. Walhan: yang menjadikan manusia
was-was dalam sembahyang, ketika berwuduk dan ibadat yang lain
9. Muroh: teman kepada pemuzik dan
penyanyi
Allah telah mewahyukan kepada
nabi Daud a.s:
Sesungguhnya orang yang
berakal dan berilmu itu tidak sunyi daripada 4 masa:
iv. Satu
masa untuknya mengadu kepada Allah
v. Satu
masa untuk bermuhasabah diri
vi. Satu
masa untuk dirinya menemui sahabat yang soleh yang boleh menceritakan
kelemahan dirinya
vii. Satu
masa untuk dimana dia meninggalkan makanan yang lazat walaupun halal
Sabda nabi saw:
يَأتِي على النَّاسِ
زَمَانٌ يَتَحَلَّقُوْنَ فى مَسَاجِدِهِمْ ولَيْسَ هَمُّهُمْ إلاَّ الدُّنْيَا
وَلَيْسَ للهِ فِيْهِمْ حًاجَةٌ فلا تُجَالِسُوْهُمْ
Ertinya: Akan
datang suatu masa ada di kalangan manusia yang duduk berkelompok-kelompok
di dalam masjid. Mereka tidak berbicara kecuali hal-hal keduniaan.
Ketahuilah bahawa Allah tidak berhajat kepada mereka, maka janganlah kamu
duduk bersama mereka
Mengingati umur
amat penting dalam kehidupan manusia. Manusia sering lupa tentang umur mereka
sehingga dirasakan ia masih muda, kuat dan jauh daripada kelemahan serta
keuzuran. Maka manusia dilalai dan dilupakan oleh umur tanpa disedari ia
dihabiskan begitu sahaja.
Kepentingan
mengingati umur ini secara tidak langsung kita mengingati masa.
Allah SWT
berfirman dalam surah al-’Asr”
Mafhumnya
”Demi masa
sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan
beramal soleh , berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan sabar”
Hakikat Umur
Manusia
Imam Habib
Abdullah Haddad di dalam Risalah Sabil al-Azkar wa al-I’tibar menjelaskan
bahawa manusia mempunyai lima umur. Antaranya ialah umur sejak Allah mencipta
Adam a.s. dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya, kedua umur sejak
manusia dilahirkan dari perut ibunya sehingga ia wafat meninggalkan dunia yang
fana, ketiga umur ini bermula sejak manusia keluar dari dunia ini dengan
menempuh mati sehingga dibangkitkan dari kubur, keempat umur yang bermula
daripada kebangkitan daripada alam kubur untuk menerima panggilan tuhan
sehingga memasuki sama ada ke syurga atau ke neraka, dan terakhir umur yang
tidak ada pangkal dan hujungnya iaitu sejak kemasukan manusia ke syurga dan
kekal di dalamnya.
Ibn al-Jawzi
mengatakan bahawa umur manusia dewasa ialah sejak berusia 35 sehingga 50. Maka
apabila mencapai dewasa biasanya akan kelihatan pada diri manusia kebaikan dan
keburukannya. Ada yang mengatakan bahawa apabila seseorang itu telah mencapai
usia 40, sedang kebaikannya tidak melebihi kejahatan, maka syaitan akan menyapu
mukanya seraya berkata: Demi ayahku, wajah ini tidak akan terlepas dariku.
Imam Malik pula
menjelaskan ”Kami dapati ramai orang yang mencari ilmu pengetahuan sehingga
sampai usia 40. Apabila mereka sampai umur tersebut, mereka pun memalingkan
perhatian kepada kepada memperbanyakkan amal soleh dan mengerjakan apa yang
mereka pelajari. Waktu itu tidak ada masa lagi untuk menumpukan perhatian
kepada dunia walau apa sekalipun”
Syeikh Arif Wali
Abdul Wahhab bin Ahmad al-Sya’rani di dalam kitab al-Bahrul Maurud mengatakan:
“Ikatlah janji dengan dirimu, apabila kamu mencapai umur 40, hendaklah kamu
lipat tikar dan bantal serta merta dan ingatlah diri kamu bahawa setiap nafas
yang kamu sedut itu tidak boleh lagi digunakan untuk kepentingan dunia sama
sekali. Di samping itu hendaklah kamu mengira setiap detik dari umur kamu yang
telah melepasi 40 tahun itu, menyamai 100 tahun dengan yang sebelumnya”.
Di dalam suatu
hadis sahabat bertanya kepada nabi saw: “Wahai Rasulullah saw siapakah yang
paling baik? Baginda menjawab: “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.
Sahabat bertanya lagi: “Siapakah manusia yang paling buruk? Jawab Baginda:
“Orang yang panjang umurnya dan buruk amalnya.
No comments:
Post a Comment