NIKMAT KHUSYUK SOLAT TANDA AMALAN IBADAT LAIN
DITERIMA.
Memandangkan
solat adalah perintah Allah swt maka pelaksanaan nya hendaklah dilaksanakan
dengan secara khusyuk mengikut perlakuan yang tertib dari awal hingga akhir
untuk melindungi seseorang daripada melakukan perbuatan berdosa ..
Berdasarkan
gagasan Israk’ Mikraj .. solat fardu lima waktu menjadi perintah utama kerana
ia ibu segala amal ibadah , maka wajiblah dilaksanakan dengan sama ada ketika
sihat atau sakit, ia menjadi tonggak kekuatan agama serta iman yang akan
menggugurkan segala dosa dan menyelamatkan azab kubur..
Selain
itu kualiti solat juga akan menentukan kualiti pelaksanaan ibadah lain ..
kerana ia akan wujud berkaitan kekuatan iman.. jika seseorang itu lemah iman untuk melaksanakan
solat..maka ia akan berlaku kepincangan bersolat.. maka berdasarkan perkaitan
ini , maka amalan solat itu adalah amalan yang tidak dapat mencegah
kemungkaran,,,…atau sebaliknya jika ia dilakukan dengan penuh tatatertib dan
beristiqomah maka ia akan dapat membantu seseorang itu untuk mencegah melakukan
kemungkaran dan dosa..
Sebagaimana firman
Allah swt dalam al-Quran surah al-ankabut ayat 45 .
Bacalah
serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran,
dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah
daripada perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah
lebih besar ( faedahnya dan kesannya ) dan ( ingatlah ) Allah mengetahui akan
apa yang kamu kerjakan ..
Oleh
itu jika solat itu dilakukan secara lalai maka ia boleh mendatangkan musibah
dan memberi kesan buruk kepada ibadah lain dan juga terhadap kelakuan seseorang
..
Firman
Allah swt..Dalam surah al- maa’un ayat 4
dan 5.
Maka
kecelakaan besar bagi orang yang sembahyang ( iaitu ) mereka yang berkeadaan
lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya..
Berbalik
kepada peristiwa Israk’ Mikraj yang mana Nabi Muhammad saw dibawa melihat
setiap pelakuan manusia nyata dan ghaib.. dalam perjalanan nya juga dibawa
melihat syurga dan neraka.. siapa penghuni neraka yang paling ramai..
Gagasan
dan kebenaran dalam Israk’ Mikraj ini hendaklah kita teladani dan pelajari
serta dihayati sebaik mungkin bagi kita mengelak diri daripada melakukan
pelbagai kejahatan , kemungkaran serta terjerumus ke dalam gaya hidup berdosa..
Firman
Allah swt dalam surah an-Nisaa’ ayat 142
Sesungguhnya
orang munafik itu melakukan tipu daya
terhadap Allah , dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula
apabila berdiri hendak sembahyang , mereka berdiri dengan malas, mereka riak
kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sekali sekala
sahaja..
Oleh
sebab itu walaupun kita tidak bertemu dengan Allah swt seperti dialami oleh
Nabi Muhammad saw. Berdasarkan gagasan Israk’ Mikraj ,, kita dapat berhadapan
dengan Allah swt dalam solat dengan syarat hati kita sepenuhnya mengingati
Allah dengan menghindari penyakit syahwat atau bisikan duniawi..
Menurut
Imam Ghazali antara amalan membentuk solat yang khusyuk ialah memastikan amalan
permakanan dari sumber rezki yang halal dengan asas pekerjaan yang
dibenarkan oleh Islam..
Sabda
Baginda Nabi Muhammad saw. Perbezaan
antara manusia dan perbezaan syirik dan kufur
ialah dia meninggalkan solat..
( Hadis riwayat .. Muslim )
Akhlak
yang kurang baik dan keruntuhan morel segelintir golongan umat Islam kini
berpunca daripada ..
1. Solatnya tidak khusyuk .
.2.Wuduknya
tidak sempurna ,
3..Pakaiannya tidak bersih dan menjolok mata ,
4..Tidak memiliki sifat2 malu kepada Allah..
No comments:
Post a Comment