“HIJRAH ATAU TETAP JAHILIYAH”.
Islam
muncul ketika manusia berada dalam kejahilan. Risalah Islam yang pertama adalah
untuk membetulkan aqidah masyarakat jahiliyah pada masa itu sebelum datangnya
syariat-syariat yang lain. Oleh kerana manusia ketika itu tidak mentauhidkan
Allah I maka mereka
bergelumang dengan kemaksiatan dan keruntuhan akhlak.
Rasulullah
saw telah mengukuhkan akar keimanan dan tauhid serta menjelaskan maksud sebenar
kalimah Laila hailallah kepada para sahabat Baginda.
-
Pensyariatan ibadah solat berlaku pada
tahun ke -12 kerasulan Baginda Nabi Muhammad saw.
-
Puasa dan zakat pula pada tahun ke-2
hijrah
-
Manakala ibadah haji disyariatkan pada
tahun ke – 9 hijrah.
Apakah
hikmah di sebalik semua itu? Kita sedia maklum bahawa Iqra’ adalah ayat pertama
yang diwahyukan ke atas Baginda saw. merupakan suatu tanda bahawa Allah swt
memerintahkan manusia untuk membaca dan mencari ilmu bagi menyingkirkan sifat
kejahilan kita.
Jahiliyah
Kata dasarnya adalah ( al-Jahl ) yang bererti tidak tahu atau bodoh. Di dalam
al-Quran, kalimah jahiliyah membawa kepada beberapa makna.Antaranya adalah:
Pertama
: Keraguan kepada Allah swt.
Keraguan
inilah yang dialami oleh orang munafik selepas tentera muslim kalah dalam
Perang Uhud. Mereka yakin kemenangan kaum musyrik dalam Perang Uhud menunjukkan
agama Islam sudah berakhir. Mereka adalah orang yang ragu-ragu. Apabila terjadi
peristiwa yang tidak menyenangkan, muncul sangkaan-sangkaan buruk kepada Allah
swt
Kedua
: Sombong, iaitu perasaan meninggi diri sehingga tidak mahu menerima kebenaran.
Sebagaimana
Allah swt berfirman di dalam Surah al-Fath ayat 26:
Yang
bermaksud: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika
orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam
hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah
(yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu) lalu Allah menurunkan semangat
tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga
tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada
"Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang
yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya.
Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.…
Sifat
sombong seperti yang disebutkan dalam ayat ini, yang tertanam kuat di hati
orang musyrik Makkah, sehingga semasa Perjanjian Hudaibiyah, mereka menolak
kalimah Bismalah bagi memulakan surat perjanjian dan juga menolak kata
Rasulullah sebagai sifat Muhammad yang menyetujui perjanjian itu.
Ketiga
: Berhukum dengan hukum selain yang ditetapkan oleh Allah swt sepertimana dalam
Surah al-Maidah ayat 50:
Maksudnya:
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah?
Pada hal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang
boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Alla swt. Di dalam ayat tersebut,
Allah swt tidak mengiktiraf orang yang tidak mahu mengikuti hukum2-Nya yang
jelas, yang meliputi semua bentuk kebajikan dan melarang semua bentuk
keburukan, malah orang itu beralih mengikuti pendapat yang dibuat oleh manusia,
mentaati keinginan dan erti kata lain yang tidak bersandarkan syariat Allah swt
seperti hukum-hukum buatan orang jahiliyah yang penuh dengan kesesatan dan
kebodohan.
Malah
ada manusia pada hari ini hanya mementingkan kehidupan di dunia tanpa mengambil
kira kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Ia memberi gambaran betapa
jahilnya mereka terhadap agama mereka
sebagaiman Allah swt telah
berfirman di dalam
Surah
ar-Ruum ayat 6-7 :
Maksudnya:
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janji-Nya, akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Mereka hanya
mengetahui perkara yang zahir nyata daripada kehidupan dunia sahaja, dan mereka
tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
Imam
Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat yang ketujuh itu mengatakan: “Kebanyakan
manusia seolah-olah tidak mempunyai ilmu kecuali ilmu dunia dengan segala
perihalnya. Mereka bijak dalam hal keduniaan, tetapi mereka lalai dan jahil
terhadap perkara-perkara agama dan yang memberi manfaat di akhirat. Oleh itu
untuk mengelakkan diri kita terjerumus ke lembah kejahilan ini,marilah kita
menghijrahkan diri menjadi muslim yang berilmu. hijrahlah daripada keadaan yang
tidak baik kepada yang lebih baik dengan
niat semata-mata mengharapkan keredhaan dan rahmat Allah swt. Berazam dan
tingkatkan diri dalam menuntut ilmu serta dalam beramal ibadah kepada Allah swt. Tinggalkanlah segala perkara
yang dilarang oleh Allah swt. Ini bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah
saw yang bermaksud “Orang yang berhijrah itu adalah orang yang meninggalkan
segala yang dilarang oleh Allah swt.”
Berhijrahlah
selagi peluang masih ada. Sabda Rasulullah saw.
Beraksud:
Kewajipan berhijrah tidak terputus selama taubat masih diterima, dan taubat
tidak terputus sehingga matahari terbit dari barat. (Hadith riwayat Abu Daud
dan Ahmad)
1.
Islam menuntut umatnya agar berhijrah daripada keadaan yang tidak baik kepada
yang baik
dan juga daripada keadaan baik kepada yang
lebih baik.
2.
Keraguan terhadap Allah I,
sombong sehingga menafikan kebenaran dan menolak hukum-Nya
adalah antara perkara yang perlu kita jauhi
kerana boleh membatalkan aqidah.
3.
Dunia yang mencabar pada hari ini memerlukan umat Islam yang berilmu dan
beramal untuk
mempertahankan kesucian agama Islam.
Firman
Allah swt dalam Surah an-Nisa’ ayat 100:
Maksudnya : Dan sesiapa yang berhijrah
pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati
di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan
sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan
Rasul-Nya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap
pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah amat pengampun, lagi amat
mengasihani.
No comments:
Post a Comment