Thursday, January 12, 2017



 Siapakah org yg dlm keuntungan. ..

Bagaimana sifat2 org yg dalam keuntungan sepanjang hidupnya..
ia adalah seperti berikut..
1. Org yg beriman dengan berikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa
semua ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw ada lah benar..
2. Selain beriman ia juga akan mengerjakan apa yg di imankan dan membuat
kebajikan keada umur serta menyeru kepada kebaikkan..

3. Dia juga sentiasa berpesan2 dengan kebenaran berpegang kepada Al-Quran
dan sunnah Rasul..
4. Berpesan-pesan dengan sabar pada dirinya dan org lain..
Panduan urus masa mengikut syariat Islam
Bijak pandai ada mengatakan masa itu emas.. oleh itu jaga lah masa dan tepati lah masa ketika mengurus jadual kehidupan ..  sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nas.. ayat 1..
Makhumnya :  Demi  masa .. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali org2 yg beriman

Nabi Ibrahim as pun menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya 
seperti:
1.       Waktu untuk bermunajat ( zikir ) kepada Allah
2.       Waktu untuk bermuhasabah diri
3.       Waktu untuk berfikir mengenal ciptaan Allah
4.       Waktu untuk keperluan hidupnya seperti , bekerja , makandan minum dan sebagainya..

Oleh itu kita perlu membuat perancangan dengan teliti.
1.       Perlu menepati masa
2.       Jangan membazirkan masa.. sebab orang yg benar2 menghargai  masa ia sentiasa memenuhi masa hidupnya dengan melakukan perkara2 yang berfaedah saja..
3.       Mengambil iktibar dari masa lalu
4.       Kerana Martabat manusia dinilai dengan masa

Hadis Nabi Muhammad saw.. artinya ..
Sebaik2 manusia adalah yang panjang umurnya dengan baik pula pekerjaannya ( tingkah lakunya ) manakala sejahat2 manusia pula ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya..

Ketika dipasar  basrah Ibrahim b Adham ahli supi telah disoal sapa sekumpulan pemuda ..
Soalannya.. Ya Alim..Mengapakah  doa kami tidak dimakbulkan..oleh Allah swt..

Ibrahim b Adham ahli supi menjawab ..
Kerana kamu buta daripada 10 perkara..
1.       Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak nya
2.       Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah saw  tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
3.       Kamu membaca al_quran tetapi kamu tidak beramal dengan nya
4.       Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya
5.       Kamu kata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6.       Kamu kata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
7.       Kamu berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya
8.       Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya
9.       Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia  tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri

1.   Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

8 golongan yang akan disoal di Padang Mahsyar

Setelah manusia dikumpulkan dihadapan Allah swt untuk disoal dipadang mahsyarnanti , mereka akan tertanya tanya siapa yang akan dipanggil dan disoal ? serta apakah soalan yang akan ditanya oleh Allah swt..
Ulama’ berpendapat  , ada lapan golongan manusia dipadang Mahsyar menanti untuk diadili dihadapan Allah swt .. Menurut Abu Hamid berdasarkan kitabnya Kasyful Ulum Al-akhirah , orang  pertama yang akan disoal ialah
1.       Golongan pertama ..Mereka yang buta ketika didunia tetapi taat kepada perintah-Nya..Rasulullah saw menyifatkan mereka ini yang sabar dengan ujian Allah swt . mana mana manusia yang Allah swt tarik nikmat penglihatan ketika didunia  iaitu mereka yang buta matanya ,sabar dan taat maka akan diganti kedua dua matanya itu dengan balasan syurga. Ketika golongan yang buta matanya disoal dan menjawab segala pertanyaan ditujukan kepadanya , Alah swt berkata..

Kamu lebih berhak memandang kami kami,kerana ketika didunia kamu tidak nampak ayat Al-Quran , tetapi kamu masih beriman.. Besarnya kehebatanmaki dan sekarang bergeraklah kamu kesyurga. Lalui titian sirat sepantas kilat.. lalu dicelikkan mata dan dipasangkan pada
padanya panji panji dan dibawa oleh Nabi Syuib. Baginda akan membawa mereka masuk kesyuga. Ramainya golongan ini sehingga tidak dapat dihitung jumlahnya   . Mereka akan melalui titian sirat seperti  sepantas  kilat menyambar., malah Rasulullah saw menyebut Allah swt menjadi takjub kepada orang mukmin ini . segala sesuatu yang terjadi dalam hidup mereka  semua menjadi baik kerana kesabaran yang ada pada mereka..

2.       Golongan kedua..  Mereka dari kalangan manusia yang dihina dan diperlekehkan ketika didunia.
Dipadang Mahsyar kelak nanti mereka ini akan disambut oleh Allah swt dengan penuh kasih sayang .. Mereka yang dizalimi dan dikhianati ini mempunyai kelebihan kerana doa mereka didengari oleh Allah swt.  Malah diperintahkan Allah swt pada hari akhirat kelak untuk menuju kesyurga setelah diberikan panji panji berwarna hijau yang diserahkan kepada Nabi Ayob yang akan membawa mereka menuju kesyurga .. Oleh itu wahai manusia bersabarlah bila mana menerima penghinaan manusia semasa didunia..

3.       Golongan ketiga.. Mereka yang akan disoal oleh Allah swt dipadang Mahsyar ialah orang muda yang taat.. Mereka disambut dengan penuh kasih sayang dan diperintahkan memasuki syurga  kerana pada usia muda manusia memiliki nafsu membuak buak dan jarang sekali mentaati agama. Bahawa Rasulullah saw sendiri mengkagumi orang muda yang mengimarahkan masjid dan taat kepada perintah agama.. Setelah disambut oleh Allah swt dipadang Mahsyar , mereka diberikan panji panji hijau dan dipimpin oleh Nabi Yusof untuk masuk kesyurga diatas sikap sabar,ramah,dan berilmu ketika didunia dahulu..

4.       Golongn ke empat. Manakala mereka yang akan dipanggil dan disoal ialah manusia yang berkasih sayang kerana Allah swt . Mereka ikhlas dan tidak pernah timbul perasaan marah atau menurut hawa nafsu.


5.       Golongan kelima. Mereka ini ialah orang yang ketika hidupnya menitiskan air mata kerana takut kepada Allah swt . Darah mereka akan ditimbang disisi Allah swt bersama darah para syuhada dan tinta tulisan alim ulama.. Sesungguhnya darah mereka ini lebih berat timbangannya dan diperintahkan Allah swtuntuk masuk kesyurga . Mereka akan dipasangkan panji-panji pelbagai warna yang tertulis mereka adalah orang takut kepada Allah swt dan mereka ni dipimpin oleh Nabi Nuh menuju kesyurga.

6.       Golongan ke enam .. Mereka yang disoal ini ialah golongan orang fakir dan miskin yang taat perintah Allah ketika didunia..Allah mengalu-alukan golongan ini “ selamat datang wahai orang yang dunia ibarat penjara baginya” 

7.       Golongan yang ketujuh. Mereka ini ialah yang terdiri  daripada orang kaya dan dihisab oleh Allah swt selama lebih kurang 500 tahun jaraknya berbanding golongan keenam yang terdiri daripada fakir miskin tadi .. Baginda Rasulullah saw berkata golongan kaya juga turut memasuki syurga , tetapi mereka ini terlalu sedikit jumlahnya . mereka akan banyak disoal oleh Allah swt kerana kebanyakkan daripada golongan ini lupa daratan setelah memiliki harta yang banyak kecuali bagi mereka yang taat.

8.       Golongan yang kelapan.  Mereka ini ialah golongan pemimpin..Baginda rasulullah saw mengingatkan tidak akan ada  seorang pun pemimpin didunia ini terlepas melainkan akan ditahan diakhirat sehingga Allah swt melepaskannya kerana keadilan atau ditahan untuk dihumban ke neraka kerana kezaliman yang dilakukannya..Umar ra pernah berkata kepada Abu Zar al- Ghifari untuk menerangkan kepadanya sebuah hadis Rasulullah saw.. dan dia berkata Baginda bersabda “ Pada hari kiamat nanti pemimpin disuruh berjalan diatas titian neraka , ketika dia melalui titian itu tiba-tiba titian itu bergoyang dengan kuat maka semua yang ada diatas titian itu jatuh..hanya yang taat kepada Allah swt maka berlalulah dia dengan selamat tiba keseberang titian sirat, sedangkan mereka yang derhaka kepada Allah dia akan jatuh kedalam neraka selama 50 tahun ..

8 golongan tersebut ialah:-

1.       Golongan buta
2.       Golongan Manusia yang dihina dan diperlekeh masa didunia
3.       Golongan Orang muda yang taat
4.       Golongan Mereka yang berkasih sayang kerana Allah swt
5.       Golongan Mereka yang hidupnya menitiskan air mata kerana takut kepada Allah
6.       Golongan orang fakir dan miskin yang taat perintah Allah
7.       Golongan orang kaya dan dihisab oleh Allah selama 500 tahun
8.       Golongan pemimpin adil atau zalim

Ada tiga perkara yang menjadikan hati seorang mukmin tidak menjadi seorang pengkhianat

1.Ikhlas beramal karena Allah,
2.Memberikan nasihat yang baik kepada pemimpin kaum muslimin,
3.Senantiasa komitmen kepada jama’ah kaum Muslimin.
HR Bazzar, dari sahabat Abu Said Al Khudri dengan sanad hasan. Lihat Shahih Targhib Wat Tarhib 1/104-105, no. 4].

Orang yang ikhlas akan ditolong oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dari penyesatan iblis. ( Surah Shad. ayat 82-83).
Orang yang ikhlas akan ditambah petunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala.( Surah Al Kahfi :ayat  13 )
Orang yang berdzikir dengan ikhlas dan sesuai dengan Sunnah, maka ia akan diberi ketenangan hati (  surah Ar Ra’d :ayat 28 )

BEBERAPA FAKTOR YANG DAPAT MENDUKUNG IKHLAS

Ada beberapa faktor yang dapat mendukung seorang muslim, sehingga mampu melakukan ibadah dengan ikhlas kerana Allah, walau bagaimana pun ..ikhlas itu sangat sulit.

 Beberapa factor untuk mendapatkan tarap  ialah:

1. Belajar menuntut ilmu yang bermanfaat, iaitu mempelajari Al Qur`an dan As Sunnah menurut pemahaman Salafush Solih, kerana mereka berada di atas kebenaran.

2. Berteman dengan orang-orang solih. Ini termasuk faktor yang dapat mendorong keikhlasan. Berteman dengan orang-orang yang solih dapat memotivasi diri untuk mengikuti jejak dan tingkah laku mereka yang baik, mengambil pelajaran dan mencontohi akhlak mereka yang baik
Rasulullah saw memberikan perumpamaan tentang sahabat yang baik dan yang tidak baik dengan sabda Baginda saw, yang artinya:

( Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk, ialah seperti pembawa minyak wangi dan peniup tungku api (pandai besi). Pembawa minyak wangi boleh jadi akan memberimu,boleh jadi kamu akan membeli darinya. Dan kalau tidak, kamu akan mendapat bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku api (pandai besi), boleh jadi akan membakar pakaianmu, dan juga boleh jadi engkau mendapatkan bau yang tidak sedap darinya. ( Muttafaqun ‘alaihi, dari Abu Musa Al Asy’ari )

3. Membaca sirah (perjalanan hidup) orang-orang yang ikhlas. Di antara kurnia Allah, banyak kisah yang Allah sebutkan di dalam Al Qur`an dan diceritakan oleh Rasulullah  saw tentang orang-orang yang mukhlis. Semua itu agar menjadi tauladan dan contoh bagi orang-orang sesudahnya.

4. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu. Seseorang tidak akan dapat mencapai keikhlsan kalau tidak bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu, kecintaan kepada kedudukan dan pangkat, gila harta, sanjungan atau pujian, dengki, dendam, dan lain-lainnya akan menghindarkan diri dan hati dari mempunyai sifat ikhlas .
5. Berdo’a dan memohon pertolongan kepada Allah. Ini termasuk salah satu jalan yang boleh menguatkan dan membantu agar seseorang bersungguh-sungguh untuk ikhlas dalam ibadah.
Doa adalah senjata orang mukmin. Untuk dapat mewujudkan permintaan dan memenuhi keperluannya, manusia disyariatkan Allah agar berdoa. Di antara doa itu ialah :
Ya, Allah. Sesungguhya kami berlindung kepadaMu agar tidak menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui. Dan kami memohon ampun kepadaMu dari sesuatu yang kami tidak mengetahuinya.
( HSR Ahmad 4/403 dan sanadnya hasan. Hadits ini diriwayatkan juga oleh Imam lainnya )
Mudah-mudahan Allah menjadikan kita orang yang ikhlas, sehingga seluruh amal kita diterima sebagai simpanan yang bermanfaat kelak.

No comments:

Post a Comment