Saturday, December 24, 2016

BERSANDING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


BERSANDING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Sebelum perbincang lebih panjang elok kiranya kita menyatakan apakah maksud sebenar bersanding. Seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mukasurat 1385 bersanding ialah duduk bersebelah-sebelahan (berjajar,berdamping,spt pengantin di atas pelamin).

SEJARAH DAN ASAL USUL PERSANDINGAN
Sejarah persandingan pula tidak diterangkan secara jelas di dalam kitab-kitab sejarah. Sebahagian mengatakan bahawa persandingan ialah adat yang dilakukan oleh bangsa Melayu sejak zaman dahulu.Sebahagian lagi mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India.Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

HUKUM DAN PERBAHASAN
Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci.

PELAMIN
Berkenaan dengan pelamin yang mahal maka ianya tidaklah dituntut di dalam Islam. Walaupun kita kaya sekalipun maka tetap disarankan agar kita bersederhana di dalam berbelanja.Ramai yang menggunakan hujah bahawa pelamin sebegini perlu dilaksanakan sebagai kenang-kenangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Hujah-hujah sebegini tidaklah boleh diterima pakai kerana lebih menjurus kepada hawa nafsu. Hukum dan saranan Baginda sallallahu alaihi wasallam sepatutnya lebih kita turuti. Tetapi jika cuma disediakan tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan.

Antaranya ialah tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang ajnabi( yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini diraikan maka tiadalah masalah padanya. Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.

Sebelum kita membahaskan lebih panjang sebaiknya kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan membazir. Di dalam bahasa arab terdapat dua kalimah yang digunakan iaitu
1   al-Israf
2. al-Tabzir

Sebahagian ulama mengatakan bahawa kedua-dua kalimah ini maksudnya adalah sama. Al-Imam al-Jurjani rahimahullah mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat). Kata Guru kami yang mulia, Yusri Rushdi Al-Sayyed Jabr Al-Hasani di dalam satu kuliah beliau: “Contoh mudah bagi

1.       al-Israf ialah seperti kita memerlukan untuk seminggu kehidupan kita sebanyak sekilo daging,tetapi kita membeli sebanyak 2 kilo daging maka ini dinamakan Israf.
2.       al-Tabzir ialah kita mengeluarkan walau sedikit wang untuk membeli perkara yang diharamkan maka ianya dikira al-Tabzir.Seperti membeli sebatang rokok yang berharga 50 qurush(matawang mesir lebih kurang 30 sen Malaysia) maka ini dinamakan al-Tabzir” Kedua-dua perkara yang kita sebutkan ini adalah dicela dan tidak dituntut di dalam Islam. Jika berlebih-lebihan didalam perkara yang harus seperti contoh yang kita berikan tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.

BERTEPUNG TAWAR DAN MENABUR BERAS KUNYIT

Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya. Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM.

Sabda Baginda saw: Maksudnya:        Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim. Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan. Maka ini sangat-sangat dituntut di dalam Islam.

WANITA BERHIAS DAN TIDAK MENUTUP AURAT

Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah. Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan. Masalah aurat juga perlu dititik-beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir.Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:

Maksudnya: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya.
Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah taala supaya menutup aurat.

 ETIKA PEMAKAIAN
Antara syarat-syarat pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:
1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.
2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.       
3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat. Kebanyakkan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar.

Ketiga-tiga syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syarak. Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make-up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir wang menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang termasuk di dalam ayat Allah taala di dalam surah al-Ahzab ayat 33:
Maksudnya: Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.

WARNA PAKAIAN
Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat-syarat tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah(Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syarak bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat-syarat yang diletakkan oleh syarak di dalam etika berpakaian . Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan oleh saya sebelum ini. Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap-gelap agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap.

 KESIMPULAN
Setelah kita membahaskan hukum bersanding ini , saya mengharapkan sidang pembaca dapat memahami dengan sebaiknya tentang perkara ini. Hukum asalnya adalah harus.Cuma perkara-perkara yang berlaku disebaliknya yang menyebabkan ianya menjadi haram seperti bertepung tawar, jampi serapah, percampuran bebas wanita dan lelaki, membuka aurat dan pembaziran. Jika kesemua perkara ini dapat kita elakkan maka tiadalah masalah bagi kita meraikan adat tersebut.Jika perkara yang kita sebutkan ini tidak dapat diraikan maka hukumnya tetap menjadi haram. Wallahu a’lam. Rujukan:

3 KEADAAN MANUSIA DI ATAS DUNIA

Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai tempat beramal dan menjadikan akhirat sebagai tempat pembalasan.

Dan Allah SWT telah mengingatkan manusia untuk tidak tertipu dengan dunia ini sehingga melalaikannya dari kehidupan di akhirat. Karena sesungguhnya dunia ini hanya tempat sementara dan akhirat adalah tempat yang dituju. kalaupun kita tidak berjalan menuju Allah SWT dengan amalan sholeh untuk akhirat, sesungguhnya akhirat itu akan tetap berjalan menuju kita, tanpa kita sedari.

Ketika penghujung hidup di dunia itu telah tiba akan kah kita termasuk golongan orang-orang yang berkata, seperti yang disebutkan dalam Al-Quran Surat Al-Munafiqun ayat 10:

Ertinya:
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (QS. Al Munafiqun: 10).

Syaikh sholeh Fauzan dalam kitab  Beliau berkata: Di dunia ini manusia senantiasa berada di antara tiga keadaan:
1. Kedaan pertama, kenikmatan yang Allah SWT anugerahkan kepadanya. Pada keadaan ini manusia wajib untuk bersyukur terhadap . Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Ibrahim ayat 7:

Ertinya:
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS. 'Ibrahim : 7).

Tidak sempurna syukur itu kecuali dengan tiga rukun iaitu:

A. mengakui kenikmatan ini dengan hatinya.
B. menyebutkan nikmat itu dengan lisannya.
C. menggunakan nikmat itu dalam ketaatan kepada Allah SWT yang menganugerahkannya.
    Dan tidaklah kenikmatan itu akan kekal kecuali dengan syukur, hukama berkata :
    Ertinya:“Nikmat itu jika disyukuri maka akan kekal dan jika diingkari maka akan pergi.”
2. Ujian dan cobaan yang datang dari Allah SWT. Keadaan seperti ini manusia memerlukan kesabaran.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 155:

Ertinya:
Dan sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:   (QS. Al-Baqarah : 155).

Allah SWT tidak memberi cobaan kepada hamba-Nya melainkan untuk menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya. Jika hamba ini bersabar, maka musibah menjadi anugerah dan petaka berbuah pahala.

Allah SWT berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 10:

Ertinya  ;-
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

3. Manusia yang tengah bergelut melawan hawa nafsu dan syaitan. Syaitan adalah musuh terbesar manusia di dunia. Dalam keadaan seperti ini, wajib untuk berjuang dalam memerangi nafsu syaitan tersebut.

 Allah SWT Berfirman didalam Qur'an surah Al-Fathir ayat 6 :

Ertinya:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala". (QS. Al-Fathir : 6)

Syaitan akan masuk ke dalam hati seorang hamba ketika dia lalai dari mengingati Allah SWT dan mengikut hawa nafsunya. Namun Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat untuk kembali kepada-Nya.

Jika Allah SWT menginginkan kebaikan bagi hamba-Nya, akan dibukakan pintu taubat tersebut baginya, penyesalan dan pertolongan-Nya. Kemudian Allah SWT akan perlihatkan pada hamba aib dirinya. Hal ini akan membawa hamba tersebut merasa malu dan hina dihadapan Allah SWT.

Allah SWT juga memperlihatkan pada hamba-Nya akan luas keutamaan-Nya, rahmat-Nya dan kebaikan-Nya. Hal ini akan membawa hamba mencintai Allah SWT dan berhasrat meraih apa-apa yang ada di sisi Allah SWT.   Jadilah hamba berjalan menuju Allah dengan (harap) dan (takut). Maka dia akan menjadi seorang hamba yang terbaik.   

 Allah SWT berfirman dalam surah as-Sajdah ayat 16:

Ertinya:
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.        (QS. As Sajdah: 16).

Wahai saudaraku.di mana kedudukan kita sebagai hamba Allah SWT di atas muka bumi Allah SWT.
Ya Allah jadikan kami hamba-Mu yang beriman dan beramal sholeh. Terimalah amal ibadat kami, ampunilah dos).

SIAPAKAH ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUPNYA
Hadis Rasulullah saw.
Ada pun sebaik2 manusia menurut pandangan Islam ialah mereka yang panjang umurnya serta baik perbuatannya dan amalannya , manakala sejahat2 manusia
( umat ku ) ialah orang yang lanjut usianya tetapi kekal dalam amalan mungkarnya

Apakah ciri2 pembenaan keluarga bahagia. ?
Antaranya ialah:-
  1. Ahli nya perlu berpendidikan Islam, berjiwa teguh , tenang dan damai
  2. Suasana rumah tangga sentiasa riang dan penuh dengan kegembiraan
  3. Rumah tangga sentiasa bersih dan selesa
  4. Rumah tangga sentiasa terpelihara daripada  perkara haram dan syubahat..
  5. Ahlinya suka bersolat berjamaah
  6. Bersih hati , panca indera , anggota badan dan dijauhi sifat2 berlebih2an ketika bersolek
  7. Memuliakan dan menghormati serta memandang tinggi akan nilai2 keperibadian  muslim lainnya
  8. Anggota keluarga memiliki persefahaman dan kebijaksanaan dalam mentadbir serta menguruskan rumah tangga
  9. Memilih bakal calon ( menantu ) berasaskan Islam
  10. Rumah tangga sentiasa kearah kebaikan dan kesejahteraan
  11. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumah tangga
Firman Allah swt dalam surah  Ar-Ra’du ayat 11

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu , melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya..

Ciri2 membena rumahtangga sempurna..
  1. Mempunyai ilmu
  2. Rajin bekerja dan berusaha,tidak putus asa
  3. Bersyukur apa yang diterima, tidak mengeloh.
  4. Sentiasa berdoa kepada Allah
  5. Redha dan bertawakal
 Siapakah org yg dlm keuntungan. ..

Bagaimana sifat2 org yg dalam keuntungan sepanjang hidupnya..
ia adalah seperti berikut..
1. Org yg beriman dengan berikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa
semua ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw ada lah benar..
2. Selain beriman ia juga akan mengerjakan apa yg di imankan dan membuat
kebajikan keada umur serta menyeru kepada kebaikkan..
3. Dia juga sentiasa berpesan2 dengan kebenaran berpegang kepada Al-Quran
dan sunnah Rasul..
4. Berpesan-pesan dengan sabar pada dirinya dan org lain..

Panduan urus masa mengikut syariat Islam
Bijak pandai ada mengatakan masa itu emas.. oleh itu jaga lah masa dan tepati lah masa ketika mengurus jadual kehidupan ..  sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nas.. ayat 1..
Makhumnya :  Demi  masa .. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali org2 yg beriman

Nabi Ibrahim as pun menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya 
seperti:
1.       Waktu untuk bermunajat ( zikir ) kepada Allah
2.       Waktu untuk bermuhasabah diri
3.       Waktu untuk berfikir mengenal ciptaan Allah
4.       Waktu untuk keperluan hidupnya seperti , bekerja , makandan minum dan sebagainya..

Oleh itu kita perlu membuat perancangan dengan teliti.
1.       Perlu menepati masa
2.       Jangan membazirkan masa.. sebab orang yg benar2 menghargai  masa ia sentiasa memenuhi masa hidupnya dengan melakukan perkara2 yang berfaedah saja..
3.       Mengambil iktibar dari masa lalu
4.       Kerana Martabat manusia dinilai dengan masa

Hadis Nabi Muhammad saw.. artinya ..
Sebaik2 manusia adalah yang panjang umurnya dengan baik pula pekerjaannya ( tingkah lakunya ) manakala sejahat2 manusia pula ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya..

Ketika dipasar  basrah Ibrahim b Adham ahli supi telah disoal sapa sekumpulan pemuda ..
Soalannya.. Ya Alim..Mengapakah  doa kami tidak dimakbulkan..oleh Allah swt..

Ibrahim b Adham ahli supi menjawab ..

 Kerana kamu buta daripada 10 perkara..
1        1.  Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak nya
2         2  Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah saw  tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
3         3.  Kamu membaca al_quran tetapi kamu tidak beramal dengan nya
4     4.  Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya
5       5. Kamu kata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
       6.  Kamu kata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
7         7. Kamu berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya
8      8.  Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya
       9.  Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia  tetapi kamu lupakan keaiban kamu       sendiri
1      10. Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.






No comments:

Post a Comment