Saturday, December 24, 2016

ADILA 18.16.15 DAN 14


Kepada… Penerbit Aku Dia dan Lagu  ( ADILA ) 18
Klasik  Nasional. Aras 2. Selatan .
Wisma Radio.. Angkasa Puri  Kuala Lumpur                                                       tarikh.. 21.11.201

Pilihan lagu.
1..Expres Rakyat.. Nyanyian…… Kumpulan Kembara
2.  Guru Cantik.. Nyanyian ……..A.Ramlee
3...Terpisah akhirnya  …. …..Nyanyian .. A Ramlee

Disuatu pagi ketika cuaca hujan renyai aku duduk minum pagi sambil dengar radio klasik nasional .. sambil belek helaian surat khbar tiba tiba alunan lagu 80an
Nyanyian penyanyi pujaan ramai berkumandang terbayang dalam benak fikiran  apa tidaknya
Lagu expres rakyat mengimbau kenangan aku masa menaiki kereta api menghala keselatan bagi menghadiri satu mesyuarat jabatan tempat aku bekerja..

Ketika itu jam baru pukul 12.30 malam aku  dah tercegat di stesyen kerata api Gemas.. pada hal
Trans ke Johor Baru  jam 1.00 pagi ..
Dalam perjalanan aku  mula runsing memikirkan  bagaimana aku hendak sampai  ketempat yang diarahkan  sebab sekali belum dua kali pun belum.. aku keBandar JB. Dari satu stesyen kesatu stesyen kereta api berhenti menurunkan  dan menaikkan penumpang . jam ditangan menunjukkan  baru pukul 5.00 pagi..kereta api baru sampai stesyen Kluang  uhhh masih jauh lagi  Bandar JB..aku tersandar  keletihan tanpa sedar aku terlelap..tiba tiba aku tersadar tahu tahu kereta api dah berhenti.. cuaca masa itu masih gelap dan  semua penumpang turun aku terpinga pinga kebingungan dimana dan apakah tempat ini..mungkin kah ini JB..ye aku tanya kepada salah seorang penumpang yang menyatakan ini stesyen kereta api JB.. dan kalau awak tak turun nanti kereta api ini akan jalan masok Singapore.. tersentap hati bila menerima jawapan tersebut  mana lah tak terkejut jika aku tak turun wah aku akan ke Singapore bertambah cemas aku dibuatnya sebab kalau masok kesingapore mana aku ada pas  masok.. maka cepat cepat aku turun  mencari tempat solat .. sebab waktu subuh hampir habis..

1.  lagu ...Expres Rakyat .. Nyanyian Kumpulan Kembara

Selesai solat aku pun melangkah keluar dari surau menuju keperhentian texi.. aduhh cari punya cari tak jumpa pulak stesyen texi.. aduhh hari makin siang .. minum pagi pun belum masa mesyuarat jam 9.00 pagi bertempat  di Wisma Peesekutuan .. tempat nya pun aku tak tahu..
Aduhh makin lah hati ku cemas sebab cari texi semua tak mahu hantar .. kata pemandu texi tu tempat yang dituju itu dia tak lalu situ .. dan dia cakap lagi ala bangunan tu tak jauh pun
maka aku terpaksa menapak jalan kaki mencari tempat tersebut..
Alhamdulillah tempat yang aku cari dah jumpa memang tak jauh pun .. kira kira 15 minit berjalan kaki dari stesyen kereta api JB ..jam ditangan menunjukkan pukul 8.30 pagi masih awal tarikh mesyuarat . maka aku pun mencari kantin untuk minum pagi..ketika aku sedang menikmati minuman tiba tiba aku disapa seorang perempuan yang tak ku kenali cantik dan manis orangnya.. dia menyapa.. ni nak datang mesyuarat ikhtifal Bina Insan KEMAS peringkat kebangsaan bahagian berzanji dan marhaban  ke?
Terkedu aku dibuatnya macam dia tahu pula yang aku datang keBangunan Wisma Persekutuan untuk menghadiri satu mesyuarat.. dalam hati macam mana pula dia boleh tahu ni..
Ooo mungkin dia terpandang tanda nama yang aku pakai kut bisik hati ku..

Ya  jawab ku ringkas.. ok tuan nanti kita jumpa disana ya sambil dia berlalu pergi menuju ke pintu lif . dan belum sempat aku bertanya tingkat berapa tempat mesyuarat dia dah hilang dari pandangan mata..

2. Lagu ....Guru cantik    Nyanyian   A. Ramlee

Benar apa yang dia kata tadi .. memang dia turut sama dalam mesyuarat tersebut.. dan menjadi setiausaha jawatankuasa pelaksana .. habis mesyuarat kami pun bersembang sekejab kerana ingin tahu syarat syarat pertandingan ..  dengan lemah lembut dia menjelaskan secara terperinci akan syarat pertandingan .. dalam hati kecil ku berkata kata.. boleh tahan juga lawa dan manis dia ni ..
kenaapa lah aku lambat jumpa dengan dia .. kalau awal awal jumpa kan leh juga aku meliki dia sebangai suri rumah .. eh merepek je lah angan angan ko adi  .lantas .bisik hati .. lbih kurang 15 minit bersembang aku pun minta izin untuk balik kegemas.. dan tidak semena mena dia menghulurkan sebuah kitab berzanji untuk aku  katanya untuk panduan rawi mana yang diundi untuk kontinjen Negeri Sembilan .. terima kasih banyak banyak ucapku kepadanya ..
sejak pertemuan itu hinggalah sampai majlis ikhtifal berlansung kami macam ditakdirkan ditemukan dan macam ada satu tarikan dalam hati .. tapi apa boleh buat bukan jodoh..kita berpisah jauh  aku di negeri Sembilan dia di Johor  Baharu .. dia dengan keluarga dia dan aku dengan keluarga aku.. hinggalah aku bersara dari KEMAS.. yang menghairankan dengan tidak disangka sangka dia dan aku telah sama sama  menjadi sahabat FB klasik Nasioanl .. dan itu lah takdir cinta tak kesampaian  walau pun ada pertemuan tapi jodoh tiada maka berpisah jua akhirnya  ia tetap dalam kenangan
3. Lagu..  ..Terpisah  akhirnya   Nyanyian  A.Ramlee

 Dari
ADI PUTRA  SALIM  ON
19. Felda Jelai 1. 73480.

Gemas.  N,Sembilan 

Kepada… Penerbit Aku Dia dan Lagu   ADILA 16
Radio Klasik   Aras 2. Selatan .
Wisma Radio.. Angkasa Puri  Kuala Lumpur                                                       tarikh.. 6.3.2016

Pilihan lagu.
1.. Azizah.. Nyanyian Dato’Ahmad jais
2.  Wajah Kesayangan Hamba.. Nyanyian …Hail Amir
3...Seri Dewi Malam  …. Nyanyian . Dato’ Sharifah Aini


Sejak dikau bawa aku melihat jalan mati
Yang berpagar besi dan ada sekeping papan terbiar
Kau ajar aku ..menulis nama mu dengan hati hingga dapatku sentuh sejuknya embun pagi  yang turun dipohon..tapi semua nya itu bohong
Juga kau ajar aku tulis lagi nama mu ketika berlari dalam sepi yg bergelut dengan duka...aku jadi keliru.. menerjah jiwa..
Dan sejak kau bawa aku... melihat jari2 patah.. kuku berdarah.. dan sebentuk cincin yg merah dihujungnya  aku jadi hiba..
Dan kau ajar ku tulis lagi nama mu dengan dedaun hingga menjelma pepohon kasih.. yg mengakari hati ,,,,tetapi mencanda sepi diakhiri.. dan sejak kau bawa daku lagi ... melihat ranting2 patah... bunga2 musnah.. dan rerama menangis disisinya.. . kau ajar aku menulis nama mu lagi .. dengan embun titisan wahyu membawa wangi salju...maka terjadilah syahdu dikalbu .

1.      Lagu.  Azizah  Nyanyian.. Dato Ahmad jais

Puas sudah aku berkelana diatas bumi bertuah ini.. Hujan ribut, panas dan  kemarau telah ku lalui dan rasai... Hanya hari ini dapat ku renung wajah mu ..... dapat ku rasai betapa ... dalam telaga mata mu Ada sesuatu rahsia yang baru aku mengertinya.. Barangkali engkau sendiri susah utk meyakinkan Betapa aku saja mengerti akan rahsia mata mu..
Biarlah aku katakana.. bahawa aku melihat kamu seperti aku ini  sorg musyafir.. yg berkelana melihat sekuntum mawar nan kembang mekar.. dan  Engkau bagi ku adalah satu simbul ketenangan jiwa dan kau jua merupakan satu restu utk menghapuskan kegelisahan antara jiwa manusia dengan manusia

2.       Lagu..  Wajah Kesayangan.. Nyanyian.. Hail Amir
Isteriku…Usiamu kini telah bertambah begitu pula akan pengalaman hidup mu
dan begitu juga akan amal yang telah engkau perbuat dan lakukan
sebuah keharusan untuk kita bersyukur dan mengharapkan akan lebih baik kehadapannya
nikmat hidup, nikmat sihat adalah sebuah anugerah pengalaman hidup bersama kita jadikanlah modal bahawa kita bisa lebih baik lagi dan bisa lebih bersyukur lagi...

Anggap saja masalah adalah sebuah tangga dan liku2 kehidupan
yang menguji kita dalam mengertikan kesabaran
yang menyatakan bahawa kita sanggup mengatasi nya Insaallah  kita akan Berjaya..

Ukirlah harimu dengan penuh warna warni amal kebaikan
sambutlah setiap saat akan waktumu dengan penuh optimisme
sandarkanlah semuanya pada sebuah nilai ibadah
lakukanlah pekerjaan mu dengan penuh keikhlasan

aku akan bersama mu sayang…kegunung akan ku daki
kelurah akan ku turuni dan kelaut akan ku renangi..
insya Allah dan seterusnya.. selamanya.....
    3. Lagu  Seri Dewi Malam .. Nyanyian Dato’ Sharifah Aini

Daripada
Haji Isma bin Saliman @ Adi Putra Salim On
No 19 Felda Jelai 1. 73480. Gemas. N.Sembilan

Kepada… Penerbit Aku Dia dan Lagu  ADILA 15
Radio Klasik   Aras 2. Selatan .
Wisma Radio.. Angkasa Puri  Kuala Lumpur                                                       tarikh.. 12.2.2016

Pilihan lagu.
1..Kenangan Mengusik jiwa.. Nyanyian  A. Ramle
2. Hujan Ditengah Hari .. Nyanyian  Tan Sri P. Ramli
3...Aku anak kampong  …. Nyanyian ..penyanyi dari sabah

Dahulu semasa kecil.aku adalah anak kampungan yang hidup serba kekurangan tinggal jauh di pedalaman .. anak -anak kampung yang lain tidak suka berkawan dengan aku  kerana kehidupan ku daripada  keluarga orang miskin .. hidup serba kekurangan
Ayah ibu ku  sekadar kerja kampong memang kehidupan ku agak susah namun aku sebagai anak perlu tabah dan aku  tak pernah sombong  malangnya masyarakat setempat memandang serong terhadap ku .. ye lah orang miskin  .. sedih sungguh hati ku  ketika itu . tapi apakan daya  masa sudah menentukan jadi begitu.. aku pergi sekolah pun berkaki ayam
bejalan kaki agak jauh juga lebih kurang 4 km jauhnya dari rumahku yg  terletak dihujung kampong dengan berbekalkan nasi sejuk berlaukkan ikan masin sayur pucuk ubi gulai lemak
itu lah menu setiap hari bagi ku  .. itu sudah cukup menyelerakan buat aku .
Dalam meniti kehidupan yang serba kekurangan  tiba tiba ayah ku jatuh sakit dan meninggal dunia maka segala tanggung jawab terpikul diatas bahu ku  ini disebabkan aku  adalah anak sulung dari dua orang adik beradik ..dalam mencari sesuap nasi aku kuat kan tekat untuk bekerja.. dengan upah 20 sen satu jam .. bayangkan sehari aku bekerja  selama 8 jam dikali dengan 20 sen lebih kurang RM1.60sen sehari  dalam sebulan hanya 20 hari aku bekerja itu pun kalau tidak hujan  .. kalau hujan maka cuti lah aku .. keadaan tersebut menjangka  hingga umur ku  mencapai 17 tahun..maka dengan itu aku terpaksa mencari pekerjaanyang  lebih baik  untuk menyara diri dan keluarga sebagai  pengganti ayah..

  1.  Lagu . Kenangan Mengusik Jiwa Nyanyian  A Ramle

Masyarakat kampong  memang memandang serong terhadap ku  . dalam hati aku terfikir hina sangat kah aku ini.. Itu lah persoalan yang timbul dalam benak hati.   Namun aku tetap tabah dan bertekat bahawa aku mesti tunjukkan pada masyarakat kampong bahawa aku lebih baik dari mereka.. tapi bagaimana  sedangkan aku  tidak bersekolah tinggi  ..Tapi aku cuba bertekat untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.. aku cuba mohon kerja disebuah kilang  .. permohonan ku berjaya  maka bermulalah penghidupan era baru..selang setahun nasib tak menyebelahi aku bahawa kilang tempat aku bekerja  diarah tutup dan berpindah  kenegeri lain .bermulalah kehidupan ku  balik seperti asal .. kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. menjadi buruh kontrek diladang milih orang putih  pendapatan cukup untuk makan pakai sahaja untuk menyimpan masa tua tidak mungkin ..
Aku  mula runsing memikirkan  bagaimana masa depan ku nanti.. kalau aku dipermukan jodoh..  bagaiman hendak menampung perbelanjaan keluarga,
Diawal 1975.. aku mengambil keputusan  untuk memohon kerja sebagai penoreh getah yang ada pendapatan tetap  diladang milik Guthre bersama rakan yang lain  secara kebetulan pengurusan ladang memang memerlukan ramai buruh ladang sebagai penoreh getah   alhamdulillah permohonan ku berjaya maka  bermulalah era penghidupan  baru ku sebagai seorang penoreh.. dan hampir 5 tahun aku bekerja diladang milik Guthre  banyak peristiwa  suka duka ku alami. 1976 aku bertemu jodoh .tapi  kata orang langit itu tidak selalunya cerah.  pada awal tahun 1979 ladang tempat  aku bekerja perlu ditanam semula kerana pokok getah telah tua  penebangan pokok getah perlu dilakukan  ..Maka bermulalah  pendapatan kehidupan ku terjejas..dalam hati ku terfikir bagaimanakah dan mampukah aku  menampung perbelanjaan makan minum keluarga  isteri dan anak2 ku  

  1. Lagu .. Hujan Ditengah hari . Nyanyian .. Tan Sri  P. Ramli

Dan sedang aku tercari2 sesuatu , aku diberitahu bahawa Felda memerlukan ramai peneroka dan aku cuba memohon dan alhamdulillah permohonan ku berjaya  pada 1979 penghujung tahun aku melangkah kaki ke tanah rancangan Felda dengan berbekalkan azam dan tekat untuk membina penghidupan baru..banyak ranjau dan duri aku tempuhi dalam kehidupan sebagai peneroka..suka duka susah senang ku alami  sehingga dalam tahun 2001 ladang ku terpaksa ditanam semula..maka kembalilah aku seperti dulu masa mula mula masok felda ..tak ada  pendapatan tetap, bantuan sara hidup  tiada..ada tak ada duit jualan kayu getah lah  punca pendapatan untuk  sara hidup itu pun tak seberapa .. bak kata orang.. bukit kalau dicangkul lama lama ia rata.. begitu juga wang yang disimpan  hari hari dikeluarkan lama lama akan habis..sedang aku duduk termenung sambil membelek belek surat khabar diwarong sebelah rumah aku  terbaca satu iklan perdana bahawa  ada beberapa kekosongan jawatan disalah sebuah jabatan kerajaan dan aku cuba memohon jawatan tersebut . dengan izin Allah setelah ditemu duga aku berjaya dan diterima menjawat jawatan tersebut sebagai seorang pemaju masyarakat bina Insan .  untuk membimbing masyarakat setempat dalam bab agama. pada mulanya aku agak keberatan untuk menerima jawatan tersebut .. dalam hati ku  boleh kah aku menjawat jawatan tersebut..kerana sebagai seorang ustad banyak cabaran perlu ditempuh lebih lebih lagi  untuk berhadapan dengan masyarakat kampong yang berbagai lapisan pendidikan tapi  kalau dah ketentuan qada dan qadar dah tertulis kat louh mahfus  memang tak boleh mengelak dan  aku terima jawatan tersebut dengan penuh azam  yang aku boleh.. dan diawal tahun 2002.. aku pun dihantar berkursus  di salah sebuah Institiut Latihan KEMAS ( ILK ) diKuantan Pahang.bagi meningkatkan lagi kefahaman dalam bidang pengajaran agama...diringkaskan cerita  dalam kerjaya itu  selama 10 tahun dan sekembalinya aku dari menunaikan ibadah  umrah.. dua kali aku dipilih sebagai kaki/tangan cemerlang dijabatan tersebut..syukur.. paqda Ilahi.  Dan .  

Kini aku sudah pun bersara dan telah mempunyai 3 orang cucu yang comel comel ( 2 orang perempuan dan 1 orang lelaki ) Anak anak pun semuanya  telah berjaya ke menara gading syukur
Alhamdulillah .. Oleh itu janganlah kalian malu menjadi anak kampungan.. janganlah  jadikan kemiskinan itu satu kegagalan  Kegagahan seorang itu  bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan iman dan cita cita. Sesuatu kegagalan yang kita tempuh bukan berarti kita kalah..  akan tetapi bangunlah.. lawan lah ..berjuanglah.. pasti satu hari nanti kita akan berjaya..dan jangan malu jadi anak kampungan..
    3.  Lagu..  Aku  anak kampong .. Nyanyian Penyanyi dari sabah
 Dari
HAJI ISMA BIN SALIMAN @ ADI PUTRA  SALIM  ON
19. Felda Jelai 1. 73480. Gemas.  N,Sembilan 

Kepada… Penerbit Aku Dia dan Lagu  ADILA 14
Radio Klasik   Aras 2. Selatan .
Wisma Radio.. Angkasa Puri  Kuala Lumpur                                                       tarikh.. 6.7.2015

Pilihan lagu.
1.. Seruling anak gembala .. Nyanyian Dato’Jeffri Din
2.  Keagungan Tuhan .. Nyanyian …D’Lloyd
3...Aku yang dulu bukan aku yang sekarang…. Nyanyian .. Tegar

Dahulu semasa kecil.aku adalah anak kampungan yang hidup serba kekurangan tinggal jauh di pedalaman .. anak -anak kampung yang lain tidak suka berkawan dengan aku  kerana kehidupan ku daripada  keluarga orang miskin .. hidup serba kekurangan
Ayah ibu ku  sekadar kerja kampong memang kehidupan ku agak susah namun aku sebagai anak perlu tabah dan aku  tak pernah sombong  malangnya budak2 lain tidak mahu berteman kan aku
bila bertemu mereka mengejek.. mereka menjerit . sambil berteriak  anak orang miskin ,anak orang miskin  jangan berkawan dengan dia.. sedih sungguh hati ku  ketika itu . tapi apakan daya  masa sudah menentukan jadi begitu.. aku pergi sekolah pun berkaki ayam
bejalan kaki agak jauh juga lebih kurang 4 km jauhnya dari rumahku yg  terletak dihujung kampong dengan berbekalkan nasi sejuk berlaukkan ikan masin sayur pucuk ubi gulai lemak
itu lah menu setiap hari bagi ku  .. itu sudah cukup menyelerakan buat aku .


Dalam meniti kehidupan yang serba kekurangan  tiba tiba ayah ku jatuh sakit dan meninggal dunia maka segala tanggung jawab terpikul diatas bahu ku  ini disebabkan aku  adalah anak sulung dari dua orang adik beradik .. hinggalah umur ku  mencapai 17 tahun aku terlaksa mencari pekerjaan  untuk menyara diri dan keluarga sebagai  pengganti ayah

  1.  lagu . Seruling anak gembala.. Nyanyian Dato’ Jeffri Din

Masyarakat kampong  memang memandang serong terhadap ku  bila berjalan di kampung
mereka memalingkan muka.. dalam hati dia berfikir hina sangat kah aku ini
Itu lah persoalan yang timbul dalam benak hati.   Namun aku tetap tabah dan bertekat bahawa aku mesti tunjukkan pada masyarakat kampong bahawa aku lebih baik dari mereka tapi bagaimana  sedangkan aku  tidak bersekolah tinggi  hanya sekadar  tamat tingkatan 3  sekolah menengah rendah sahaja.. ..Tapi aku tetap bertekat untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih mulia .. aku cuba mohon kerja disebuah kilang  .. permohonan ku berjaya  maka bermulalah penghidupan era baru..selang beberapa tahun aku ditakdirkan  bertemu jodoh dengan seorang gadis . namun kehidupan ku seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang ..cukup cukup makan pakai sahaja untuk menyimpan masa tua tidak mungkin

Aku  mula runsing memikirkan  bagaimana jika anak2 ku membesar nanti  bagaiman hendak menampung perbelanjaan persekolahannya , maka aku mengambil keputusan  berhenti kerja dan   memohon memasuki felda.. kebetulan  pada masa itu pihak felda memang memerlukan ramai peneroka untuk mengisi kekosongan ditanah rancangannya ..permohonan ku berjaya maka  berhijrah lah aku kesatu penempatan felda yang  jauh dihujung negeri
Alhamdulillah dalam kerjaya  ku sebagai seorang peneroka, aku telah terpilih menjadi seorang peneroka terbaik diatas usaha yang  begitu gigih dan  aku juga telah terpilih sebagai seorang pemimpin masyarakat  dalam rancangan tersebut oleh pihak felda

Kata orang langit itu tidak selalunya cerah.pada tahun  2001 ladang yang aku miliki perlu ditanam semula kerana dirian pokok getah telah tua  dan bermulalah penebangan pokok getah tersebut..Maka hasil pendapatan ku mula terjejas..dalam hati terfikir bagaimanakah dan mampukah aku  menampung perbelanjaan makan minum serta wang persekolahan anak2 ku yang rata2 masih bersekolah dan menuntut diUniversiti

Dan sedang aku tercari2 sesuatu , aku terbaca satu iklan disebuah khabar harian perdana bahawa  ada beberapa kekosongan jawatan disalah sebuah jabatan kerajaan dan aku cuba memohon jawatan tersebut . dengan izin Allah  permohonan ku telah Berjaya dan setelah ditemu duga aku diterima dan  ditempatkan disatu kawasan DUN tidak jauh dari  tempat aku  menetap  Jawatan tersebut ialah sebagai seorang ustad.  untuk membimbing masyarakat setempat dalam bab agama..mula2 aku agak keberatan untuk menerima jawatan tersebut .. dalam hati ku  boleh kah aku menjawat jawatan tersebut.. ialah bak kata orang tua2 .. kalau dah jodoh tak kemana  dah ketentuan qada dan qadar ..dah tertulis kat louh mahfus kata orang kampong..  ditahun 2002 aku telah dihantar berkursus  di salah sebuah Institiut Latihan KEMAS ( ILK )          diKuantan Pahang.bagi meningkatkan lagi kefahaman dalam bidang pengajaran agama...diringkas cerita  dalam kerjaya ku selama 10 tahun sekembalinya dari menunaikan umrah.. dua kali aku dipilih sebagai kaki/tangan cemerlang dijabatan tersebut..

  1. Lagu .. Keagungan Tuhan .. Nyanyian D’Lloyd

Kini aku sudah punya 3 orang cucu yang comel ccomel ( 2 orang perempuan dan 1 orang lelaki )
dari  7  orang anak.. semuanya  telah berjaya ke menara gading
salah seorang anak ku telah melanjutkan pelajaran keUniversiti diluar Negara
dan  kembali nanti sebagai seorang pensyarah diUniversiti termuka ditanah air..
malu kah kalian menjadi anak kampungan.. malukah kita sebagai orang kampung
dan malukah kita sebagai anak orang miskin dicemuh dan dihina dimasa lalu …
Kegigihan seorang itu  bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Dan cita cita Ciri-ciri InsanYang Gagah Adalah:
1. Kita  yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Kita yang tidak takut pada kemiskinan
3. Kita  yang tabah menanggung rindu setelah ditinggalkan
4. Kita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan Kegigihan  seseorang insan itu  berdiri atas teguhnya iman. Sesuatu kegagahan yang ada pada kita  bukan berarti kita kalah Bangunlah.. lawan lah ..berjuanglah.. pasti satu hari nanti kita akan berjaya.. jangan malu jadi anak kampungan..
    3.  Lagu..  Aku  yang dulu bukan aku yang sekarang .. Nyanyian Tegar
 Dari
ADI PUTRA  SALIM  ON
19. Felda Jelai 1. 73480.
Gemas.  N,Sembilan 

No comments:

Post a Comment