Monday, February 16, 2015

JIRAN HARMONI KITA BAHAGIA MASYARAKAT SEJAHTERA




JIRAN HARMONI KITA BAHAGIA MASYARAKAT SEJAHTERA

Kehidupan ini  ada lah ibadah dan juga  fitrah manusia..
Dalam mengharungi kehidupan kita tidak boleh bersaorangn ia perlu berteman  dan berkeluarga.

Hadis Nabi yang di riwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Hibban..
Sabdanya. “ Berkahwin dan beranak pinaklah kamu sebanyak mungkin, sesungguhnya aku amat  bermegah dengan keramaian kamu sebagai umat dihari kiamat nanti”

Tunggak kebahagiaan rumahtangga itu hendaklah berdasarkan suami isteri yang beriman dan beramal solehserta  mendapat jiran yang harmoni Dan apabila adanya  jiran yang baik yang harmoni sesame tetangga maka  Allah janjikan bahawa mereka akan diberi kan beberapa perkara..
1.      Kehidupan yang bahagia didunia dan akhirat
2.      Rezki yang luas
3.      Dan dipenuhi dengan limpahan rahmat kasih sayang Nya..


Firman Allah swt dalam surah al- Maidah ayat 2.
Mafhumnya.. “ Dan tolong menolonglah  kamu diatas perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangan lah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan “

Konsep kejiranan dalam Islam ..
Perlu semaikan semangat toleransi sesama manusia dengan berdasarkan 4 perkara..
1.      Rasa kasih saying
2.      Saling memaafkan dan mempercayai
3.      Keunggulan beribadi dan sikap
4.      Kekuatan Iman

Dan apabila semangat toleransi ini telah ada dalam diri  maka ia akan terhindar dari perkara perkara :
1.      Dengki
2.      Prasangka buruk
3.      Menfitnah antara satu sama lain


Hadis nabi Muhammad saw. Sabdanya.. “ Berbuat baik lah dalam berjiran denganjiranmu , dengan demikian engkau dapat disebut seorang muslim ..  Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim .. Tidak halal  ( haram ) bagi seseorang muslim  memutuskan ( tidak bertegur sapa ) dengan saudaranya lebih daripada  tiga hari..  . ( Riwayat Ahmad  dan Muslim )
                                                           
Tentang adab dengan jiran itu Islam menetapkan tiga jenis hak untuk dipenuhi iaitun
  • Hak untuk orang muslim yang ada hubungan kekeluargaan
  • Hak untuk orang muslim.
  • Hak untuk orang musyrik kafir.
Dengan kata lain, ketiga-tiga jenis tuntutan dalam berjiran ini melibatkan hak pertalian keluarga, hak Islam dan. hak bertetangga.. Umumnya, seseorang ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangga. Antaranya:-
  • Sama-sama menanggung penderitaan jiran (bersimpati dan membantu kesusahannya).
  • Menghindarkan diri daripada menyakiti hati jiran
  • Melindungi jiran daripada kezaliman orang lain.
  • Memaafkan kesalahan jiran yang tidak disengajakan atau yang disengajakan.
Sebagai individu, kita  mempunyai peranan dalam melakukan perkara-perkara berikut:-
  • Mengucapkan salam ketika bertemu.
  • Menjenguk atau menziarah mereka kita sakit/kematian.
  • Mendoakan
  • Menolong ketika jiran atau sahabat yang berada dalam kesempitan/kesusahan.
  • Memenuhi undangan apabila dijemput ( selagi tidak terdapat acara maksiat ).
  • Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan.

“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal
  yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda
  daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang
  tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(  hadis sahih riwayat Ibn Hibban )
Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya :

1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah.
Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”                                (hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)
2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan  Allah berfirman وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى:                                                                   
    “..jiran tetangga yang berhubungan dekat”
     ( surah An-Nisa: ayat  36).

Baginda saw juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu pahala sedekah dan dapat mengeratkan hubungan” . ( hadis sahih riwayat Nasaie , Tirmidzi ,Ibn Majah dan Ahmad  serta Darimi, Baihaqi juga Hakim dengan Isnad dan Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban oleh Tirmidzi ).

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat

Allah berfirman
:     يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُم وَالَّذِينَ أُوتُوْا العِلْمَ دَرَجَاتِ
“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat
   dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (surah Al-Mujadalah :ayat 11).

Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa telah berkata Muhammad Al-Basri “ Diluaskan majlis (dberi penghormatan dalam majlis) kepada penghafaz Al-quran, ulama’ dan golongan tua dalam agama.”
(Lihat Khatib Al-Baghdadi dalam Jami’ Akhlaq Rawi wa Adab Sima’,m/s 393).

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah Allah swt berfirman :    
                                                           أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لاَ يَسْتَوُونَ
“ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ?
   Sungguh mereka tidak sama” ( surah As-Sajadah : ayat 18).

5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat  ..Sabda Baginda Rasulullahsaw:
    “ Seorang muslim itu ialah saudara kepada muslim yang lain, tidaklah boleh dia
       menzaliminya dan menyerahkannya kepada musuh (untuk dianiayai)..”    
                                                                       ( hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim )

6) Jiran yang kafir    ..Allah swt berfirman
:    وَالْجَارِ الْجُنُبِ
    “Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh” ( surah An-Nisa : ayat 36).

Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda. ( hadis sahih riwayat Abu Daud , Tirmidzi dan Ahmad ).
Had Lingkungan Kejiranan
Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya seacra zahir kembali kepada uruf (adat setempat).

Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam melaksanakannya. ( lihat dalam Fathul Qadir oleh Syaukani m/s 743 Jilid 1 ).

Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil yang wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut : “ Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran” . Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa pembesar suara maka dialah jiran.

Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam satu lingkungan yang dapat mendengar iqamah solat, sebahagian yang lain mengatakan pula jiran ialah mereka yang dapat besolat berjemaah pada waktu subuh dan Jumaat bersama-sama.

Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien seperti Hasan Al-Basri, Al-Auzaie dan Az-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh buah rumah dari seluruh sisi penjuru.  ( dalam Tafsir Al-Qurtubi m/s 185 Jilid 5, Fathul Bari m/s 447 Jilid 10 dan Jami Ulum Wal Hikam 347 Jilid 1).

Kesimpulannya lingkungan kejiranan ialah :-
Kembali kepada penakrifan umum dan adat setempat yang terpakai dalam sesuatu masyarakat kerana setiap kawasan berbeza adat dan budaya. Sekurang-kurang lingkungan dan jumlah bilangan jiran ialah 40 buah rumah dari segenap sisi penjuru dan selebih-lebihnya ialah yang terpakai dan diamalkan oleh masyarakat setempat.

Hak jiran yang wajar dipelihara :

1) Tidak menyakiti jiran
    Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt.
    Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan
    hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” . ( hadis  sahih riwayat al-Bukhari  )

2) Menghormati Jiran dan pengamalan kehidupan mereka, selama tidak membawa mudharat.
    Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu
    kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang
    dilakukan oleh orang-orang Cina @ India dengan meletakkan tokong di luar rumah maka
    hendaklah dihormati selama tidak membawa bahaya dan mudharat.

    Baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
    maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “
    hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.   (hadis sahih riwayat  al-Bukhari )

3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik
4) Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan
5) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
    sabda baginda rasulullah yang menyebut : “Tidaklah masuk syurga orang yang tidak mengamankanjirannya dari sesuatu yang boleh membahayakannya” dan dalam riwayat lain “ orang yang tidak  menyelamatkan jirannya dari sesuatu yang memudharatkannya” . ( riwayat al-Bukhari dan Muslim  )

No comments:

Post a Comment