BAB
KEJIRANAN
Islam
menggalakkan manusia berjiran , berkenal-kenalan diantara satu sama lain,
kerana ia dapat membantu dan juga berusaha untuk menghindarkan daripada
sebarang bahaya..
Rasulullah
saw. Menjelaskan bahawa Jibrail sering dating kepada Baginda dan berpesan
supaya selalu berbuat baik kepada jiran..
Mengikut
al-Quran , surah an-Nisa’ ayat 36.
Jiran
itu dibahagikan kepada 3 kategori.
1.
Jiran
yang seagama dan ada hubungan keluarga
2.
Jiran
yang seagama tetapi tiada hubungan keluarga
3.
Jiran
yang berlainan agama ( orang kafir )
Ketiga-tiga
jenis ini mempunyai tanggung jawab tertentu yang ada masanya sama dalam semua
hal dan ada kalanya tiada sama.
Tanggungjawab kejiranan
Islam
memnganjurkan umatnya berbuat baik dengan jiran. Amalan tersebut amat dituntut
dan diberi ganjaran pahala dan kebajikan .. dan sebaliknya
Amalan
menyakiti hati jiran merupakan suatu tegahan dan patut dihindarkan kerana ia
berdosa..
Berikut
ada beberapa tanggungjawab yang sepatutnya kita laksanakan sebagai seorang
jiran yang baik.. dan oelh setiap masyarakat terhadap jiran tetangga.
1.
Amar Makruf Nahi
Mungkar.
Sabda Baginda Rasulullah saw. Yang
bermaksud:
“ Sesiapa yang
diantara kamu melihat sesuatu kemungkaran maka hendaklah ia
mengubahnya dengan tangan ( kuasa ) , jika
tidak berkuasa maka hendaklah ia
mengubah dengan lidahnya ( nasihat ) dan
jika ia juga tidak berdaya dengan cara
kedua-dua itu maka , maka ia hendaklah
diubah dengan hatinya ( berdoa ) itu lah
selemah-lemah iman” ( riwayat Muslim )
- Mengambil berat perkara kebajikan dan social
. Memberi
pertolongan apabila diminta dan jiran dalam kesusahan
.
Jika ia meminta tolong kerana kesempitan wang , berilah hutang
kepadanya..
- Bebas dan selamat dari ancaman terhadap jiran
.
Menghilangkan rasa ketakutan jiran dari segi tingkah laku, gaya dan
kata-kata
.
Mengelakkan dari perasaan buruk sangka jiran terhadap tetamu , suasana
dan
barang milik kita
.
Memberikan pertolongan sekiranya diperlukan
.
Membantu dalam kerja-kerja , kenduri kendara dan sebagainya.
.
Bersikap gembira diatas kejayaan jiran dan keluarganya..
Tatasusila kejiranan
- Hendaklah mengucap salam bila bertemu
- Menjauhkan sikap buruk sangka terhadapnya
- Memaafkan dia diatas segala kesalahan dan keterlanjurannya
- Bersikap lemah lembut dan elakkan dari mencari-cari kesalahan dan mencampuri urusan mereka.
- Apabila ia sakit kunjungi dan ziarahilah jiran itu
- Mengucap takziah apabila mereka ditimpa kesusahan
- Mengucap tahniah apabila mereka mendapat sesuatu kejayaan
- Jika ia meninggal iringilah jenazahnya hingga kekubur
- Jangan membena bangunan yang tinggi sehingga menghalang angin masuk kerumahnya , kecuali dengan izinnya.
- Jangan sakiti hati jiran dengan bau masakan , kecuali kamu memberikan sedikit kepadanya.
Haryus
dingat bahawa memutuskan hubungan silaturahim
hukumnya haram. Menyakiti sama ada perasaan atau pada jasadnya, hukumnya
haram dan berdosa. Dalam Islam jika ada 2 orang yang tidak bertegur sapa lebih
dari 3 hari kerana sesuatu sebab atau pergaduhan maka kedua-dua pihak itu
berdosa..
Cara memupuk semangat kejiranan
- Kerja seraca berkumpulan..
- Sentiasa berbincang dan bermesyuarat
- Selalu mengadakan majlis ilmu
- Membena Ukhwah dan bersikap prihatin dan toleransi..
Kerana
apabila sesubuah masyarakat mengamalkan hdup bersatu padu , bekerjasama ,
saling memahami dan bertoleransi kita semua akan mendapat kerahmatan dan
keredaan daripada Allah swt seterusnya dapat direalisasikan perpaduan dalam
masyarakat..
Bagaimana untuk menjadi insan yang
cemerlang didunia dan akhirat
- Insan yang memahami konsep Lailaha illallah.
- Bertanggungjawab membentuk diri sebagai orang Islam
- Memahami asas kehidupan sebagai orang muslim ( peraturan hidup , memahami keunggulan fitrah manusia , mencari ilmu untuk meningkatkan iman, dapat membezakan mana yang baik dan buruk )
- Mentauhidkan jiwa dan kehi manusia yang kehidupan hanya sementara.( menanamkan jiwa tauhid, rajin beribadah, dan berakhlak mulia.
- Menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan sehari-hari ( hidup dan mati untuk Islam )
- Rajin bekerja dan berusaha ( bekerja itu sebagai ibadah , mencari rezki yang halal, dan berusaha meningkatkan kemajuan )
- Berikan waktu untuk bermunajat ( berzikir dan berdoa kepada Allah swt )
- Berikan waktu untuk bermuhasabah diri
- Berikan waktu untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah swt.
- Berikan waktu untuk beristirehat bersama keluarga bagi melapangkan fikiran.. dan merapatkan hubungan silaturahim.
Hadis
Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban r.a bermaksud:
“
Ada 4 perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia… “
1..Memiliki perempuan ( isteri ) yang solehah
2. Memiliki rumah yang indah ( luas dan besar )
3. Mempunyai kenderaan yang bagus.
4. mempunyai JIRAN yang baik
seTENANG mana pun sesebuah SUNGAI
itu, satu hari nanti ia pasti akan melalui bahagian DERAS, berBATU, CERUN dan
sebagainya.. airnya juga akan TERUS mengalir ke DEPAN tanpa berPATAH balik ke
BELAKANG..
begitu juga dengan keHIDUPan.. tidak ada orang yang TIDAK merasai keSUSAHan sedikitpun sepanjang keHIDUPannya.. dan kita TIDAK akan dapat KEMBALI ke MASA DAHULU lagi..
tetapi sesuatu perJALANan pasti ada DESTINASInya.. ingatlah, destinasi SUNGAI ialah ke LAUT, dan destinasi MANUSIA ialah kepada PENCIPTAnya..
begitu juga dengan keHIDUPan.. tidak ada orang yang TIDAK merasai keSUSAHan sedikitpun sepanjang keHIDUPannya.. dan kita TIDAK akan dapat KEMBALI ke MASA DAHULU lagi..
tetapi sesuatu perJALANan pasti ada DESTINASInya.. ingatlah, destinasi SUNGAI ialah ke LAUT, dan destinasi MANUSIA ialah kepada PENCIPTAnya..

No comments:
Post a Comment