Thursday, October 20, 2011
Aurat wanita
Aurat wanita solehah
"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?
Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Harta Paling Berharga
Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?.
ReplyDeleteRasulullah menjawab: Fatimah!, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang mengunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. , Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya..( Anak zina ) Perempuan yang digantung kedua kakinya itu ialah perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas, juga kerana berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
Perempuan yang diikat kedua kakinya dan tangannya keatas umbun-umbunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi jenabah. perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta.
Perempuan yang rupanya seperti anjing, ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya. Seterusnya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
ReplyDelete“ Perempuan menyakiti hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah
jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat dibelakang tengkoknya”.
Abu Bakar as-Sidik mengatakan. Aku dengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“ Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya
ia akan dilaknat dan dimurkai Allah”.
Usamah bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Aku berdiri diatas syurga , kebanyakan yang masuk kedalamnya adalah golongan
miskin dan orang kaya tertahan diluar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripa
neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk kedalam neraka adalah perempuan.
Sabdanya lagi yang bermaksud:
“ Aku lihat api neraka tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat didalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka
adalah perempuan”.
Rasulullah saw ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda saw menjawab:
“ Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau
membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup”
( Hadis Riwayat Buhkari )