Monday, September 26, 2011

Manis-manis Lebaran

3 comments:

  1. Pengertian Aidilfitri.

    Aidilfitri ialah hari kembali kepada fitrah ( suci ) tidak ada dosa. Setengah pendapat pula mengenali Aidilfitri ialah hari fitrah ( membayar fitrah ) yang membawa maksud menyucikan diri.

    Setiap manusia tidak terlepas dari membuat dosa, betapa kasihnya Allah swt kepada hamba-hambanya yang bertaubat dan beramal soleh. Dosa-dosa yang dilakukan .
    Dosa kepada Allah swt, dosa sesama manusia dan dosa dengan mahluk Allah.

    Dosa kepada Allah ditebus dengan amalan puasa dan sembahyang Tarawikh.
    Dosa tubuh badan ditebus dengan zakat fitrah manakala,
    Dosa sesama manusia meminta maaf diatas kesilapan dan memohon halal yang berkaitan dengan harta benda.

    ReplyDelete
  2. Hikmah hari raya Aidilfitri.

    “ Sesungguhnya hikmah hari raya didunia ini ialah merupakan peringatan terhadap hari raya di akhirat. Mari kita lihat golongan-golongan manusia dihari raya, ada diantara mereka yang pergi dengan berjalan kaki, ada yang menaiki kenderaan, dan sebagainya. Sebahagiannya ada yang berpakaian dan ada sebahagiannya tidak berpakaian ( yang dimaksudkan disini tidak berpakaian ialah tidak menutup aurat ) Ada sesetengahnya berpakaian yang mahal-mahal ( pakaian kemegahan ) dan ada sesetengahnya berpakaian biasa dan ada sebahagiannya yang bermain lagi ketawa kegembiraan dan ada sebahagiannya ada yang menangis menderita, itulah ragam didunia. Sesungguhnya itu semua mengingatkan kepada perjalanan dan gambaran kita dihari Qiamat nanti.”

    Amalan-amalan hari raya Aidilfitri.

    Ada beberapa amalan yang perlu kita lakukan bagi memeriahkan lagi suasana hari raya tersebut kesemuanya ada 17 perkara.

    1. Amalan perjalanan balik kampung
    “ Niatkan untuk mencari keredhaan dan kemaafan Ibubapa”

    Hadis Nabi Muhammad saw.
    “Memuaskan hati Ibubapa itu
    sebaik-baik pintu syurga yang disediakan”

    2. Menziarahi kubur sebelum terdengarnya takbir raya.
    3. Bertakbir ( takbir Mursal ) pada malam hari raya pertama ( selepas solat maghrib )
    4. Membayar zakat fitrah.
    ( Hukum waktu membayar zakat fitrah )
    Harus - Sepanjang bulan Ramadan
    Sunat - Pada malam 1 syawal ( malam raya )
    Wajib - Sebelum sembahyang hari raya
    Makruh - Selepas sembahyang hari raya
    Haram - Selepas sembahyang Asar.

    ReplyDelete
  3. 5. Menghidupkan malam hari raya dengan Qiamullail seperti
    • Sembahyang tahajud,
    • Sembahyang taubat
    • Sembahyang hajat
    • Sembahyang Tasbih
    • Dan lain-lain

    6. Sembahyang subuh berjemaah.
    7. Mandi sunat Aidilfitri
    8. Sunat makan sebelum pergi sembahyang hari raya Aidilfitri.
    9. Sunat memakai pakaian yang baru dan berwangi-wangian, tanda syukur dan gembira dihari raya.
    10. Sunat berjalan kaki menuju tempat sembahyang sambil bertakbir, pergi mengikuti jalan lain dan pulang mengikut jalan lain.
    11. Sembahyang sunat Aidilfitri.
    12. Mendengar Khutbah hari raya dengan sempurna.
    13. Selepas selesai mendengar khutbah disusuli membaca tahlil beramai-ramai untuk arwah-arwah dan memperbanyakkan berdoa.
    14. Bermaaf-maafan.
    Bermaaf-maafan kepada kedua Ibubapa bagi anak-anak, isteri kepada suami, adik-adik kepada abang dan yang muda kepada yang tua.
    Hadis Nabi Muhammad saw.
    “Bermula keredhaan Allah itu pada keredhaan Ibubapa. Dan marah Allah itu pada marah Ibubapa”.

    15. Memperbanyakkan amal mulia dan bersedekah.
    Orang-orang yang utama menerima sedekah
    • Anak-anak yatim
    • Fakir miskin
    • Miskin/kurang upaya
    • Fisabillillah

    16. Mengunjungi kaum kerabat dan rakan taulan dengan niat bermaafan dan menyambung silaturrahim.
    17. Berpuasa sunat enam ( 6 ) hari dibulan Syawal.
    Hadis Nabi Muhammad saw.

    “Barangsiapa yang puasa bulan Ramadan kemudian di ikuti
    dengan enam hari puasa sunat pada bulan Syawal maka ia
    bagaikan orang berpuasa sepanjang masa “

    ReplyDelete