Saturday, September 17, 2011

Beautiful Azan From Malaysia.mpg

1 comment:

  1. PENGERTIAN SOLAT
    • Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
    • Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
    yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
    • Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:
    1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.
    2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur,Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
    3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
    4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq,
    5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq).

    WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT
    Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:
    1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.
    2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.
    3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).
    4. Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.
    5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.
    Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:

    1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.

    2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.

    Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. kecuali kepada sembahyang tertentu iaitu:

    1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.
    2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).
    3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.
    4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.

    Sumber Ibnu 'Umar drpd Nabi SAW bahawasanya Nabi SAW sembahyang dua rakaat selepas solat Jumaat.
    Kata Iman Nawawi dlm syarah Muslim: Nabi SAW
    Sembahyang sunat lebih afdal dilakukan di rumah.
    Terdapat juga hadis berkaitan solat sunat 4 rakaat selepas jumaat seperti di bawah:

    Sumber Abu Hurairah katanya,Rasulullah SAW bersabda,

    " Siapa di antara kamu hendak sembahyang sunat sesudah jumaat maka hendaklah dia bersembahyang 4 rakaat."
    Di sini para ulama hadis telah membuat kesimpulan, solat sunat Ba'diyah jumaat boleh dilakukan sebyk 2 atau 4 rakaat. Tetapi 4 rakaat adalah terbaik,terdapat beberapa sumber berkaitan sunat seblm jumaat seperti di bawah:

    1 Sumber Abdullah B. Mas'uud yg memberitakan bhw sembahyang sblm jumaat 4 rakaat dan sesudahnya 4 rakaat.
    2 Sumber 'Ali B. Abu Talib bhw beliau menyuruh org ramai bersembahyang sesudah jumaat 2 rakaat dan kemudian disuruhnya 4 rakaat di lain kali.

    Terdapat juga satu hadis lain yg berkaitan:

    " Sesungguhnya Nabi SAW bersembahyang 4 rakaat seblm jumaat dan 4 rakaat sesudahnya." Hadis riwayat At-Taraani dlm 'Mu'jan Al'Ausat.

    Para ahli Hadis mengirakan tidaklah disyara'kan sembahyang sblm jumaat selain Tahiyyatul Masjid. Meskipun harus melakukan sebarang sembahyang selepas jumaat; ttp tidak sekali2 melakukan Qabiliyyah Jumaat; sebab kewujudannya tidak wujud di dlm syari'at yg bersih ini. Wallahua'lam.

    ReplyDelete