Wednesday, September 28, 2011


20 Cara Membahagiakan Suami Anda

Tidak lengkap rasanya jika ada 20 cara membahagiakan istri Anda, tidak ada 20 cara membahagiakan suami Anda. Berikut masih dalam buku yang sama, “Nasihat Indah Untuk Suami Istri”, karya Syekh Umar Bakri Muhammad, bagaimana para istri memikat suami mereka. Semoga bermanfaat!

1. Anda adalah sekuntum mawar yang sedang bersinar di rumah Anda. Buatlah disaat suami
    Anda masuk ke rumah, dia merasa bahawa kecantikan dan keharuman mawar tersebut,
    tidak bukan dan tidak lain hanyalah untuknya seorang.

2. Bagaimana caranya agar suami Anda itu boleh merasa tenteram dan nyaman, baik dengan
    perbuatan ataupun dengan kata-kata ? Hal itulah yang secara terus menerus Anda selalu
    usahakan untuk suami Anda. Untuk kesempurnaannya, lakukan itu dengan sepenuh jiwa.

3. Bersopan dan penuh perhatianlah Anda ketika berbincang-bincang, jauhkanlah perdebatan
    dan hindarkan sikap keras kepala untuk mengemukakan pendapat Anda.

4. Pahami kebenaran dan keindahan prinsip-prinsip Islam di balik kelebihan sang suami
    terhadap Anda selaku istri, yang memang terkait dengan kodrat seorang wanita, dan
    janganlah hal ini dianggap sebagai sesuatu yang dzolim (penindasan).

5. Lembutkanlah suara Anda ketika berbicara dengan suami dan pastikan suara Anda tidak
    meninggi pada saat dia bersama Anda.

6. Pastikan Anda bangun pada malam hari untuk melakukan sholat malam secara rutin, hal ini
    akan membawa kecerahan dan kebahagiaan pada perkawinan Anda, sungguh mengingat
    Allah SWT akan membawa ketenangan pada hati Anda.

7. Bersikaplah diam ketika suami Anda sedang marah dan jangan tidur kecuali dia
    mengizinkannya.

8. Berdirilah dekat suami Anda ketika dia sedang memakai baju dan kasutnya.

9. Layanlah suami Anda sehingga merasa bahawa Anda menginginkan suami untuk
    mengenakan baju yang Anda pilih untuk dia, sebaik-baiknya anda yang memilih baju
    untuk suami Anda.

10. Anda harus sensitif dan memahami keperluan suami Anda, untuk menjadikan pernikahan
      Anda menjadi yang terbaik tanpa membuang waktu Anda yang banyak.

11. Ketika ada perselisihan pendapat, hendaknya Anda tidak menunggu agar suami meminta
      ma’af kepada Anda (jangan jadikan hal ini sebagai satu keperluan utama atau syarat
      terpenting pada diri Anda) kecuali kalau suami Anda secara sedar mengakui kesalahanya.

12. Perbaikilahlah penampilan dan pakaian suami Anda, biarpun kelihatannya suami Anda
      malas untuk memperbetulkan dan memakainya, tapi yakinlah bahawa dia akan
      menyukainya sebagaimana sahabat-sahabatnya juga akan menyukainya.



13. Kalau boleh Anda jangan selalu mengharapkan suami Anda untuk memulakan hubungan
      seks, sekali-sekala biarlah Anda yang memulakanya lebih dulu, pada waktu yang sesuai.

14. Di malam hari, jadilah seperti pengantin baru buat suami Anda, janganlah Anda terlena
      tidur lebih dulu dari suami, kecuali dalam suasana sangat perlu.

15. Janganlah menunggu atau mengharapkan balasan dari semua perbuatan dan kebaikan dari
      suami Anda, kebanyakan suami sentiasa sibuk dalam kerjayanya, memang suami mudah
      lupa untuk menghargai kebaikan anda, atau secara tidak sengaja lupa untuk
      menyampaikan penghargaan yang semestinya kepada Anda.

16. Hendaknya berbuat sesuai dengan keadaan dan kemampuan kewangan yang ada dan
      jangan meminta sesuatu yang berlebihan dan mahal.

17. Ketika suami Anda baru pulang dari perjalanan yang jauh dan lama ataupun agak jauah
      dari tempat kediaman anda, sambutlah dia dengan wajah yang ceria dan tunjukkanlah
      bahawa Anda sangat merindukan kedatangannya.

18. Ingatlah selalu bahawa semasa suami ada dan kewujudan suami adalah salah satu
      kemudahan mendekatkan diri Anda kepada Allah SWT.

19. Pastikan Anda untuk selalu memperbaharui dan merubah bentuk penampilan Anda,
      sebagai tanda dan ucapan kasih Anda menyambut suami tercinta.

20. Ketika suami meminta sesuatu untuk melakukan hal-hal tertentu, maka pastikan Anda
      melakukannya dengan sempurna dan sepenuh hati, jangan sampai Anda merasa enggan
      dan tidak bersemangat.

No comments:

Post a Comment