Friday, August 12, 2011

RUPA MANUSIA DIPADANG MAHSYAR


                                          

RUPA MANUSIA DIPADANG MAHSYAR

SYAIKH Abdul Wahhab Sya’rani dalam kitabnya  Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubi ada menceritakan , pada suatu hari sahabat Mu’adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah saw mengenai maksud firman Allah swt dalam surah An-Naba’ ayat 18.
Bermaksud : “ Iaitu hari ( yang pada waktu itu ) ditiup sangkala lalu kamu dating berkelompok-kelompok ”
Mendengar saja soalan itu, baginda terus menangis dengan bercucuran air mata sambil bersabda yang bermaksud “ Wahai Muadz sesungguhnya engkau telah bertanyakan sesuatu perkara yang amat besar!.



Sebenarnya ada 10 macam bentuk dan rupa umatku nanti ketika dihalau kepadang Mahsyar. Mereka itu semuanya telah Allah tukarkan ( bentuk dan wajahnya ) tidak seperti ketika mereka hidup didunia:

Golngan itu adalah seperti berikut:

·         Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat
·         Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak yatim
·         Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya diatas dan kepala dibawah, Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba
·         Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun ( diiring ) . Mereka itu adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menetapkan hokum
·         Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri
·         Dihalau dalam keadaan mengoyak lidahnya sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga keparas dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatan
·         Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kainya dan tangan. Mereka itu adalah terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga
·         Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepimpinannya
·         Dikumoulkan dalam keadaan menggunakan pakaian panas . Mereka itu adalah manusia yang takkabur, sombong dan bongkak.
·         Dihimpunkan dalam keadaan wajah berseri-seri.. Mereka itu adalah manusia yang ketika didunia taat kepada suruhan Allah swt..

Daripada perbezaan kumpulan itu jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat sela,tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan didunia. Sebelum sampai hari pengadilan diPadang Mahsyar yang maha luas ini.
Allah telah berfirman dalam surah Taha ayat 124-126 bermaksud

“ Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, Maka sesungguhnya baginy
   penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam
   keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku. Mengapakah Engkau menghimpunkan aku
   dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah
   berfirman: Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau
   melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan”

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia kePadang mahsyar , jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimana pun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku.
Firman itu bermaksud:

 “ Dan ingatlah akan hari yang ketika itu kami jalankan gunung-gunung dan kamu akan
    melihat bumi itu datar  dan akan kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak kami
    tinggalkan seorang pun daripada mereka”

Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.
Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia diPadang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan . Matahai terlalu hamper diatas ubun-ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar hingga kekaki. Lutut, dada. Leher mahupun bahagian muka sahaja

Sewaktu dalam penantian persidangan itu kelihatan wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam, Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa kemuka pengadilan. Takut serta bimbang bermain-main pada fikiran.

DiPadang Mahsyar tidak siapa dapat melpaskan diri malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.siapa saja tetap akan diadili dan ia bergangunglah akan ketaatan dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman dalam surah An-naml ayat 83
Makhum nya:

“ dan ingatlah hari ketika kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang
   mendusta ayat-ayat kami iaitu mereka dibahagi-bahagikan dalam kelompok-kelompok”  

No comments:

Post a Comment