Sunday, August 21, 2011

El-Suraya-Ramadan

1 comment:

  1. 10 AMALAN TERBAIK DALAM BULAN RAMADAN
    Setiap umat Islam dan lebih-lebih algi orang beriman pasti ternanti-nati kehadiran bulan Ramadan yang amat barakah.

    Hadis Nabi Muhammad saw:
    Bermaksud.. Barangsiapa merasa gembira dengan datangnya bulan Ramadan , maka Allah mengharamkan jasadnya masuk disemua neraka.
    Ramadan bererti membakar ... iaitu menghapuskan dosa.. dosa orang yang berpuasa dan beribadah dibulan puasa. Ia juga bulan mendapatkan keredaan dan keampunan Allah ..
    Puasa artinya menahan
    Pada istilah syarak bererti menahan nafsu dari segala perlakuan yang boleh membatalkan puasa itu sendiri disiang hari , mulai dari terbit fajar sadiq hingga terbenam mata hari.

    Ada 7 perkara amalan sunat dibulan Ramadan

    1.Solat sunat tarawih dimalam bulan Ramadan
    2. Makan sahurdan melambatkan makan hingga waktu fajar sidik
    3.Memperbanyakkan membaca al-Quran
    4, Menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktu berbuka
    5.Membaca doa sebelum dan sesudah makan ( pada waktu sahur dan berbuka )
    6.Menjamu orang yang berpuasa pada waktu berbuka
    7.Meninggalkan perkataan keji seperti mencela,fitnah,dan berkata lucah

    3 perkara makruh bagi orang berpuasa

    1.Berkumur-kumur atau bersugi sewaktu matahari telah tergelincir
    2. Terlalu memasukkan air kedalam hidung ketika dalam puasa
    3.Mengeluarkan kata-kata keji, dan memaki

    Hadis Nabi Muhammad saw..
    Bermaksud: Sesiapa yang tidak mahu meninggalkan pekerjaan yang keji itu,maka tiadalah keperluan bagi Allah ( Riwayat Bukhari )

    Ada 6 Perkara kelebihan bulan Ramadan

    1.Malam Lailatul Qadar dilipat kali ganda pahala amalannya hingga besar pahalanya
    dari ibadah 1000 bulan
    2.Pada bulan Ramadan turunnya Al-Quran
    3.Diampunkan dosanya yang telah lalu bagi orang yang berpuasa penuh keimanan
    4.Terbuka pintu-pintu syurga dan terkuncilah pintu-pintu neraka dan syaitan serta
    iblis dibelenggu.
    5.Diistimewakan oleh Tuhan. Tiap-tiap kebajikan yang dilakukan dibulan puasa
    diberikan ganjaran berlipat kali ganda.
    6.Disediakan syurga yang isrimewa bernama Rayyan

    Ada 16 perkara amalan yang terbaik dilakukan sepanjang bulan Ramadan

    1. Berbakti kepada kedua ibubapa dan mencari keredaannya
    2. Bertadarus ( membaca Al-Quran ) secara beramai-ramai
    3 Memperbanyakkan sedekah kepada anak yatim, fakir miskin.
    4. Mencari keredaan suami
    Hadis Nabi Muhammad saw. Seseorang isteri yang mencari keredaan suaminya
    dibulan Ramadan maka baginya pahala sebagaimana pahala Maryam dan Asiah
    5. Menolong saudara sesama muslim yang daif
    6. Menuntut ilmu
    Hadis nabi Muhammad saw: barangsiapa mendatangi majlis ilmu dibulan Ramadan
    maka Allah mencatatkan tiap-tiap langkahnya sebagai ibadah satu tahun
    ( Riwayat Anas bin Malik )
    7. Sembahyang witir sebelum tidur
    8. Sembahyang tahajjud sebelum masuk sahur
    9. Berwuduk sebelum makan sahur dan berbuka puasa
    10.Membaca doa makan sebelum berbuka dan sesudah juga sebelum sahur
    11.Menerangi masjid sepanjang bulan Ramadan
    12. Segala keperluan makan minum adalah dari sumber yang halal lagi suci
    13. Sembahyang berjemaah setiap waktu bulan Ramadan
    14. Berbuka dengan buah tamar dan air zam zam 15. Jangan melambat-lambatkan sembahyang maghrib
    16. Beriktikaf didalam masjid terutama di 10 akhir bulan Ramadan

    ReplyDelete