BAB PUASA BULAN RAMADAN DAN BULAN YANG PERLU PENGHAYATAN
Golongan yang ditolak puasanya
Ada 4 golongan manusia yang ditolak ibadah puasanya sepanjang bulan ramadhan iaitu:-
1. Golongan yang suka minum arak.
2. Golongan yang derhaka kepada ibu bapa.
3. Golongan yang memutuskan silaturrahim.
4. Golongan yang sudah melebih dari 3 hari tidak bertegur sapa(dengan org yang dikenali) diantara satu sama lain disebabkan perselisihan faham.
Nauzubillah.. Semoga kita dijauhkan dari termasuk dalam golongan ini. Amin
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TOBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TOBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
3 tanda-tandanya ada pada manusia......
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1. Jujur dalam berkata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri
Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1. Merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
ReplyDeleteYa Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2. Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.