Syikh Abdul Wahhab Sya'rani dalam kitabnya Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubi ada menceritakan , pada suatu hari sahabat Mu'adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah saw. mengenai maksud firman Allah swt dalam surah An-Naba' ayat 18.. bermaksud: " Iaitu hari ( yang pada waktu itu ) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok- kelompok "Menmdengar saja soalan itu baginda terus menangis dengan berxcucuran air mata sambil bersabda : Wahai Muadz, sesungguhnya engkau telah bertanyakan sesuatu perkara yang amat besar..!
Sebenarnya ada macam-macam bentuk dan rupa umatku nanti ketika dihalau ke Padang Mahsyar.. Mereka itu semuanya telah Allah tukarkan ( bentuk dan wajahnya ) tidak seperti ketika mereka hidup didunia.
Antara golongan itu adalah seperti berikut..
1. Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat..
2. Ditukar rupa menjadi wajah babi. Mereka adalah kalangan yang suka memakan harta anak yatim.
3. Dihalau dalam keadaan terbalik. kakinya diatas, dan kepala dibawah. Mereka itu adalah manusia yang
suka memakan riba'
4. Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun ( diiring ) .
Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum
5. Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
6. Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri , sedangkan lidah itu terjulur hingga keparas dada dan
mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan.
Mereka itu adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
7. Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
Mereka itu adalah terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga
8. Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurna neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka mengajak orang ramai supaya membela
pemerintah yang tidak jujurkepimpinannya
9. Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian panas.
Mereka itu adalah manusia yang sombong, takbur dan bongkak
No comments:
Post a Comment