Saturday, July 16, 2011

Ramai percaya masa itu emas




Ramai percaya masa itu emas atau masa itu wang . Anehnya kita tidak pernah terfikir tentang  masa itu yang akan berlalu yang tidak akan kembali lagi .
Untuk itu bagi menfaatkan kehidupan kita yang semakin hampir kepenghujungnya marilah kita sama-sama memperbanyakkan membaca ayat-ayat al-Quran dan kalimah-kalimah zikir yang boleh menolong kita diakhirat kelak .
Amalan zikir dan bacaan ayat al-Quran tersebut antaranya ialah:-

·                    Astaghfirullah hal a’zim al lazi lailahaillallah hu wal hayyukayyum
waatubuhu ilai’                                       -           11 x selepas solat fardu

·                    Subhanallah wa biham dihi .                 -           100 x selepas solat fardu.

Fadilah bacaan tersebut ialah: - Dihapuskan kesalahannya meski pun kesalahan tersebut  sebanyak buih dilautan  dan  Hadis Nabi saw. Barang siapa membacanya  ditanamkan untuknya sebatang pokok kurma disyurga

·                    Barang siapa membaca surah al-Mulk setiap hari.
      ( yang mempunyai 30 ayat ) selepas solat fardu Maghrib

Fadilahnya ialah:-Dapat menyalamatkan kita daripada seksaan kubur dan Hadis Rasulullah saw. Sabdanya:- Sesungguhnya aku bercita-cita supaya surah ini terpahat didalam hati setiap insan daripada kalangan umatku.

·                    Barang siapa membaca surah al-Waqi’ah setiap malam.
( yang mengandungi 96 ayat ) selepas solat Isyak

Fadilahnya ialah :- Dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya.

·              Barang siapa membaca surah Yasin .( yang mengandungi 83 ayat )
Selepas solat fardu Maghrib khusus malam Jumaat

Fadilahnya ialah:- Jika ketika berada didalam kesulitan akan dimudahkan
oleh Allah akan kesulitan itu dan jika sesiapa merasa sukar untuk membaca surah-surah tersebut bolehla digantikan dengan membaca surah al-Ikhlas sebanyak - 3 x . Pahalanya menyamai membaca sebuah al-Quran.

No comments:

Post a Comment