Thursday, July 28, 2011

MEMBANTU JIRAN ADALAH IBADAH





HULUR BANTUAN( MEMBANTU)JIRAN ADALAH IBADAH( LEBIH BAIK DARIPADA IKTIKAF DIDALAM MASJID )



Menurut hadis Rasulullah saw yang bermaksud bahawa:




1.       Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang member manfaat ( bantuan & pertolongan ) kepada orang lain yang dalam kesempitan & kesusahan dan amalan yang paling disukai oleh Allah adalah menggembirakan hati orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya didunia atau memberi makan orang yang lapar

2.   “ Perjalananku bersama saudaraku yang Muslim untuk menunaikan
       hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktika fdidalam
       masjid ini selama sebulan ”

3.    “ Dan sesiapamenahan kemarahannya sekalipun dia mampu untuk
    membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredaannya dalam
    hatinya pada hari kiamat. Dan sesiapa yang berjalan bersama-sama
    saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu
    hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya
    ( ketika melalui pada hari kiamat ) dan sesungguhnya akhlak yang
    buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu 
                                                             ( Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya )

·         Berbuat baik dan member keselesaan kepada orang lain akan diberi ganjaran oleh Alla dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala,kebaikan dan kebahagiaan hidup diduniadan akhirat.

·         Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan dihati sehingga segala tindakannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain dan masyarakat disekelilingnya.

·         Demikian juga kita dilarang membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga.Tetapi , hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadan apabila tersiram air. Maka, begitulah dengan kebaikan , lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.



·         Sekiranya , jika kecenderungan berbuat perkara jahat terus dibiarkan menguasai diri,maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan. Hal ini kerana lazimnya kejahatan itu biarpun sekali dilakukan,ia mudah dilihat( diketahui ) berbanding banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah melayu “ Buat berpada-pada buat jahat jangan sekalikali.

·         Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan, sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.  Petikan Mastika Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Terjemahan dan Syarahan Hadis 40 ( Dewan Pustaka Fajar )

Dari Ibnu Abbas ra dari rasulullah saw menurut yang diriwayatkan nya dari Tuhan tabarakwata’ala katanya’

4     Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan segala
         kejahatan , kemudian ia terangkan yang demikian itu. Maka
         barangsiapa yang bercita-cita dengan kebaikan,kemudian ia tidak
         mengerjakannya : Allah tuliskan disisiNya satu kebaikan yang
         sempurna. Dan jika ia bercita-cita dengan dia,kemudian ia
         mengerjakannya; Allah tuliskan kebaikan itu ( sebagai balasan )
         disisiNya sebanyak  10 kebaikan hingga 700 kali lipat ganda hingga
         sampai beberapa kali ganda banyaknya.          Dan jika ia bercita-cita
         dengan satu kejahatan kemudian ia tidak mengerjakannya, Allah
         tuliskannya disisiNya 1 kebaikan yang sempurna. Dan jika ia bercita-
         cita dengannya lalu ia mengerjakannya, Allah tuliskan kejahatan itu
         dengan balasan satu sahaja kejahatan ”.
         ( Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam ktab Sahih )
                                                    
Firman Allah swt dalam surah al-An-am ayat 160.

      “ Barangsiapa kerjakan dengan kebaikan, maka baginya ( ganjaran )
        sepuluh kali ganda”

Hulur bantuan ada hubungkait dengan bab sedekah.
Kata ulamak.. sedekah itu ada 10kebaikan..( 5 masa didunia. Dan 5 lagi masa diakhirat )
         
5. ketika masa didunia.

1.   Ia bagi mensucikan harta itu sendiri
2.   Bagi mensucikan badan orang yang meelakukan sedekah.
3.   Bagi menolak bala dan penyakit.
4.   Bagi menggembirakan orang miskin & orang mukmin kerana ia adalah
semulia-mulia amal.
5.   Berkat hartanya dan diluaskan ( ditambah ) oleh Allah akan rezkinya..

 5.Ketika masa diakhirat.

    1. Dinaungi oleh Allah bagi orang yang bersedekah itu dihari kiamat
        ketika sangat panas
2.   Ringan ketika dihisab
3.   Berat timbangan ( amalan ) diakhirat.
4.   Mudah melalui Sirotol mustaqim.
5.   Bertambah akan darjatnya didalam syurga..

” Bersedekah itu menutup 70 pintu kejahatan  (  Al Hadis  )

No comments:

Post a Comment