Thursday, June 16, 2011

Selawat Penerang Hati

2 comments:

  1. SELAWAT LAHIR NILAI MURNI KEROHANIAN
    Amalan yang dituntut oleh Islam
    Perolehi syafaat Nabi Muhammad SAW
    Termasuk dihapuskan dosa.



    Menjana Ummah Gemilang.

    Dalam Bimbingan Mukmin , Imam al-Ghazali ketika membahaskan masalah dua kalimah syahadat menulis. “ Dan bahawa sanya Allah mengutus nabi yang ummi ( tidak pandai tulis baca ) daripada keturunan Quraisy. Iaitu Muhammad SAW.
    Perutusan Muhammad itu kepada sekelian bangsa Arab dan Ajam, jin dan manusia dan perutusannya , maka berakhirlah semua perutusan Rasul dan Nabi yang terdahulu .

    Baginda menjadi penyudah sekelian Rasul, pembawa berita yang menggembirakan dan yang menakutkan serta penyeru kepada jalan Allah dengan izin-Nya dan sebagai pelita yang memberikan cahaya-Nya .
    Allah menurunkan keatas Baginda kitab-Nya yang penuh hikmah, memberikan penerangan mengenai agama-Nya yang lurus dan menunjukkan jalan al-Sirat al-Mustaqim ( jalan betul ) .
    Allah mewajibkan keatas semua mahluk, agar mempercayai Baginda dengan apa diberitakannya. Muhammad adalah manusia istimewa. Baginda bersabda maksudnya

    “ Sesungguhnya Allah memilih Kinanah dari keturunan Nabi Ismail,dan memilih
    Quraisy dari Kinanah, dan memilih Bani Hashim daripada Quraisy dan
    memilihku daripada Bani Hashim ” ( Hadis riwayat Muslim ).

    Mengenai Nabi Muhammad SAW sebagai kesinambungan nabi sebelumnya,
    Baginda bersabda maksudnya

    “ Perumpamaanku dan perumpamaan nabi sebelumku bagai seseorang yang membina
    bangunan , dimana dia membinanya dengan indah dan bagus, tinggal satu batu
    yang belum terpasang pada satu sudutnya, orang mengitari bangunan itu menikmati
    keindahannya, mereka berkata , “ Duhai andai saja satu batu ini dipasang! ”
    Akulah batu itu dan aku panutup Nabi ”

    Dalam menjana kegemilangan diri dan Ummah kita memerlukan pembangunan seimbang antara keduniaan dan akhirat , lahiriah dan batiniah ( Jasmani dan Rohani ) . Kita tidak mahu menjadi pincang dengan cara mengetepikan satu daripada kedua-duanya .
    Kita tidak mahu menumpukan saja pada keduniaan sehingga akhirat dilupakan dan sebaliknya. Kita tidak mahu hanya melihat akhirat dengan mengetepikan dunia.

    ReplyDelete
  2. Salah satu ibadah yang mempunyai nilai-nilai murni dan kerohanian yang tinggi dan sangat bermanfaat bagi kehidupan kita sebagai umat Islam secara individu atau bermasyarakat ialah Berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
    Dengan kita mengamalkannya kita akan memperoleh banyak keuntungan didunia dan akhirat.

    Berselawat keatas Nabi adalah satu tuntutan agama Islam dan kesempurnaannya terpulang kepada-Nya. Setiap hari umat Islam wajib mengucapkan nya ( Selawat keatas Nabi ) .
    Firman Allah dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 56 )

    “ Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat keatas Nabi .Hai orang yangberiman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya ”

    Makna selawat dalam ayat ini adalah selawat Allah keatas nabi dengan memberirahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Baginda kepada-Nya ( Allah )
    Selawat malaikat keatas Baginda pula mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan . Selawat orang beriman keatas Baginda adalah mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya dan Berselawat keatas Nabi disyariatkan dalam tasyahud solat, dalam khutbah, saat berdoa serta beristighfar,demikian pula selepas azanketika keluar atau masuk masjid atau mendengar nama Baginda disebut.

    Antara faedah berselawat yang didapati daripada beberapa hadis Nabi adalah:-

    1. Memperolehi selawat daripada Allah.
    2. Memperolehi syafaat daripada nabi
    Muhammad SAW.
    3. Memdapat kepemimpinan daripada malaikat.
    4. Menghapuskan dosa.
    5. Mendapat pertolongan dan tercapai
    keperluan hidup.
    6. Mempunyai perbezaan dengan orang munafik.
    7. Memperolehi nur zahir dan batin.
    8. Mendapat keselamatan daripada azab
    neraka.
    9. Membolehklan memasuki syurga.
    10. Memperolehi uxcap selamat daripada Allah.
    11. Melipat gandakan pahala orang berselawat.
    12. Ada harapan doa dimakbulkan.
    13. Memperolehi hidayah dan hati hidup.

    Hadis Nabi Muhammad SAW

    Bermaksud:
    “ Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang paling banyak berselawat kepadaku ”

    ReplyDelete