BAYAM DURI
Nama vernakular: Bayam Duri
Nama Botani: Amaranthus Spinosus L
Famili : Amaranthaceae
Pokok tumbuh tegak dan biasa mempunyai banyak cabang. Boleh mencapai ketinggian 1 m
Batang berwarna hijau atau metrah dan berduri tajam dipangkal tangkai daun
Daun berbentuk bujur susunan selang seli
Bunga kecil dalam jambak bunga yang dihasil pada ketiak daun dan pucuk.
Kandungan:
Seluruh bahagian - Pelbagai jenis sebatian kimia seperti alfa spinasterol oktakosanoat, asid amino bebas jenis alanon, leusin, serin, triptofan dan valin, asid amino yang mengandungi belerang , asid folik, asid oleanolik , beta-karotena , kalium nitrat, meril-alkan, mikro-nutrien, pelbagai jenisn-alkan, protein metionin, rutin, sterol jenis kampesteril, kolesteriol, beta-sitosterol dan stigmasterol, vitamin c.
Kajian telah membuktikan kesan hipertensi ( mengurangkan tekanan darah ) bayam duri . Ia mengandungi beta- karotena dan vitamin c Bayam Duri boleh mengumpul banyak nitrat. Haiwan ternakan yang terlalu banyak makan bayam duri boleh mati. Debunga bayam duri yang terlalu banyak masuk kedalam paru-paru boleh menimbulkan masalah demam panas dan selesema.
Khasiat makanan:
Pucuk yang masih lembut digoreng atau dibuat sup.
Khasiat Ubatan
Pokok ( seluruh bahagian ) Direbus untuk dijadikan air mandian atau disapu pada bahagian yang mempunyai masalah kulit seperti bengkak, radang dan ruam panas. memakan bayam duri boleh melawaskan buang air kecil, penawar untuk mengeluarkan bahan toksin dan sisa daripada tubuh badan serta dapat menyembuhkan bisul.
Daun. Direbus dan dinimun, berfungsi untuk menyejukkan badan, merawat cirit-birit jenis disenteri, busung, malnutrisi dan bronkitis. Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada kulit dapat merawat bisul, ruam panas, luka bernanah, penyalit kulit jenis ekzema dengan gejala kulit bengkak, merah, gatal, bintil-bintil kecil mengandungi cecair dan kulit melecet.
Akar: Direbus dan diminum dapat merawat reumatisme, merangsang pengaliran haid, merawat bengkak pundi kencing dan demam panas.

No comments:
Post a Comment