Monday, May 16, 2011
HASIAT POKOK PEGAGA
POKOK PEGAGA & HASIATNYA
Daun: Boleh dimakan mentah
Ramai yang menggunakan semua bahagian tumbuhan pegaga sebagai sayur. Pegaga boleh dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Pegaga juga boleh dimasak gulai lemak. Ada orang yang percaya bahawa amalan kerap memakan pegaga menjadikan awet muda dan tubuh badan tidak gemuk. Pegaga boleh dibuat jus & tonik bagi menyihatkan badan dan mengurangkan panas dalam badan. Kajian bioaktiviti menunjukkan pegaga menpunyai sifat antibakteria, antigelisah, antikesuburan, antikulat, antiradang, antimitosis,insektisid, melegakan aktiviti sistem saraf pusat, panas badan , ketegangan otot mengurangkan tekanan darah, penawar kekejangan dan meningkatkan keadaan baik perjalanan darah dalam urat saraf.
Khasiat ubatan:
Dimakan , dibuat jus miniman atau direbus untuk diminum sebagai penawar alahan. Abntikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka , melawaskan buang air kecil, merangsang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit kerongkong, penawar batu karang & kencing berdarah, penawar demam panas , penawar ulser, sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Ia kaya dengan nutrien.. bolh juga buat tanaman hiasan halaman rumah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment