Saturday, May 28, 2011

DOSA MENGUMPAT


DOSA MENGUMPAT HAKIS PAHALA
DAN AMALAN BAIK MANUSIA


Bukan mengumpat tetapi apa yang dikatakan itu benar, fahaman umum untuk memberikan justifikasi terhadap perbuatan menceritakan atau menyebut keburukan orang lain yang selalunya dilakukan dengan sengaja . Adakalanya nama orang yang dimaksudkan itu tidak disebut, tetapi maksud perlakuan tetap sama iaitu menceritakan keburukan orang lain. Namun gambaran diberi selalunya boleh menyebabkan identiti orang dimaksudkan diketahui.
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat dalam hadis Baginda. Sabdanya yang bermaksud:

“ Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara
   yang dibencinya ”                                                                      
                                                                                                        (   Hadis riwayat ‘ Muslim ‘  )

Oleh kerana buruk dan hinanya mengumpat , ia disamakan seperti memakan bangkai saudaranya seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudarnya sendiri.  Dosa mengumpat bukan saja besar malah antara dosa tidak akan diampunkan Alla swt biarpun pelakunya benar-benar bertaubat . Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat itu tidak mengampunkan maka selagi itulah dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan diakhirat kelak.
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai perbuatan dosa. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:

  Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!
    Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip keaiban ,
    sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya maka Allah akan mengintip
    keaibannya dan dia akan memdedahkannya , meski pun dia berada dalam rumahny
    sendiri ”                                     
                                                                                                       (  Hadis riwayat Abu Daud  )

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering ”

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau terhapus seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak meninggalkan apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili:  Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan nya walaupun ia tidak pernah dilakukan didunia tercatit dibuku catatannya. Maka dia berkata kepada Allah :
“ Wahai Tuhanku dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini?. Sedangkan aku tidak
   pernah melakukannya?  Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan ( pahala ) orang yang
   mengumpat engkau tanpa engkau ketahui ”.

Sebaliknya jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat maka dosa orang yang diumpat itu akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti .
Memandangkan buruknya sifat mengumpat kita wajiblah berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir dan bertasbih supaya kita dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara keji seperti mengumpat dan lain-lain
Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus kedalam budaya hidup suka mengumpat. Antaranya ialah:-

·        Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat kita akan diumpat
              balik,sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada
              orang yang tidak berbuat jahat kepada kita

·        Kita perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir,
              memerhati, menangapi dan membuat spekulasi. Maka orang yang melakukan
              sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah  bererti
              apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat . luar saja nampak baik
             ( cantik ) tetapi dalam belum tahu  

·        Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup
             untuk  memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup
             memakan bangkai seseorang.

Imam al-Ghazali ada menyatakan lima (5) perkara mendorong seseorang itu mengumpat:

1.      Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
             dan kehormatan seseorang.

2.      Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
             dan rendah.

3.      Disebabkan dengki dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan
             berjaya dan senang  seperti dapat pangkat , anugerah dan lain-lain.

4.      Bergurau dan suka berlawak untuk mencela mengatakan kelemahan serta     
              kecacatan hingga mengaikan orang lain.

5.      Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong
                          kerana memandang rendah orang lain

No comments:

Post a Comment