Thursday, April 7, 2011

Raihan - doa taubat

1 comment:

  1. Waktu-waktu Mustajab Berdoa

    Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t.

    Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa.

    Menurut Al-Imam Al-Ghazali, membaca Al-Quran akan mendatangkan pelbagai faedah. Untuk memperolehi kelebihan-kelebihan tersebut, seseorang itu hendaklah memenuhi adab-adab tertentu. Seperti yang dihuraikan dalam Bab ke-3 buku ini, di antara adab-adabnya ialah:-
    • Membaca dalam keadaan berwuduk.
    • Berinteraksi dengan ayat-ayatnya.
    • Membaca dengan mentadabbur maksud
    ayat-ayat itu.
    • Membaca dengan niat untuk
    mengkhatamkannya.
    • Memulakan membaca Al-Quran dengan
    ta'awwuz.

    Berdoa untuk meminta sesuatu dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang tertentu. Antaranya adalah:-
    • Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa
    berdoa.
    • Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada
    Allah.
    • Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan
    Allah.
    • Menggunakan ayat yang ringkas dan padat

    ReplyDelete