MATI HATI TUTUP PINTU KEBAIKAN DORONG BERLAKU KEMUNGKARAN
Persepsi mengenai mati memang berbeza . Ada merasa dirinya sudah mati apabila hilang insan tersayang dan ada yang berfikiran hidup sudah tidak berguna kerana tidak henti dirundung malang. Mati bukan bermakna menghembuskan nafas terakhir kerana ada antara kita yang sudah meninggalkan dunia ini tetapi masih memberi manfaat kepada yang hidup melalui kebajikan yang ditinggalkan. Maknanya , kematian masih boleh menghasilkan manfaat serta menjadi ikhtibar kepada yang masih hidup. Rasulullah saw bersabda maksudnya:-
“ Cukuplah kematian itu menjadi pelajaran dan cukuplah keyakinan sebagai kekayaan” Riwayat Tabrani
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 154 : “ Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesiapa yang gugur dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati, bahkan mereka itu hidup tetapi kamu tidak dapat menyedarinya ( mengetahui keadaan mereka ) ( Al-Baqarah – 154 )
Istimewa bagi mereka yang sudah mati jasad tetapi nama serta amalan masih terus menjadi ingatan. Melihat perkembangan terkini, kematian yang perlu dirisaukan ialah mati hati kerana hati yang mati boleh menjurus kepada tindakan tidak wajar. Ibrahim Adham berkata , ada 10 tanda hati yang mati, iaitu:-
1. Mengaku kenal Allah tetapi tidak menunaikan hak_Nya 2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw tetapi mengabaikan sunnah Baginda 3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya. 4. Memakan nikmat Allah tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya 5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya 6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya 7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya 8. Mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa yang bernyawa tetapi masih tidak bersedia untuknya 9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri 10. Menghantar dan menguburkan saudaranya tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya
Ciri-ciri manusia yang hatinya sudah mati antara lain ialah kurang berinteraksi dengan kebaikan, kurang kasih sayang kepada orang lain, tidak suka menolong orang , suka kemungkaran, menurut hawa nafsu , lalai dengan kebajikan serta suka berbuat maksiat
Ada 3 perkara apabila ditinggalkan , akan menyebabkan hati mati, perkara tersebut ialah:-
Pertama . Mereka suka meninggalkan solat lima waktu . jiwa kalut dan gelisah , terjerumus kedalam perbuatan keji dan hina, terseret kelembah kemungkaran dan kesesatan
Kedua:- Ia meninggalkan sedekah , mementingkan diri sendiri dan tidak berbuat kebaikan. Tidak mengambil berat hubungan sosial itulah bukti dan tanda keimanan kita masih lemah. Contoh Orang yang suka bersedekah hatinya lapang dan tenteram serta dijauhi dari penyakit bakhil.
Ketiga:- Tidak mengingati Allah dengan memperbanyakkan zikir , punca dan boleh menyebabkan hati kita keras membatu sehingga sukar untuk menerima nasihat dan ajaran agama. Ketahuilah bahawa zikir akan memberikan ketenangan hati. Orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar
MATI HATI TUTUP PINTU KEBAIKAN DORONG
ReplyDeleteBERLAKU KEMUNGKARAN
Persepsi mengenai mati memang berbeza . Ada merasa dirinya sudah mati apabila hilang insan tersayang dan ada yang berfikiran hidup sudah tidak berguna kerana tidak henti dirundung malang. Mati bukan bermakna menghembuskan nafas terakhir kerana ada antara kita yang sudah meninggalkan dunia ini tetapi masih memberi manfaat kepada yang hidup melalui kebajikan yang ditinggalkan.
Maknanya , kematian masih boleh menghasilkan manfaat serta menjadi ikhtibar kepada yang masih hidup.
Rasulullah saw bersabda maksudnya:-
“ Cukuplah kematian itu menjadi pelajaran dan cukuplah keyakinan sebagai
kekayaan”
Riwayat Tabrani
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 154 :
“ Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesiapa yang gugur dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati, bahkan mereka itu hidup tetapi kamu tidak dapat menyedarinya ( mengetahui keadaan mereka )
( Al-Baqarah – 154 )
Istimewa bagi mereka yang sudah mati jasad tetapi nama serta amalan masih terus menjadi ingatan. Melihat perkembangan terkini, kematian yang perlu dirisaukan ialah mati hati kerana hati yang mati boleh menjurus kepada tindakan tidak wajar.
Ibrahim Adham berkata , ada 10 tanda hati yang mati, iaitu:-
1. Mengaku kenal Allah tetapi tidak menunaikan hak_Nya
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw tetapi mengabaikan sunnah Baginda
3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya.
4. Memakan nikmat Allah tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya
5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
8. Mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa yang bernyawa tetapi masih tidak bersedia untuknya
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
10. Menghantar dan menguburkan saudaranya tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya