Sunday, March 27, 2011

TINGKATKAN IMAN DAN TAQWA

1 comment:

  1. Ibadah Asas. ( Iman dan Taqwa )

    Dua perkara utama yang menjadi asas ibadah ialah Rukun Iman dan Rukun Islam. Kedua2nya merupakan tapak atau ‘platform’ untuk menegakkan amalan2 yang lain. Tanpa tapak, macamana nak dirikan binaan?

    Di antara dua rukun tersebut, Rukun Iman menjadi ‘platform utama’, dan ianya yang pertama2 ilmu yang wajib diketahui, dan hendaklah dibina, dipupuk, dibaja dengan ‘keyakinan yang qatie’. Ini selaras tuntutan dalam syariat Islam, iaitu

    Allah memberi peringatan melalui firmanNya,

    “ Dan jika mereka berjuang pada jalan Kami (ikut
    peraturan Kami) sesungguhnya Kami akan tunjukkan jalan Kami (jalan keselamatan) bahwasanya ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.”
    (Al Ankabut: 69
    LIMA(5)SYARAT-SYARAT IBADAH DALAM ISLAM

    Pengertian Ibadah:

    Ibadah bermaksud semua amalan dan tindak tanduk yang syarie, yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas, untuk dipersembahkan kpd ALLAH SWT.

    Ibadah kepada ALLAH meliputi semua ibadah asas,
    Ibadah tambahan dan perkara2 harus(mubah),dan hanya
    Akan menjadi ‘berpahala’ jika pelaksanaannya menurut
    syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syariat
    Islam.

    Syarat2 tersebut dinamakan,‘Lima(5)Syarat2 Ibadah Dalam Islam’.

    Jika, sekiranya amalan-amalan kita tidak mengikuti syarat-syarat tersebut, maka ia hanya akan menjadi perbuatan yang sia-sia saja menurut pandangan ALLAH. Amalan itu tidak diberi pahala, bahkan adakalanya mendatangkan dosa pula.

    Apakah ‘Lima(5) Syarat-syarat Ibadah’ tersebut?

    1) Niat Mesti Betul
    2) Perlaksanaan Mengikut Peraturan Syariat
    3) Perkara/Subjek mesti Dibolehkan oleh Syariat.
    4) Natijahnya memberi Manfaat
    5) Tidak Meninggalkan Ibadah Asas.

    ReplyDelete