Monday, March 28, 2011

Solawat Badawi

1 comment:

  1. Salah satu ibadah yang mempunyai nilai-nilai murni dan kerohanian yang tinggi dan sangat bermanfaat bagi kehidupan kita sebagai umat Islam secara individu atau bermasyarakat ialah berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
    Dengan kita mengamalkannya kita akan memperoleh banyak keuntungan didunia dan akhirat. Berselawat keatas Nabi adalah satu tuntutan agama Islam dan kesempurnaannya terpulang kepada-Nya. Setiap hari umat Islam wajib mengucapkan nya ( Selawat keatas Nabi ) .
    Firman Allah dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 56 )

    “ Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat keatas Nabi .Hai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya ”

    Makna selawat dalam ayat ini adalah selawat Allah keatas nabi dengan memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Baginda kepada-Nya ( Allah )
    selawat malaikat keatas Baginda pula mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan . Selawat orang beriman keatas Baginda adalah mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya dan berselawat keatas Nabi disyariatkan dalam tasyahud solat, dalam khutbah, saat berdoa serta beristighfar,demikian pula selepas azan ketika keluar atau masuk masjid atau mendengar nama Baginda disebut.

    Antara faedah berselawat yang didapati daripada beberapa hadis Nabi adalah:-

    1. Memperolehi selawat daripada Allah.
    2. Memperolehi syafaat daripada nabi Muhammad SAW.
    3. Memdapat kepemimpinan daripada malaikat.
    4. Menghapuskan dosa.
    5. Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.
    6. Mempunyai perbezaan dengan orang munafik.
    7. Memperolehi nur zahir dan batin.
    8. Mendapat keselamatan daripada azab neraka.
    9. Membolehkan memasuki syurga.
    10. Memperolehi ucap selamat daripada Allah.
    11. Melipat gandakan pahala orang berselawat.
    12. Ada harapan doa dimakbulkan.
    13. Memperolehi hidayah dan hati hidup.

    Hadis Nabi Muhammad SAW Bermaksud:
    “ Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang paling banyak berselawat kepadaku ”
    Peringatan Nabi kepada kita untuk menjadi mukmin sejati

    1. Jauhilah diri kamu daripada segala yang terlarang ( haram ) nescaya engkau akan jadi orang yang paling kuat beribadah dan berbakti diantara manusia.
    2. Bersikap redalah engkau terhadap apa jua yang diberikan oleh Allah kepada kamu , nescaya engkau akan jadi sekaya-kaya manusia.
    3. Hendaklah engkau berbuat kebajikan terhadap jiran tetangga mu nescaya engkau akan menjadi mukmin sejati
    4. Hendaklah engkau besikap cinta dan kasih sayang sesama manusia seperti mana engkau kasihkan diri sendiri, nescaya engkau akan jadi seorang Islam yang hakiki
    5. Janganlah engkau terlalu banyak ketawa kerana banyak ketawa yang berlebihan itu akan mematikan hati

    Rasulullah Saw bersabda bermaksud:

    Jadilah dirimu orang alim ( berilmu ) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai ( tiga golongan itu ) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan yang kelima ( bodoh sombong )
    yang dengan sebabnya engkau akan binasa
    ( Riwayat al-Bazzar )

    ReplyDelete